Sabtu, 25 Ogos 2012

DILEMMA KERETA ELEKTRIK DAN KRISIS TENAGA



CUKUP 'hijaukah' kereta elektrik?

Persoalan tersebut pasti mudah dijawab dengan mengatakan kereta elektrik adalah kenderaan paling bersih di dunia daripada segi pencemaran udara dan penggunaan bahan bakar fosil.

Namun di sebalik keindahan yang digambarkan tersebut tersorok sesuatu yang membimbangkan iaitu dari mana sumber elektrik tersebut diperolehi? 'Hijaukah' cara ia dijana? Cukupkah bekalan sedia ada?Di Malaysia, kita menggunakan 90 peratus sumber tenaga fosil (minyak, gas, arang batu) dan 10 peratus lagi daripada hidro elektrik untuk menjana tenaga elektrik.

Kita memperoleh 100 peratus daripada bekalan arang batu untuk kegunaan Semenanjung Malaysia dari negara seperti Indonesia, Australia dan beberapa negara lain.

Manakala, sebanyak 25 peratus bekalan gas pula diperoleh dari Thailand dan Indonesia.
Kebergantungan kepada negara lain untuk memperoleh sumber-sumber berkenaan sudah jelas memberi gambaran bahawa kita sedang menuju ambang kepupusan sumber fosil bagi penjanaan elektrik.
Negara dijangka menghadapi krisis tenaga dalam tempoh kurang 10 tahun lagi jika terus bergantung kepada arang batu dan gas sebagai sumber utama menjana elektrik.

Belum pun lagi kenderaan elektrik memenuhi jalan raya, kita sudah berdepan dengan kekurangan bekalan elektrik.
Apa akan jadi jika kita menggunakannya dengan keperluan dicaj semula setiap hari, tentunya kadar penggunaan elektrik akan meningkat beberapa kali ganda untuk setiap isi rumah.

Kesan dari tekanan berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mengumumkan akan membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021 untuk menampung peningkatan pengunaan elektrik?

Untuk mengejar kenderaan berteknologi hijau, dalam tidak sedar kita sebenarnya semakin menghampiri teknologi yang semakin cuba ditolak dunia iaitu tenaga nuklear.

Persoalannya, adakah cara lain yang lebih baik untuk kita meningkatkan kapasiti janaan elektrik dengan pantas selain nuklear atau kita akan berdepan semula dengan sejarah terburuk negara apabila bekalan elektrik terputus selama 48 jam pada 1992.

"Diluah mati emak, ditelan mati bapak." Sebut sahaja nuklear, peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku di dunia antaranya letupan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, kemalangan loji kuasa nuklear di Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 dan terkini peristiwa kebocoran radiasi di loji kuasa nuklear Fukushima, Jepun akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu terus bermain di minda.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menolak penggunaan tenaga nuklear dan menyarankan tumpuan diberi kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro.

"Selagi saintis belum menemui cara untuk menyahaktifkan uranium yang diaktifkan untuk menjana tenaga nuklear, selagi itu ia tidak selamat digunakan," katanya.

Dilema ini mungkin tidak ketara sekarang berikutan lebih 20 buah kereta elektrik di Malaysia masih di peringkat ujian tetapi menurut perancangan pengeluar kereta berkenaan boleh dikomersialkan kurang daripada tiga tahun lagi.

Jika kerajaan mahu terus memilih tenaga nuklear sebagai penyelesaian terbaik, adakah rakyat sudah bersedia menerimanya?

Mungkin pendidikan dan penerangan secara menyeluruh mengenainya perlu digerakkan dari sekarang untuk mengelakkan 'kontroversi Lynas' berulang pada masa depan.

Khamis, 16 Ogos 2012

MEWUJUDKAN BADAN PERTAHANAN NEGARA ISLAM






Tindakan Iran yang lantang bersuara didalam Persidangan tergempar OIC di Arab Saudi baru-baru ini wajar diperhalusi bersama. Tindakan Liga Arab dan OIC menggantung keanggotaan Syria dalam badan dunia Islam tersebut wajar dipertikaikan kerana ia seperti meminggirkan hak rakyat syria untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa.


Sepatutnya seluruh ahli Kesatuan Liga Arab dan OIC wajar mencontohi tindakan Kesatuan Eropah (EU) dan PBB dalam mewujudkan satu badan ketenteraan yang mampu melindungi negara-negara Islam yang teraniaya seperti di Palestin. Ini amat penting agar maruah negara Islam tidak mudah dinodai oleh negara lain.


Kenyataan Menteri Luar Iran yang menentang tindakan penggantungan Syria dalam kesatuan langsung tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda antara puak pro Presiden Bashar Al-Assad dan kebangkitang rakyat. Tindakan yang diambil oleh Liga Arab hanya menguntungkan Amerika dan sekutunya yang mana mereka akan campur tangan dalam menjatuhkan Presiden Bashar dan seterusnaya menaikkan golongan yang pro Amerika. Oleh itu negara-negara Islam harus bersatu dengan mewujudkan pasukan ketenteraan sendiri dalam melindungi kedaulatan negara Islam.
Contoh yang boleh diambil ialah dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin. Ianya tidak dicapai kerana Liga Arab dan OIC hanya sekadar berbincang langkah yang patut diambil tetapi hasil perbincangan tiada. Ini kerana kita beranggapan negara Islam yang lain tidak wajar melibatkan diri dalam hal keselamatan negara lain.


Cuba kita lihat pada zaman Khalifa Islam dahulu apabila tanah mereka diceroboh mahupun kedaulatan mereka diugut semua pemimpin bersatu dan menyerahkan pasukan ketenteraan mereka kepada khalifah untuk diuruska. Di negara-negara komunis seperti China, Korea Utara dan Rusia saling bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan mereka dan menunjukkan kuasa ketenteraan mereka kepada Amerika.



Tindakan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi yang membalas serengan kelompo bersenjata dengan sistem ketenteraan yang meragut nyawa 16 anggita keselamatan Mesir di Sinai wajar dicontohi. Tindakan yang berani inilah yang membuatkan musuh-musuh Islam takut kepada beliau.

Kesimpulannya umat Islam wajar bersatu dalm melindungi maruah Negara Islam samada Syiah atau Sunni, wujudkanlah satu sistem ketenteraan yang mampu kita selesaikan sendiri hal ehwal negara Islam tanpa melibatkan musuh Allah.