Jumaat, 1 Jun 2012

ADAKAH KEMEWAHAN ISTERI KEPADA PEMIMPIN NEGARA MAMPU MENUMBANGKAN KERAJAAN SUAMINYA???


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dunia kini menyaksikan bahawa Presiden Bashar Al-Assad sedang berusaha mematahkan usaha kebangkitan rakyat Syria yang kebanyakkannya rakyit sunni nak menentang penindasan keatas mereka. Tetapi jika kita lihat kebanyakan kejatuhan pemimpin negara arab tercalit juga kontroversi yang mana Wanita Pertama negara-negara yang terlibat banyak menggunakan wang dan berbelanja mewah sedangkan rakyat suami mereka terseksa dengan tekanan inflasi yang tinggi serta pengganguran yang tinggi.




Ini terbukti dengan laporan yang menyatakan bekas Wanita Pertama Mesir,Suzanne Mubarak mengumpul kekayaan bagi ahli keluarganya sehingga RM110 Billion, memiliki rumah banglo 6 tingkat di England yang dimiliki Gamal, simpanan emas yang menimbun di Istana Presiden serta mempunyai aset seperti pesawat peribadi dan kediaman mewah serta simpanan peribadi yang dikatakan mampu menyara rakyatmesir dan boleh melangsaikan hutang Kerajaan Mesir jika digunakan untuk kebajikan rakyat. Atas perbelanjaan mewah isterinya, bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan terpaksa meletak jawatan selepas perhimpunan di Dataran Tahrir yang menuntut beliau buat sedemikian.



Seterusnya di Tunisia, kesnya tetap sama iaitu kadar inflasi yang tinggi dan pengangguran disamping Wanita Pertama Negara, Leila Tribelsi isteri Presiden Zine El-Biden yang mana dilaporkan membeli villa di Perancis untuk anak lelaki pasangan Keluarga Pertama Tunisia yang baru berusia 6 tahun. Bagi rakyat Tunisia sudahlah tindakan bekas Presiden Zine El- Biden yang korup itu menyakitkan hati bahkan tindakan ister beliau juga menambahkan kepanasan di hati rakyat. Berita Tunisia juga melaporkan bahawa isteri dan kaum kerabatnya mengumpul aset kerajaan untuk dijadikan aset peribadi sehingga berjumlah RM 194.6 Juta dan 1.5 tan emas.


Sofia Gaddafi, bekas Wanita Pertama Libya selepas rakyat Libya terpengaruh dengan hasutan barat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Presiden Kolonel Muammar Gaddafi. Kekayaan yang dimiliki oleh beliau tidak diketahui jumlahnya. Tetapi media Libya banyak menumpukan kepada anak-anak Presiden Muammar Gaddafi kerana mereka lebih menonjol di mata rakyat berbanding Sofia. Anak-anak beliau yang terkenal ialah Aishah Gaddafi, Seif Al-Islam, Saadi Gaddafi, Muattasim Gaddafi, Hannibal Gaddafi. Mereka semua mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Gaddafi seperti Seif, Muattasim dan Saadi yang mana mereka semua terlibat dalam melatih tentera elit Libya yang berperanan untuk melindungi Muammar Gaddafi. Manakala Aisyah walaupun seorang wanita tetapi beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat di semenanjng arab sehinggakan beliau menjadi peguam bela bagi Presiden Iraq yang digulingkan, Presiden Saddam Hussein. Manakala Hannibal, dikatakan paling tidak mempunyai harapan dan paling tidak mempunyai gaya kepimpinan seperti saudara-saudaranya yang lain. Kekayaan yang dimiliki mereka cukup mewah seperti mewahnya rakyat Libya yang telah diusahakan oleh Gaddafi sehingga di rumah Aisyah terdapat kerusi emas yang berwajahnya.



Wanita Pertama Syria yang kini sama-sama berjuang dengan suaminya, Presiden Bashar Al-Assad bagi terus berkuasa, Asma Al-Assad merupakan bekas rakyat Britain tetapi berdarah Syria. Kemewahan isteri pemimpin Syiah Alawi ini tidak boleh dinafikan melalui gaya beliau berfesyen. Tetapi sehingga kini nilai kekayaan beliau serta ahli keluarganya tidak dapat ditafsirkan kerana Presiden Bashar Al-Assad masih terus berkuasa. Tetapi laporan dari Kesatuan EU bahawa mereka telah menyekat seluruh aset-aset Asma diseluruh negara Kesatuan EU.

Kempat-empat individu tersebut antara individu yang mewarnai senario politik suami mereka sehingga kejatuhan kerajaan yang di pimpin oleh suami mereka. Kekayaan dan kemewahan yang melampau mampu menjatuhkan seseorang yang pernah dipandang mulia oleh rakyat negara mereka. Kesimpulannya, bagi ister-isteri pemimpin negara janganlah bermewah-mewah sehingga mampu menggugat institusi kewangan negara. Sesungguhnya wang yang diguna pakai untuk menampung kos perjalanan menggunakan wang kerajaan adalah wang rakyat


                               GAMBAR-GAMBAR KELUARGA PRESIDEN TANAH ARAB


Keluarga Pertama Syria, Presiden Bashar A-Assad dan Wanita Pertama Asma Al-Assad


Keluarga Presiden Kolonel Muammar Gaddafi


Bekas Keluarga Pertama Mesir, Presiden Hosni Mubarrak, Wanita Pertam Mesir, Suzanne dan anak-anak mereka Aala dan Gamal



Pasangan Presiden Tunisia yang digulingkan Presiden Zine El-Biden dan Leila Tribelsi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan