Jumaat, 1 Jun 2012

PASCA ERA PRESIDEN HOSNI MUBARA: CAHAYA ATAU KEGELAPAN ( BAHAGIAN 1)









Lapan belas hari Protes MUBARAK30,dapat disimpulkan ibarat kencang 'angin PERUBAHAN' atau 'wind of CHANGE', akhirnya rejim 30 tahun akur,kemudiannya rebah dan tumbang juga.Penilaian dari sudut 'andaian', kita memerhatikan ini sebagai satu simbol 'kemenangan', satu kemenangan rakyat yakni kebangkitan rakyat yang 'berjaya' merobohkan tembok kekebalan rejim dan bukannya atas usaha satu pakatan pembangkang seperti jangkaan awal (misalnya pakatan Elbaradei-Liberal-Islamis, 'mungkin' menumbangkan rejim melalui pilihan raya atau sebagainya), akan tetapi, adakalanya, satu pernilaian 'semula' mungkin perlu dibuat atau diteliti, ini adalah kejayaan menumbangkan Mubarak (tumbangkan rejim Mubarak-berkuasa selama 30 tahun) dan atas 'penilaian semula', rejim tentera yang berperanan sebagai 'the actor behind the scene' adalah rejim yang sama dan 'tidak berubah'.




Berbalik kepada sejarah, sejarah kejatuhan era monarki (era Farouk I) pada tahun 1952, Mesir berubah kepada sebuah republik dan melalui perancangan 'rampasan kuasa' Free Officer inilah, Gamal Abdel Nasser-'the military man' ambil alih tampuk pemerintahan monarki Mesir daripada mantan presiden pertama Muhammad Naguib,juga 'the military man' dan telah bersama-sama Nasser dalam menggerakkan Revolusi 1952. Akibat kekalahan yang amat memalukan Mesir dalam Perang Arab-Israel 1967 (jatuhnya Semenanjung Sinai kepada IDF-Israeli Defense Force), Nasser mengumumkan hasrat untuk berundur (10 Jun 1967) dan terdapat 'ura-ura' yang mengatakan akibat 'malu' jugalah Nasser meninggal dunia (1970), tampuk pemerintahan Mesir 'sekali lagi' beralih kepada 'the military man' iaitu Anwar Sadat. Perang Ramadhan/Perang Yom Kippur (pada Oktober 1973) difahamkan (akibat) terlepasnya Semenanjung Sinai kepada negara haram Yahudi merupakan inspirasi 'pencetus' kepada konflik Arab-Israel pasca-1967 dan kita faham akan istilah 'bangkit semula dan serang balas (balas dendam)', semestinya ini merujuk kepada misi atau azam Sadat mahupun kepimpinan Mesir yang malu akibat kekalahan 1967 lalu. IDF akur,berundur dan Sinai kembali kepada Mesir. Sadat menjadi 'orang penting' dalam Perang Oktober 1973 dan 'sekali lagi' menjadi 'orang penting' dalam menandatangani Perjanjian damai Mesir-Israel tahun 1977, ini dianggap satu 'sejarah' (satu peristiwa bersejarah) yakni 'sejarah' negara Arab pertama yang berdamai dengan negara 'haram' Yahudi sebelum diikuti seterusnya Jordan.




Tindakan Sadat ini (berdamai dengan Israel) mendapat penghormatan tertinggi daripada Rumah Putih mahupun sekutu Barat, namun, dibenci pula 'orang sendiri'-rakyat Mesir. Satu andaian dibuat,'melangkah sahaja Sadat ke dalam Knesset (Israel), sememangnya Sadat seolah-olah telah melangkah ke 'the end of road',penghujung perjalanan karier politiknya, mahupun, kebarangkalian ini satu andaian bahawasanya seakan-akan seperti melangkah ke era penamat riwayat hidup seperti yang diterjemahkan (yakni berlakunya) insiden pembunuhan Sadat dan Islambouli (dikatakan Islamik fanatik) bertanggungjawab atas insiden tersebut. Umum ketahui, pasca-Sadat ialah era Mubarak (walaupun pentadbiran sementara Sufi Abu Taleb), era Hosni Mubarak-satu era 'emergency law' atau era 'undang-undang darurat' ataupun sinonim dengan latar belakang Hosni Mubarak sendiri-'the military man' yakni 'undang-undang tentera'.


'Martial law'-'undang-undang tentera'-rakyat dikongkong, diancam, apatah lagi, golongan penentang rejim (baik aktivis mahupun pembangkang), jika diperhatikan atau 'dirisik' mampu mengancam kekebalan rejim, maka, akan ditangkap (misalnya,tangkapan besar-besaran anggota Ikhwanul Muslimin) dan 'mungkin' diseksa kebarangkalian atas justifikasi, 'ini' ialah rejim berlatarbelakangkan 'tentera'. Selain dari 'soal' kebebasan-'the political freedom', kita tahu dan faham, baik sama ada isu pengangguran, inflasi, kondisi ekonomi 'mati', kemiskinan, nepotisme, negara 'korup', rasuah dan sebagainya, inilah 'punca' kepada protes MUBARAK30 dan Mubarak telahpun tumbang, namun, persoalannya, adakah ini boleh dikatakan sudah 'revolusi sepenuhnya' atau 'kemenangan sepenuhnya'?-'the overall win'? Ucapan Mubarak selama 17 minit (mungkin 10 atau 11 Januari lalu), walaupun, 'semakin kencang angin PERUBAHAN',tetapi Mubarak masih 'berkeras dan tetapkan pendirian-tidak akan berundur. Dalam ucapan 17 minit itu juga, Mubarak berkeras proses peralihan kuasa tidak akan berlaku atas alasan melindungi perlembagaan, biarlah Presiden ditentukan melalui pilihan rakyat yakni pilihan raya September ini dan bukannya 'peralihan kuasa' seperti yang didesak Washington. Walhal, 'kuasa' itupun bakal/telah diserahkan kepada Omar Suleiman, juga 'the military man'...(Bersambung)


Bahagian 2
http://mursyidm.blogspot.com/2012/05/pasca-era-presiden-hosni-mubara-cahaya_31.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan