Rabu, 15 Ogos 2012

MONGOL VS NUSANTARA



Empayar Mongol merupakan sebuah empayar yang sangat hebat pada zamannya. Dikatakan bahawa armada askar Mongol dikatakan tidak terkalahkan. Bukan satu dua empayar yang terkalahkan oleh Empayar Mongol. Empiayar China dan Tamadun Islam ialah salah satu daripadanya.

Pada hari ini terdapat belasan negara yang duduk di bawah pemerintahan Mongol sekiranya empayar hebat ini masih bertahan. Antaranya ialah Crotia, China, Hungry, Iraq dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai Mongol ialah kehebatan mereka menimbulkan satu ungkapan yang mana tersebar ke seluruh dunia.

"Kalau kalian mendengar askar Mongol itu kalah dalam peperangan, jangan percaya!"

Eropah, Arab dan China serta bangsa Korea gagal untuk menewaskan BALA dari TIMUR ini. Tetapi, percayakah kalian bahawa empayar ini kalah di Asia Tenggara yakni Nusantara? Ada kisah yang entah kenapa buku sejarah kita tidak menceritakan bagaimana bangsa Mongol dihalau oleh nenek moyang kita sema.

Ketika bangsa arab di barat pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa cina di Tanah Besar menjadi hamba mongol manakala anak dara di eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan nama Mongol, namun sebenarnya Mongol bukan tandingan bangsa kita di Nusantara ini. Ini kisah tamadun bangsa yang cuba dilenyapkan.

Mongol VS Champa

Champa merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud di Indochina. Kerajaan ini dipercaya wujud sejak abad pertama masihi lagi bersama dengan sebuah lagi kerajaan Melayu yang lain, iaitu Funan. Selain Srivijaya, Champa merupakan sebuah kerajaan Melayu yang turut boleh dilabelkan hilang.

Apa yang dikatakan hilang ini ialah kerana kewujudan Champa cuba disembunyikan oleh sejarawan Khmer dan Thai yang cemburu dengan kehebatan tamadun Bangsa Melayu. Apa yang menarik boleh saya ceritakan mengenai Champa ialah penciptaan nombor 0 oleh orang-orang Melayu Champa.

Champa selalu mengalami pelbagai peperangan. Antaranya ialah melawan Sui (boleh baca di artikel saya sebelum ini) yang merupakan salah satu daripada dinasti China. Namun, peperangan tersebut bukan stau-satunya peperangan hebat yang dilalui oleh orang Melayu Champa. Ada sebuah kisah yang ingin saya ceritakan kepada anda, kisah bagaimana tewasnya bangsa Mongol di tangan orang Melayu.

Tanah yang dikenali oleh dunia sebagai sebuah tanah yang berhutan tebal, penuh dengan serangga dan haiwan yang aneh merupakan lokasi terakhir yang menjadi sasaran Kublai Khan, pemerintah Mongol ketika itu. Orong Mongol sudah berlawan dalam keadaan salji yang mencucuk sehingga ke tulang hitam di Rusia, begitu juga dalam keadaan bumi yang bergunung-ganang di Korea juga tidak lupa padang pasir di negara Syiria.

Kini, hutan hujan di Asia Tenggara ini menjadi sasaran mereka. Bangsa Melayu Champa dipandang rendah inilah yang kemudiannya menghadiahkan kejutan yang tidak terhingga kepada banga Mongol. Ketika itu Vietnam terbahagi kepada dua kerajaan di utara dan selatan. Annam di utara serta Champa di Selatan.

Kerajaan Annam kalah teruk di tangan Mongol dan ketika itu, Raja Champa mahu mengelakkan nasib yang sama sudi membayar cukai dan bayaran tertentu untuk mengelakkan daripada diserang, Namun, itu tidak lama apabila Raja Jaya Indravarman IV mahu mengakhiri hubungan itu.

Lalu, Kublai Khan jadi murka lalu menghantar seorang panglima perangnya yang terkenal iaitu Sodu dengan ekpedisi untuk menundukkan Champa. Maka, berangkatlah armada laut Mongol ke champa. Namun, askar Champa yang mengamalkan taktik gerila dalam peperangan membuatkan Monggol terpaksa balik ke tanah mereka dengan 100 buah kapal mereka.

Di Champa, Mongol terpaksa berdepan dengan ratusan ekor gajah yang merupakan senjata utama orang Melayu pada waktu itu. Mongol pernah berdepan dengan armada bergajah di Parsi dahulu, tetapi bukan dalam kuantiti yang sebanyak ini.

Diceritakan dalam prasasti-prasati Champa dan catatan Mongol yang sang gajah akan memijak askar berjalan kaki Mongol, lalu melambung ke udara dan menikam tubuh badan askar Mongol. Armada berkuda Mongol kelihatan langsung tidak berguna di dalam hutan tebal Champa sebaliknya gajah yang digunakan merupakan senjata yang sangat efisyen. Apa yang membuatkan armada Champa tidak terkalahkan ialah dua orang askar pemanah yang diletakkan di belakang gajah lalu akan memanah sesiapa yang cuba memanjat tubuh gajah itu.

Mongol cuba meminta bantuan Kerajaan Annam pada waktu itu namun Kerajaan Annam menolak kerana gerun dengan armada tentera Champa memang hebat terutama melibatkan peperangan di dalam hutan. Tambahan pula orang Melayu Champa suka membina kubu-kubu di dalam hutan yang setinggi 10 meter.

Akhirnya, pada 1285, tentera Mongol dikalahkan dalam Pertempuran Simming (sebuah nama tempat di Vietnam pada hari ini). Sodu akhirnya dibunuh dan Champa bebas daripada dijajah oleh bangsa Mongol.

Mongol Dipulau Jawa

Saya berpendapat tidak salah kalau saya ceritakan kisah bagaimana Mongol tewas di tangan Raden Wijaya bukan? Bukankah jawa itu salah satu daripada rumpun Melayu. Bahkan dalam prasasti, rekod-rekod serta bahasa lingua franca di tanah jawa itu pun bahasa Melayu. Hari ini, kita dapat melihat orang jawa di Selangor dan Johor.

Kerajaan Singgahsari di pulau Jawa mengalami masalah apabila terdapat pemberontakan. Apabila mendengar bahawa armada Mongol dalam perjalanan untuk menawan Pulau Jawa, maka Raden Wijaya  yang merupakan putera kerajaan Singgahsari pun menghantar utusan kepada askar Mongol pada waktu itu untuk meminta tolong mereka mengalahkan pemberontak.

Raden Wijaya berjanji akan membayar ufti kepada kerajaan Mongol kelak. Lalu, berlakulah beberapa peperangan melawan tentera pemberontak yang direkodkan berjumlah lebih 100 000 orang itu. Peperangan berlaku dengan sengit dan di akhirnya, tentera pakatan Mongol-Raden Wijaya berjaya memenangi peperangan.

Selepas memenangi pertempuran, tentera Mongol pun menyambut kemenangan itu dengan bermabuk-mabuk serta berpesta. Namun, keadaan tentera Mongol ketika itu sudah pun lemah kerana baru pulih dari peperangan yang agak lama serta tidak biasa dengan keadaan iklim tropika.

Lalu, Raden Wijaya dikatakan telah menyerang tentera Mongol dan akhirnya tentera Mongol kalah dalam peperangan itu. Kemudian, Raden Wijaya menubuhkan sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Majapahit yang kemudiannya menjadi sebuah empayar, memberi saingan kepada sebuah lagi empayar saudara serumpun mereka, iaitu Melaka yang dimana puteranya merupakan waris daripada Empayar Melayu Srivijaya.

Kesimpulan

Kalau datang kepada kita, seseorang yang mengejek sejarah Melayu, mengatakan bahawa bangsa kita duduk di dalam hutan, masih bercawat dan memburu binatang, tidak bertamadun sebelum kedatangan Melaka, ketahuilah bahawa orang itu ialah pembohong yang cuba menjatuhkan jati diri kita.


http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/mongol-vs-nusantara/400101263376265

Tiada ulasan:

Catat Ulasan