Rabu, 9 Mei 2012

RELEVANKAH HUDUD DIMALAYSIA????

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sudah pasti isu hudud pasti akan diwujudkan di musim PRU 13 nanti. Tidak boleh tidak, ianya akan dibangkitkan oleh politikus di Malaysia tidak kisah dari pihak PR atau pun BN. Kalua tidak dibangkitkan PRU tidak akan menjadi tumpuan umat Islam. Sebab itu isu hudud umpama goreng pisang panas yang sedang dihidangkan dihadapan pelanggan. Masalahnya relevankah hukum Hudud yang sinonim dengan hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bago penzina untuk diamalkan di Malaysia??? Sebelum itu mari kita perhatikanbeberapa potongan ayat dari Allah berkaitan dengan isu ini

" Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum Allah dia adalah dari golongan KAFIR",
Surah Al-Maidah ayat 44

Kemudian kita buat perhatikan 2  perbezaan utama dan cari sebab kenapa hudud tidak relevan untuk dilaksanakan berdasarkan keadaan Malaysia sekarang dengan zaman Nabi Muhammad dahulu


Malaysia
Nabi Muhammad
Mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang agama seperti Kristian, Buddha, Aties dan Islam
Makkah dan Madinah mempunyai penduduk yang menganut agama Majusi, Kristian, Yahudi dan Islam
Masyarakat yang mempunyai perbezaan latar belakang budaya dan keturunan seperti kaum Hindu, Cina, Melayu dan lain-lain
Mempunyai masyarakat yang mempunyai lebih 33 kabilah yang mewakili kaum masing-masing seperti Bani Khuraizah, Bani Talib, Yahudi, Parsi dan lain-lain.


Inilah perkara yang sering dibangkitkan apabila pelaksanaan hudud ingin dilaksanakan. Tetapi cuba kita perhatikan 2 perbezaan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa pada Zaman Nabi, baginda menghadapi lebih banyak cabaran dan rintangan tetapi mampu dilaksanakn secara keseluruhan. Ini kenapa???
Ada beberapa persoalan yang dibangkitkan tentang dalam isu hudud antaranya ialah


PERSOALAN
JAWAPAN
Adakah orang kafir juga dikenakan hukuman hudud jika didapati bersalah?
Tidak tetapi hokum ini hanya melibatkan orang Islam shaja dan akan diuruskan oleh Mahkamah Syariah. Ini berdasarkan ayat

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Dan Ibnu Kathir menyatakan bahawa jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].


Bagaimana mahu mensabitkan hukuman dalam hudud?
Dalam hudud tidak banyak perkara yang terlibat. Ianya hanya meliputi harta benda, keturunan dan agama. Bagi hukuman sesuatu kejadian, maka ianya perlulah berdasarkan syarat-syarat didalam syariah seperti si pelaku tahu hokum perlakuannya dan mengetahui hukuman yang bakal dikenakan jika disabitkan kesalahan. Jika si pelaku tidak tahu maka hukuman hudud terlepas dan diganti dengan hukuman lain. Jadi jika diperhatikan tidak mudah untuk melaksanakan hudud.
Perlukah hukuman hudud?
Ya kerana ini merpakan hak Allah dan wajib keatas umat islam untuk mengikutinya dan sesiapa yang menolak hokum Allah maka dia emerangi Allah


Sebenarnya hukum hudud ini tidak perlu dilaksanakn JIKA setiap umat islam mengambil seluruh ajaran islam dan mengaplikasikan Islam dalam kehidupan mereka ini kerana islam adalah ADDIN yang meliputi semua skop kehidupan manusia seperti sosial, ketuhanan dan politik. dan hukum hudud ini merupakaqn satu ubat untuk menjegah kemungkaran dan ayat tentang pelaksaan hukum Allah ini diturunkan kemudian setelah Allah menurunkan ayat tentang halangan dari menhampiri kemungkaran, misalnya ialah 

Firman Allah:


"Dan jangalah kamu menghampiri zinz, kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat"
(al-isra' : 32)



Tetapi jika kita menentang juga ayat tersebut dan zina terjadi maka Allah berfirman

"Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah tiap-tiap orang dari mereka seratus kali dan janganlah kau kasian dengan mereka yang menghalang kau melaksanakan HAK ALLAH, jika kau beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hukuman mereka hendakalah disaksikan oleh orang-ornag yang beriman,"
(an-nur : 2)

Maka secara kesimpulannya setiap hak Allah wajib kita tunaikan walau apa sekali keadaan berdasarkan firmanNya

" Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum Allah dia adalah dari golongan KAFIR",
Surah Al-Maidah ayat 44

Maka janganlah menjadikan hudud ini sebagai modal politik tetapi ambillah tanggungjawab sebagai pemimpin untuk melaksanakan hak Allah keran semua perkara akan dipersoalkan diakhirat kelak.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan