Khamis, 17 Mei 2012

MUSIM BUNGA DUNIA ARAB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

                Kini dunia menyaksikan musim bunga  atau lebid dikenali dengan Arabic Spring. Kalau hendak diikutkan sejarah kejatuhan pemimpin-pemimpin besar dunia arab ini bermula daripada pencerobohan AS keatas Iraq yang menyaksikan Saddam Hussein ditangkap di lubang bawah tanah lalu dihukum gantung. Patung Saddam Hussein yang dahulu menjadi kebanggaan beliau dijatuhkan oleh rakyat beliau sendiri dengan bantuan tentera AS dan sekutunya. Sebelum itu juga Spring Seasons juga berlaku di Afghanistan dengan menjatuhkan rejim Al-Qaedah dengan bantuan AS. Kini dunia menyaksikan bahawa berlaku pemberontakkan rakyat keatas rejim Presiden Bashar Al-Assad iaitu Presiden Syria. adakah beliau bakal ditumbangkan oleh rakyat seperti mana yang berlaku di Libya, Tunisia, Mesir, Iraq, Afghanistan dan Yemen???

                 Tetapi kalu kita lihat dari perspektif yang lebih besar domino ini nampak lain macam ini kerana ada sesetengah kejatuhan Presiden Dunia Arab ini jatuh dengan kuasa rakyat serta mendapat bantuan kuasa luar seperti AS dan sekutunya. Domino ini kita boleh lihat seperti di Afghanistan, Iraq dan Libya iaitu sebuah negara yang mana pemimpin-pemimpin ini bukan pro-barat. Manakala kejatuhan rejim di Tunisia, Mesir dan kini usaha menjatuhkan rejim Bashar tanpa bantuan kuasa luar tetapi menggunakan 100% tenaga rakyat. Persoalannya kenapa semua ini berlaku dan kenapa Polis Dunia ini memilih negara tertentu untuk membantu menggulingkan pemimpinnya yang dikatakan tidak sehaluan dengan kehendak AS tetapi membiarkan bagi sesetengah negara rakyatnya terkapai-kapai menuntut demokrasi sebenar melalui keganasan daripada pemimpin negara mereka yang pro-barat???

                   Apakah yang sedang berlaku sebenarnya ini? Kenapa bantuan yang diberikan seperti pilih kasih? Adakah ini kerana dengan membantu rakyat Mesir, Tunisia dan Yemen akan menghapuskan kepentinganAS dan sekutunya di Timur Tengah. Ini kerana berdasarkan fakta kita dapat lihat bahawa pemimpin-pemimpin ini pro Pentadbiran White House dan sekutunya. Jika Obama menyokong rakyat-rakyat tersebut maka nanti umpama pagar makan padi. Sudah pasti golongan yang dinaikkan nanti buka pro AS. Ini amat membahayakan. Ini terbuktikan dengan kejatuhan Hosni Mubarrak, Ikhwanul Muslimin menguasai parlimen Mesir laulu menyekat segala bekalan gas dan elektrik ke Israel. Ini merugikan sekutu AS. Ini merupakan faktor utama kenapa AS tidak menyokong.

                   Tetapi di Libya, Afghanistan dan Iraq kenapa AS membantu???? Persoalan ini kerana pemimpin-pemimpin ini tidak menyokong AS dan sekutunya. Ini dapat dilihat bagaimana Presiden Libya yang digulingkan Presiden Kolonel Muammar Gaddafi menghina AS dan sekutunya sewaktu ucapan di PBB. bagi AS ini amat memalukan. Selain itu, di negara-negara tersebut mereka mempunyai hasil galian yang boleh menguntungkan. Dengan penaklukan dan penguasaan AS keatas hasil bumi ini mereka mampu menguasainya tanpa masalah. Ini sangat menguntungkan.




          Kini kita dapat lihat tindakan AS yang bertindak sebagai Polis Dunia langsung tidak mendatangkan manfaat bahkan memburukkan lagi keadaan. Ini terbukti dengan alasan memerangi keganasan di Iraq dan Afghanistan hanyalah propaganda dan hasilnya perang saudara berlaku di negara tersebut. Tetapi di Libya perpecahan berlaku semakin meluas. Tidak seperti zaman Muammar Gaddafi yang mana beliau berjasa dalam merapatkan hubungan antara kabilah-kabilah arab. Kesannya keadaan politik, ekonomi dan sosial di negara arab tidak berkesudahan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan