Rabu, 16 Mei 2012

SIGNAL PRU 13!!!!

             Bila-bila masa gendang PRU 13 bakal Najib palu. Tetapi bila???? Itulah persoalan yang kini bermain di setiap pemikiran politikus dan rakyat Malaysia. Setelah sambutan UMNO yang lalu Najib mengumumkan bahawa beliau yakin BN mampu memenangi PRU 13 bahkan mampu menguasai kembali kerusi-kerusi yang kalah pada PRU 12.

              Setelah pelaksanaan GTP, pemansuhan ISA, pelaksanaan akta-akta baru, pemansuhan kuasa mutlak menteri KDN, menangani BERSIH 3.0, pelaksanaan gaji minimum dan yang terbaru pemberian RM15000 kepada peneroka FELDA adakah mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN??? Tetapi pada pandangan saya PRU 13 mungkin akan dijalankan selepas AIdilfitri.

               Ini kerana waktu ini sangat sesuai kerana beliau mampu menggunakan kapasiti beliau sebagai PM untuk emngadakan rapat umum dengan rakyat dari Perlis hinggalah ke Sabah untuk memasarkan kejayaan transformasi beliau kepada rakyat. Selain itu banyak lagi akta-akta di dewan rakyat yang perlu diluluskan bagi membuktikan keberhasilan pentadbiran beliau. Ini mungkin mengambil masa sehingga bulan Jun untuk diwartakan.

              Sebelum pembubaran parlimen, Najib perlu mengambil kira 2 faktor iaitu mengotakan janji-janji beliau sepanjang menjadi PM dan memastikan ekonomi global Malaysia terkawal. Dua faktor ini amat penting kerana kini rakyat mengambil berat tentang  2 situasi ini berikutan GTP yang inigin beliau laksanakan dan kesan ekonomi dunia mengakibatkan Greece bankrup rakyat tidak mahu menanggung hal ini akibat ketidak cekapan pelaksanaan ekonomi.

                Faktor pertama ini amat penting kerana dalam adat melayu lembu dipegang pada talinya tetapi manusia dipegang pada janjinya. Mahu atau tidak Najib kena laksanakan transformainya dengan jayanya. PRU 13 makin galak diperkatakan sekarang ini kerana sekarang BN semakin galak membentangkan usul untuk diluluskan di Dewan Rakyat diluar dari kebiasaan. Beliau perlu memberi penekanan dalam Akta AUKU, Akta Darurat. Namun dalam meluluskan akta-akta ini mengambil masa yang cukup lama keran perlu diperdebatkan di Dewan Negara dan mendapat kelulusan KBDYMM Tuanku. Dalam jangkaan saya semua perkara ini mengambil masa dalam 2 bulan jika sekalian YB berdebat dengan tertib.

                 Faktor seterusnya ialah kestabilan ekonomi global Malaysia. Kini kita dapat saksikan diseluruh dunia ekonomi di Kesatuan Eropah sebagai pemegang ekonomi dunia sudah meruntuhkan tembok kegoannya sendiri. Ini terbuktikan dengan hutang negara Greece menyebabkan negaranya bankrup. Majoriti ahli ekonomi Malaysia menyatakan ekonomi negara kini sedang meningkat naik tetapi secara tidak stabil. Oleh itu, Najib perlu membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mampu mengeluarkan Malaysia dari kemelesetan ekonomi global. Ini amat penting bagi BN kerana jika program Transformasi Ekonomi Najib tidak berjaya nampaknya rakyat akan menggunakan dasar Buku Jingga PR. kalau BN tidak mahu melihat dasar Buku Jingga dilaksanakan maka GTE mesti dilaksanakan sebaiknya.

                  Oleh itu Najib dan rakyat Malaysia khususnya boleh mendapat signal dari sini bila PRU 13 akan dilaksanakan. Najib hanya boleh membubarkan parlimen dalam bulan Ogos dan September. Tetapi Ogos adalah sangat mustahil kerana separuh bulan Ogos adalah bulan Ramadhan dan separuhnya lagi ialah Aidilfitri. Oleh itu September adalah bulan terbaik untuk melaksanakan PRU iaitu pada minggu terakhir September dan palin lewat awal Oktober. Diingatkan bahawa ini hanyalah RAMALAN berdasarkan situasi semasa.

PARLIMEN BUBAR SELEPAS AIDILFITRI????


                  Jika tidak dilaksanakan juga antara 2 waktu itu juga maka selepas minggu pertama Oktober adalah tidak relevan kerana umat Islam akan mengadakan Haji. Waktu ini adalah amat mustahil untuk dilaksanakan. UMNO juga amat memerlukan undi bumiputera agar mereka mampu kekal berkuasa.


                  Tetapi jika dilaksanakan selepas Aidilfitri pun baik juga bagi kedua-dua pihak BN dan PR. Mereka boleh mengambil kesempatan waktu itu untuk beramah ,esra dengan rakyat dan menyampaikan maklumat secara tidak langsung. Pada waktu ini pemimpin akan lebih dekat dengan rakyat melalui majlis rumah terbuka. Jika PRU 13 dilaksanakn selepas Aidilfitri, gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya.


                    Apa-apa pun semua ini sekadar ramalan. Dalam politik ramalan amat penting agar kita tahu waktu yang sesuai melaksanakan sesuatu misi kita untuk memenangi hati rakyat. Walaubagaimana pun, jangan risau PRU 13 bakl menjelang dan adakah BN mampu menguasai Parlimen dan adakah Tsunami Politik akan berlaku bagi PR atau BN?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan