Khamis, 3 Mei 2012

BERSATUKAH MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA?????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

          Pandangan saya pada blog ini bukan bersifat ultra melay yang menyokong seratus peratus golongan melayu Islam setiap apa yang dilakukan oleh mereka tetapi cuba memberi pendapat  tentang apa yang berlaku pada masa sekarang.

           Mungkin pandangan saya ini merupakan satu kenyataan yang tidak patut diambil endah oleh setiap pihak tetapi saya berasa bertanggung jawab untuk memulihkan kembali perpaduan umat Islam melayu di bumi Malaysia

            Kesatuan umat Islam adalah amat penting agar syariat Allah dapat ditegakkan dengan mudah dan berdaulat tanpa penentangan golongan yang bersifat liberal.

Hukum Allah hanya dapat ditegakkan jika setiap parti-parti politik yang majoritinya bersatu untuk memartabatkan islam.

            Sepatutnya parti UMNO iaitu parti nasionalis yang mewakili kaum Melayu yang paling tua dan besar di Malaysia hendaklah bersedia melaksanakan hukum Allah secara menyeluruh kerana ia merupakan hak Allah secar mutlak. Manakala bagi pihak PAS pula yang kebanyakkan ahlinya merupakan golongan  agama patut berfikiran sederhana dan tidak terlalu mengkritik kerajaan dengan secara kasar. Janganlah mengkritik mereka secara kasar tetapi ikutlah saranan Nabi yang mana baginda menyuruh kita menarik tangan pemimpin kita dan tegurlah kesalahan mereka secara senyap.

            UMNO dan PAS merupakan dua parti yang mewakili orang melayu yang mempunyai dasar yang sama antaranya iailah:

                     1. memartabatkan Islam dan hukum Allah
                     2. melindungi hak-hak raja-raja dan orang melayu serta bumiputera
                     3. melindungi hak-hak golongan yang berada dibawah pemerintahan Malaysia.

         Jadi daripada sini kita lihat kenapa saling bercakaran sedangkan dua parti ini mempunyai tujuan yang sama.

         Kepada ahli UMNO janganlah merebut kekuasaan kerana hendak menikmati kemewahan dunia yang boleh memberi ebinasaan kepada mereka di akhirat dan bagi ahli-ahli PAS janganlah kita terlalu taksub dengan pemimpin kita tetapi setiap yang diperkatakan hendaklah berfikir dan tidak menyokong bulat-bulat.

         Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi agar sinar islam dapat kembali di bumi Malaysia seperti mana zamn kegemilangan Melaka dulu. Janganlah kita saling bercakaran demi memegang tampuk pemerintahan tetapi kita saling bekerjasama dalam memenuhi tuntutan agama tanpa sebarang syak wasangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan