Rabu, 30 Mei 2012

APAKAH GOLONGAN MUFTI PERLU TERLIBAT DENGAN PENTADBIRAN NEGARA SECARA LANGSUNG???













Assalamualaikum dan salam sejahtera


Fatwa ialah bahasa arab dan dalam keadaan banyak ialah fatawa yang membawa maksud suatu pendapat keagamaan tentang agama islam yang di keluarkan oleh ulama. Manakal mufti ialah seorang sarjana, ilmuan atau tokoh yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah negeri atau negara dalam membuat keputusan penting tentang agama Islam.

Mengapa saya mendahulukan penulisan saya dengan pendifinisian ini??? Ini kerana kebanyakan masyarakat pada hari ini hanya memahami mufti hanya sekadar pengeluar hukum halal haram sahaja. Tetapi dari konteks ini kita dapat lihat bahawa peranan mufti sangat besar ini kerana mufti adalah golongan yang sangat alim dalam ilmu agama. Pemilihan mufti ini sangat penting kerana ini melibatkan hal ehwal agama Islam.

 "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".(rujuk Sahih Bukhari)

Namun pada hari in peranan ulama atau mufti diperkecilkan oleh kebanyakan pihak seperti

1. kenyataan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menempelak tindakan Sohibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria dalam usaha beliau cuba menyatukan UMNO dan PAS.
2. Tindakan pemerintah yang mengingkar nasihat ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memfatwakan pengharaman aktiviti yang melibatkan pergaulan lelaki-perempuan yang menimbulkan kemurkaan Allah.
3. Tindakan golongan tertentu yang mempertikaikan hukum atau Fatwa yang dikeluarkan oleh golongan Ulama yang dilantik oleh sekalian KBDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu.

Persoalannya kini adakah para Ulama atau Mufti yang dilanti oleh sekalian Tuanku melibatkan diri secara langsung dalam urusan pemerintahan khususnya dalam usaha membaiki akhlak remaja melalui kementerian yang terbabit seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan???

Secara peribadi sepatutnya golongan ulama dan Mufti wajar terlibat secara langsung dalam urusan politik dan pentadbiran bagi menyatukan umat yang kini kian berpecah. Ini kerana mereka ini tidak langsung terlibat dengan politik kepartian. Jadi lantikan mereka boleh dibuat atas kapasiti Menteri Tidak Berportfolio.

Ini tidak mustahil kerana pada zaman sahabat sendiri mereka terlibat secara langsung dalam urusan politik dan agama. Ini terbukti semenjak dari zaman Nabi Muhammad baginda menubuhkan Majlis Syura yang terdiri dari sahabat-sahabat yang agong serat mahir dalam selok belok agama dan politik untuk membantu baginda  memimpin kerajaan Islam Madinah.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau melantik ahli Majlis Syura daripada zaman Nabi Muhammad sendiri untuk memimpin kerajaan Islam bersama-sama dengan beliau serta menjadikan Majlis Syura sebagai tempat mengeluarkan hukum setelah kewafatan Nabi. Dalam sejarah Islam Malaysia ada juga golongan elit agama terlibat dengan pentadbiran ini dapat dibaca pada
 http://eprints.usm.my/10082/1/PERANAN_GOLONGAN_ELIT_AGAMA_DI_TERENGGANU.pdf

Jadi tindakan untuk meminggirkan golongan Ulama dalam bidang pentadbiran secara langsung haruslah diketepikan dalam situasi sekarang. Ini kerana jika kita beranggapan golongan mufti ini hanya perlu duduk dengan sultan dan mengeluarkan fatwa halal haram, maka ini amat bercanggah dengan konsep islam itu sendiri iaitu Islam itu meliputi semua dari tua-muda, kaya-miskin, pemerintah-rakyat,ulama-akademik dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan