Khamis, 17 Mei 2012

PRU 13 : BN MUNGKIN MENANG TETAPI NAJIB......

Assalamualaikum dan salam sejahera...


                       Kini  penulisan saya tertumpu kepada kedudukan Najib pada kali ini. Adakah kedudukan Najib sebagai PM Malaysia ke 6 dan Presiden UMNO akan kekal selepas PRU 13. Ini kerana kebelakangan ini banyak isu-isu berbangkit yang perlu beliau tangkis secara sistematik khususnya sewaktu Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas. Daripada liputan BERSIH 3.0 saya yakin bahawa Najib tidak duduk senang kerana pengurusan BERSIH 3.0 agak emosional dari pihak polis dan peserta sendiri. Tetapi beliau juga lebih merisaukan tentang kelemahan UMNO dan BN sendiri. Ini kerana sokongan mereka amat penting untuk menetapkandan meningkatkan momentum sokongan kepada beliau. Kegagalan polis bertindak secara pro aktif dalam menyuraikan perhimpunan tersebut dapat dilihat sehingga polis mengejar peserta berkilometer jauhnya dan tindakan ini akan menguatkan lagi fahaman mereka bahawa polis tidak mesra rakyat. Ini membuktikan GTP beliau gagal dilaksanakan. Jadi pasti benda ini mampu membuatkan Najib tidak duduk senang di Bangunan Perdana Menteri  sendiri.

                       Jika diperhatikan, cara polis menangani isu ini nampak lebih ganas berbanding BERSIH 2.0 kerana mereka dikuasi emosi dan tindakan ganas peserta. Ini terbukti juga dengan meningkatnya magsa keganasan dikalangan peserta dan wartawan dalam perhimpunan ini. Ini lebih menonjolkan kepada media antarabangsa bahawa Malaysia menangani isu ini dengan menggunakan keganasan seperti yang berlaku di Libya, Mesir dan kini di Syria. Saya pasti Najib sudah tentu mahu menjaga kedudukan beliau di mata dunia. Maka cara terbaik ialah dengan memohon maaf keatas rakyat secara terbuka diatas tindakan yang diambil. Ini mampu menunjukkan bahawa beliau senang mendampingi rakyat.

                       Kebanyakan rakyat semasa BERSIH 2.0 berpendapat bahawa sokongan rakyat terhadap belia akan berkurang. Tetapi hal ini berjaya ditangkis oleh beliau dengan menjelajah dan bertemu rakyat seluruh negara untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa apa yang beliau laksanakan adalah demi kepentingan umum. Hasilnya dapat diperhatikan bahawa separuh daripada pilihan raya kecil PRU Sarawak dan Sabah sepanjang pentadbiran beliau mampu diperolehi dengan majoriti besar. Ini menunjkkan sokongan rakyat terhadap Najib semakin meningkat.

                      Saya yakin Najib sedar segala kesilapan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyebabkan kedudukannya dalam bahaya. Sudah menjadi lumrah bahawa yang dilakukan polis mestilah sesuatu yang direstui oleh PM sendiri. Sejak menjadi PM, banyak talian hayat digunakan oleh Najib bagi mengawal sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Najib dilihat sebelum ini agak berjaya merampas kembali undi-undi kritikal orang Melayu untuk kembali kepada BN. Kejayaan ini ditambah pula dengan propaganda-propaganda atau provokasi-provokasi bersifat bangsa dan agama yang dimainkan oleh rakan-rakan selindung UMNO seperti Perkasa. Meskipun, Najib pandai mengemukakan dirinya sebagai hero kepada semua rakyat melalui 1Malaysia tetapi ramai nampak Najib tidak konsisten di dalam perjuangan 1Malaysianya.


                       Semasa Bersih 2.0, ramai berpendapat Najib semakin kehilangan sokongan tetapi tidak dinafikan beliau berhempas-pulas mengawal impak Bersih 2.0 itu dengan mendatangi rakyat dengan janji-janji transformasi dan juga ‘gula-gula’ untuk rakyat melalui Bajet 2012. Namun begitu, Najib lupa untuk lebih berhati-hati di dalam  menghadapi Bersih 3.0 supaya tidak perlu lagi bekerja kuat mencari idea-idea baru bagi meraih sokongan-sokongan yang hilang sepertimana Bersih 2.0 dahulunya. Mungkin Najib ada idea-idea baru termasuklah yang terbaru mengumumkan dasar gaji minimum swasta tetapi masa untuk Najib ‘memberi’ sudah tidak cukup bagi mengembalikan sokongan ke atas BN atau meredakan kemarahan rakyat di atas kegagalan menguruskan Bersih 3.0.

                       Kita sedia maklum disebabkan  kegagalan mengawal momentum Bersih 1.0, BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, PM ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan sekaligus PM Malaysia.

                      Dengan apa yang dipaparkan dalam Bersih 3.0, nampaknya keadaannya lebih parah jika dibandingkan demo-demo bersirinya sebelum ini. Pastinya Najib tidak cukup masa lagi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan pada imej beliau dan BN yang menurun sekelip mata sahaja akibat ‘jenayah’ polis dalam Bersih 3.0. Mahu tidak mahu, PRU kena diadakan juga tahun ini. Walaupun mempunyai mandat sehingga Mac tahun depan, ekonomi Malaysia dan global tidak cukup kuat ketika itu kerana kemelesetan ekonomi sedunia bukannya perkara sekejap tetapi akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih.
BN akan kekal berkuasa tetapi Najib…

                      Namun begitu, dengan persempadanan kawasan pilihanraya yang sekian lama memberi kelebihan jumlah kerusi kepada BN di Sabah dan Sarawak, BN secara keseluruhannya masih berpeluang untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah selepas PRU13. Tetapi keadaan akan menjadi status-quo seperti yang kita ada hari ini iaitu BN akan gagal memperolehi majoriti 2/3 seperti dahulu tetapi sekadar cukup bagi membentuk kerajaan pusat. Malah, jika dilihat faktor Melayu, BN berpeluang merampas Kedah dengan majoriti mudah tetapi mampu kehilangan Negeri Sembilan dan Perak kepada Pakatan di samping kehilangan beberapa kerusi bandar di Melaka.

                     Pakatan memerlukan ‘Semangat Reformasi tahun 1999’ jika mahu menawan Putrajaya dalam PRU13. Namun begitu, amat mustahil dengan masa yang ada bagi merealisasikan impian itu tetapi boleh diusahakan. Buat masa ini, Pakatan tidak perlu gusar mengenai undi kaum Cina dan India tetapi harus menumpukan undi kaum Melayu. Saya pernah ingat lagi ketika 1999, jentera yang berkesan bagi mendapat sokongan orang Melayu ketika itu apabila setiap anak-anak muda dan warga bandaraya KL  pulang berkempen pada sanak saudara sendiri dan di samping mengedarkan risalah-risalah bahan kempen yang dicetak melalui laman-laman web reformasi seperti Mahazalim, Reformasi Nasional (RN), Tranungkite dan banyak lagi. Saya yakin jika penyokong ataupun mereka yang bersimpati dengan Pakatan lakukan usaha sebegini dalam PRU13,Pakatan mampu berpeluang berkuasa di Putrajaya dengan majoriti mudah.

                   Walaubagaimanapun, berita amatlah buruk jika jentera BN dibawah Najib gagal menduduki majoriti 2/3 kerusi terutamanya kepada Najib sendiri. Penulis percaya nasib Najib akan sama seperti Tun Abdullah yang akan dipaksa turun melalui tekanan dalaman UMNO sendiri bagi memberikan peluang kepada Timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya juga percaya Tun Mahathir sendiri (sekiranya umur lebih panjang dari sekarang) akan memulakan siri konspirasi melemahkan Najib sepertimana beliau lakukan pada Tun Abdullah dahulu. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Tun Mahathir juga Melayu sebab menurut beliau Melayu mudah lupa dan Mahathir akan turut melupakan jasa Tun Abdul Razak yang pernah membawanya masuk semula dalam UMNO dan memberi peluang kepadanya. Maaflah saya, saya berkata demikian sebab Tun Mahathir pada hari ini dalam banyak perkara pun sudah lupa.

                   Pakatan boleh merancang untuk berkuasa selepas PRU14 dan memperbaiki rank sesama pemimpin Pakatan dan mencapai kesefahaman yang lebih baik lagi di negeri-negeri yang diperintah. Bagi penulis, jika Muhyiddin menjadi PM menggantikan Najib, itu adalah berita baik kepada Pakatan kerana ramai melihat Muhyiddin kurang berkaliber jika dibandingkan dengan Najib. Hanya bagi Najib, beliau hanya malang disebabkan banyak bercakap (berjanji) tetapi gagal mendidik jeneral-jeneral beliau sendiri mengenai apakah transformasi yang ingin dibawanya pada Malaysia. Apa yang berlaku hari ini adalah kegagalan Najib mendidik mereka yang menyebabkan mereka terus membuat kesilapan bagi pihak Najib.

                 Untuk Pakatan, struktur perjuangan mereka perlu diperbaiki termasuklah memperkenalkan kabinet bayangan jika mahu menjadi pembangkang yang kuat. Dan yang lebih penting ialah mengeluarkan kepompong Pakatan daripada dianggap oleh rakyat sebagai ‘alat’ Anwar Ibrahim. Pakatan bukan sahaja perlu bangga dengan Buku Jingganya tetapi untuk memenangi PRU14, mereka sudah sediakan pelan kecemasan iaitu pelan Pakatan Rakyat tanpa Anwar Ibrahim.






2 ulasan:

  1. panjang gilaaaaaaaaaaa mursed!!! huhuhu
    najwa an-ni'maty ni

    BalasPadam
  2. dia klo nak wat ulasan kne detail... hahah

    BalasPadam