Isnin, 28 Mei 2012

PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU : ADAKAH INI MENJADI REALITI???


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2) "orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura zuriat seseorang yang sedemikian.

Muqaddimah pembacaan sebentar tadi dimulakan dengan definisi melayu menurut perlembagaan yang sama sekali tidak boleh dipinda melainkan dengan izin Majlis Raja-Raja Melayu. Jadi penerangan maksud orang melayu telah  diumgkap dengan jelas menurut perspektif perundangan Malaysia dengan selengkapnya.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan Pemimpin DAP, YB Karpal Singh tentang melantik orang BUKAN MELAYU sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya memperolehi majoriti kerusi parlimen.
Sebelum kita menjawab tindakan YB Karpal ini wajar atau tidak maka eloklah kita meneliti dahulu peranan YAB Perdana Menteri sebagai orang yang berkuasa menjalankan kuasa esekutif di Malaysia menurut lunas perlembagaan. Antara peranan YAB PM ialah

1. Menasihati Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di Pertuan Agong dalam hal-hal pentadbiran dan agama Islam
2. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan
3. Menjadi penasihat kepada Tuanku Sultan dalam membincangkan isu-isu dalam Majlis Raja-Raja Melayu            seperti hak-hak orang melayu, adat istiadat melayu dan agama Islam.

Jadi dari sudut perspektif perlembagaan dan peranan YAB Perdana Menteri sangat berkait rapat dengan hal ehwal agama Islam dan orang Melayu. Walaupun dari perundangan tidak meletakkan syarat Perdana Menteri tidak semestinya orang melayu tetapi kedudukan ini mesti tetap milik orang melayu Islam agar Perdana Menteri mampu melaksanakan tugasan dengan sempurna. Jika dilantik orang bukan melayu bagaimana untuk menasihat Ke Bawah Duli Tuanku dalam isu berkaitan agama Islam dan orang Melayu???


Seterusnya dari perspektif agama, mari kita perhatikan dua dalil yang amat berkait rapatdengan isu ini iaitu dalam hadis nabi yang berbunyi

"Semua manusia memegang amanat dari nasab-nasab mereka"

 Dan Allah berfirman dalam dalam Surah Thoha ayat 29-30 yang bermaksud

"Dan jadikanlah untukku seorang wazir dari keluargaku iaitu Harun. Teguhkanlah dengan dia kekuatan dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,"

Maka dari sini kita dapat perhatikan dalam urusan pemerintahan setiap orang memegang amanat dari keturunannya ini kerana mereka lebih tahu apa yang amat diperlukan dalam keturunan mereka. Jika difikir secara logik sudah tentu keturunan ini mempunyai salsilah yang cukup besar sehingga mampu memimpin sesuatu masyarakat.

Begitu juga dengan masyarakat di Malaysia, keturunan Melayu merupakan keturunan terbesar di Mlaysia dan menjadi tuan tanah secara semulajadi di sini. Maka secara automatik selayaknya orang Melayu memjadi ketua pemimpin di Malaysia.

Sebeum itu mari kita ambil iktibar semasa krisis perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi. Perbalahan antara kaum Muhajirin dan Ansar dalam perlantikan pemimpin membuatkan Abu Bakar bersuara dengan berkata:

"Sesungguhnya kami adalah pemerintah dan kalian(Ansar) adalah wazir"




Ini berteraskan dengan sabdaan Nabi yang berbunyi "Sesungguhnya para imam adalah Quraisy dan janganlah mendahului mereka,"

Ini membuktikan bahawa keturunan amat penting dalam menentukan kedudukan seseorang pemimpin dalam pemerintaha. Janganlah disebabkan kuasa hak-hak golongan tertentu dipertikaikan. Orang Melayu sebenarnya bukannya Ultra Malay tetapi mempertahankan hak seperti mana yang termaktub didalam perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu antaranya ialah:



1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan