Isnin, 21 Mei 2012

APAKAH ITU DAULAH ISLAMIAH????


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apakah itu DAULAH ISLAMIAH??? Apakah manfaat dan kepentingan pertubuhan ini??? Dan adakah penubuhan DUALAH ISLAMIAH ini berjaya pada situasi sekarang???

Dalam sejarah kerajaan ISLAM hanya terdapat 2 sahaja kerajaan yang diperintah oleh Nabi ALLAH dengan hukum syariat selengkapnya iaitu NABI ALLAH SULAIMAN DAN MUHAMMAD dan inilah dinamai DAULAH ISLAMIAH. Nabi Muhammad telah membuka kerajaan ISLAM MADINAH pada 622 M. Dari sini, dasar pemerintahan baginda 100% berteraskan ISLAM dan ini dapat dibuktikan dengan pembentukan PIAGAM MADINAH. Selepas kewafatan baginda, hal umatditeruskan dengan pentadbiran khalifah Ar-Rasyiddin, Bani Umayyah, Bani Abbasyiah dan terakhir sekali ialah Bani Turki Uthmaniyyah selepas sistem kahilaf dijatuhkan oleh Mustafa Kmala At-Tartuk pada 1924. Selepas kejatuhan sistem khalifah Turki, maka berakhirnya sistem Daulah Islamiah yang mana semua tanah-tanah pembukaan keranjaan Islam terletak dibawah satu kuasa sahaja, KHALIFAH DAULAH ISLAMIAH.


           BAHAGIAN 1



KEJATUHAN SISTEM KHALIFAH

               Tetapi sebelum kita pergi lagi jauh tentang DAULAH ISLAMIAH mari kita tahu serba sedikit kejatuhan KHALIFAH TURKI terakhir.

                Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.

                Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.

                Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

             Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan