Jumaat, 25 Mei 2012

Peringatan Buat Pemimpin Yang Berkuasa....












Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad, isteri-isteri baginda, khalifah- khalifah Islam yang ADIL dalam pemerintahan dengan MENURUT syariat Allah...

 YAB,

Sesungguhnya dengan kehendak Allah maka YAB terus berkuasa,
Dengan IZIN Allah maka ahli-ahli parti UMNO dan komponen BN memilih YAB menjadi Perdana Menteri,
Atas kekuasaan Allah juga PR menguasai negeri-negeri yang kini berada dibawah kekuasaan mereka.

Namun kenapa saya mendahulukan ayat-ayat tersebut dengan mendahulukan Allah??? Ini kerana Allah telah  mengingatkan kita bahawa Dia berkuasa MENAIKKAN sesiapa yan layak bagiNya dan Dia berkuasa MENJATUHKAN sesiapa atas kehendakNya

 Sebenarnya kekuasaan yang Allah berikan keatas muka bumi ini adalah sebagai ujian keatas diri mereka. Bagi yang mampu melaksanakan tuntutan Allah maka syurgalah tempatnya dan bagi yang ingkar nerakalah tempatnya. Tidak saya nafikan sumbangan pemimpin-pemimpin BN terdahulu dengan izin Allah mereka mampu memajukan negara. Tetapi YAB kena ingat bahawa semua itu adalah dengan izin Allah.

YAB,

Sesungguhnya ingin saya ingatkan YAB bahawa pihak pemerintah telah melakukan banyak kezaliman dalam menunaikan Allah tetapi syukur kepada Allah pihak kerajaan telah melaksanakan semampunya dalam menunaikan hak rakyat. Atas sebab itu saya tidak menentang YAB dalam terus berkuasa ini kerana nabi ada sebut dalam hadis yang berbuny:

Daripada Auf bin Malik r.a bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Imam-imam kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan imam-imam kamu yang paling jahat ialah imam-imam yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditanya : “ Ya Rasulullah! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak, selama mereka mendirikan solat di antara kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari penguasa-penguasa kamu, maka hendaklah kamu membenci amalannya dan janganlah kamu menderhaka.” 



Tetapi jangan disebabkan hadis ini YAB boleh terus menzalimi hak Allah. Ingatlah barangsiapa yang menzalimi Allah maka Allah akan mengazabnya dengan sepedih-pedih azab. Ingin saya tegaskan disini bahawa kita sebagai umat islam khususnya pemimpin diatas muka bumi ini adalah WAJIB dalam melaksanakan perintah Allah. Antara perintah Allah ialah mengharamkan riba/faedah, melaksanakan hukuman rejam dan sebat bagi yang berzina, memotong tangan bagi yang mencuri,hukuman sebat bagi yang meminum arak, mewajibkan memakai pakaian yang menutup aurat atas pengertian Islam, menjauhi perkara- perkara yang mampu menggalakkkan kepada percampuran lelaki dan perempuandan sebagainya. Ini semua hukum Allah dan sesiapa yang melanggar hukum Allah maka dia mengistiharkan perang keatas Allah dan siapa yang melakukannya maka Allah akan memeranginya. Ingatlah YAB bagaimana Allah membinasakan tentera Abrahah dengan batu api neraka yang dibawa oleh burung ababil, firaun ditenggelam dalam laut, dan musuh Allah yang meruntuhkan sistem khalifah di Turki, Mustafa Kamal Attartu mayatnya tidak diterima bumi. Janganlah akbat kezaliman terhadap hak Allah maka pemimpin-pemimpin yang kini sedang berkuasa dihukum oleh Allah dengan sebesar-besar azab.

Seterusnya ialah hendaklah kita sebagai pemimpinkeluarga kita akan bertanggunungjawab atas setiap tingkahlaku kaum kerabat kita. Jika kebaikan yang dibuat pahala balasannya dan nerakalah tempatnya jika kezaliman yang dilakukan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Suruhlah kaum kerabat YAB memenuhi tuntutan Allah dalam berpakaian, pergaulan seperti dalam ayat Allah yang berbunyi,

Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Demi Tuhan yang menguasai segala urusan pemerintahan alam, yang menguasai kunci syurga dan akhirat di dalam tanganNya, maka beranilah YAB membuat transformasi yang dicanangkan oleh YAB semenjak menguasai kerajaan dan maafkan saya jika teguran saya ini tidak menggunakan ayat yang sesuai tetapi saya tidak akan memohon kemaafan YAB dan keluarga jika terasa dengan teguran saya ini kerana saya hanya menjalankan perintah Allah iaitu menyampaikan pesanan kearah kebaikan. 

Sekian

*Pesanan ini demi mencari keredhaan Allah agar Malaysia mampu menjalankan sistem pemerintahan Islam yang sempurna. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan