Rabu, 23 Mei 2012

PTPTN MANSUH : APA KESANNYA???




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

22/5/2012 debat antara YB KJ dan Sdr Rafizi tentang pemansuhan PTPTN. Adakah tindakan pemansuhan PTPTN itu relevan dan apakah kesan pemansuhannya??? Adakah ini hanya gula-gula manis yang kemudiannya mendatangkan penyakit kencing manis dan seterusnya memotong mana-mana anggota yang telah rosak menjelang PRU 13 ini???


PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 satu badan yang bertindak memberikan pinjaman kewangan kepada mana-mana penuntut yang memerlukan wang untuk membiayai kos pengajian. Tapi adakah dengan pemansuhan PTPTN ini dan ditukar kepada biasiswa mampu memberi keadilan kepada penuntut???

Baiklah yang pertama disini saya ingin sentuh tentang KEADILAN. Adakah dengan memberi biasiswa selepas pemansuhan PTPTN akan memberi keadilan kepada pelajar yang bersusah payah mendapat keputusan dan sememagnya layak masuk ke universiti dengan biasiswa jika dibandingkan dengan pelajar yang dapat masuk ke universiti atas syarat cukup-cukup makan tetapi dapat bantuan biasiswa??? Sememangnya tindakan ini tidak adil dan ini memberi impak negatif terhadap institusi pendidikan negara kita. Ini kerana pelajar akan belajar sambil lewa untuk masuk universiti dengan keputusan cukup syarat. Fikirkan lah sejauh-jauhnya kerajaan memberi pinjaman agar pelajar akan belajar bersungguh-sungguh agar pinjaman yang diberikan kan bertukar menjadi biasiswa jika mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Seterusnya ialah mengenai SUMBER KEWANGAN. Kita jangan nak main mansuh sana dan mansuh sini. Kita kena pandang kehadapan seperti golongan minda kelas pertama. Memang benar dengan memansuhkan PTPTN kadar hutang rakyat akan berkurang TETAPI kita kena lihat dari perspektif yang lebih besar. Jumlah hutang PTPTN ialah RM 24.7 bilion. Satu jumlah yang cukup besar. Jika dimansuhkan mana kerajaan nak cari wang untuk menampung kos ini???? PR hanya mengatakan dengan menggunakan hasil keuntungan PETRONAS. Adakah mereka sedar bahawa setiap keuntungan PETRONAS digunakan untuk membiayai kos subsidi rakyat negara ini. PR hanya mengatakan bahawa PETRONAS merupakan syarikat mega negara tetapi adakah mereka sear bahawa setiap wang PETRONAS disalurkan untuk biasiswa PETRONAS, wang ROYALTI dan bayaran SUBSIDI rakyat seperti bahan bakar kepada kerajaan. Jika hutang PTPTN PETRONAS juga perlu bayar maka tunggu gulung tikar sajalah syarikat minyak negara Malaysia.

 Sebenarnya ini merupakan dua indicator yang perlu dipandang berat oleh semua pihak terutama mana kita nak cari sumber kewangan bagi menampung pemansuhan PTPTN. Adakah dengan menggunakan keuntungan PETRONAS, menggunakan bon kerajaan atau kenaikan cukai??? Kesimpulannya kita kenalah mencari kaedah atau mekanisme yang bersesuaian agar tidak mendatangkan impak yang buruk di kemudian hari terutama dalam masa kegawatan ekonomi sekarang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan