Khamis, 17 Mei 2012

KUASA BESAR DUNIA PALING PENAKUT : POLIS DUNIA AS









Assalamualaikum dan salam sejahtera....

 AS sinonim dengan sebuah kuasa besar yang mengawal seluruh tindak tanduk negara-negara lemah dan bertindak sebagai Polis Dunia bagi memerangi keganasan dan pengganasnya ialah orang ISLAM. Tidak kisahlah siapa pun Presiden AS samada Hillary Clinton, Obama, Bush, Al Gore atau Joe Biden dasar AS tetap sama iaitu menjadi Polis Dunia. Ini sebab apa? Untuk melindungi kepentingan AS dan sekutunya khususnya Yahudi. Kegalakkan AS bertindak sesuka hati dapat dilihat pasca kejatuhan Saddam di Iraq.

Bagi memulihkan pandangan serong yang dibuat oleh mata dunia kepada AS menyebabkan Obama terpaksa memikul beban memulihkan imej AS selepas dicalarkan oleh Bush. Antara tindakan berani Obama ialah menarik keluar semua tentera di Afghanistan dan ini disambut baik oleh masyarakat dunia. Tetapi betulkah dengan tindakan tersebut pandangan dunia kan berubah terhadap AS???

Sebenarnya Obaam telah melakukan tindakan buruk yang memalukan sejarah AS. Tindakan berani beliau itu tidak berjaya memadam sejarah bahawa AS membantu bertindak sebagai penyibuk sehinggan kejatuhan Presiden Kolonel Muammar Gaddafi yang digulingkan. Obama juga bertindak menceroboh Pakistan bagi memerangi Al-Qaedah. Memang dasar AS yang suka menceroboh kedaulatan negara asing tidak boleh diubah. Tindakan ini akan menyebabkan generasi seterusnya akan mengecam beliau sebagai Presiden yang tidak reti menghormati pendirian negara asing. Adakah ini sikap seebuah negara yang mengamalkan  proses demokrasi????


Selain itu tindakan sekatan ekonomi dan bantuan keatas Korea Utara dan Iran lagi memberikan significant yang negatif terhadap AS. Ini kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai uranium untuk melaksanakan program nuklear. Inilah dasar AS yang mana negara yang tidak menyokong AS akan dikenakan hukuman akibat kedegilan tunduk kepada Whita House. Tindakan bodoh AS ini tidak mendatangkan kesan yang besar kepada Iran dan Korea Utara kerana semua sumber ekonomi mereka berada didalam negara mereka sedangkan AS perlukan gas dari Iran. Akibat kebodohannya, kadar inflasi di AS dan Kesatuan EU meningkat.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan