Kalau
tradisi masyarakat England, nama Robin Hood, King Arthur ialah legenda yang
kekal mekar sebagai penaik semangat nasionalisme mereka. Kisah kebaikkan Robin
Hood dan kehebatan King Arthur memimpin bersama ahli sihirnya iaitu Merlin
begitu disemadikan oleh masyarakat England khususnya.
Bangsa cina
juga tidak kurangnya dengan kisah seorang pemerintah yang baik hati dari zaman
Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei pengasas kerajaan Shu. Begitu juga dengan kisah
seorang jeneral perang yang sangat hebat iaitu Lu Bu yang dikatakan mampu
membunuh 10 000 tentera dalam sehari. Kisah yang paling terkenal mengenai Lu Bu
ialah ketika bertempur dengan tiga panglima perang serentak dalam satu masa
iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei di Battle Of Hu Lao Gate. Setiap bangsa mempunyai hero mereka sendiri.
Bangsa Melayu tidak ketinggalan. Nama Hang Tuah pasti masyur dalam setiap dada
anak melayu pada hari ini. Namun, tidak semua antara kita yang mengenali siapa
itu Hang Tuah. Ya, tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah.
Kebijaksanaan
Hang Tuah
Percayakah
kalau saya bila kebijaksanaan juga menyumbang kepada kepahlawanan seorang tokoh
itu. Sebagai contoh, kita semua pasti akan mengenang Khalid Al-Walid, panglima
Islam yang telah berjaya menewaskan Rom dalam Peperangan Yarmuk. Beliau telah
menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam merencanakan strategi.
Kebijaksanaan
Sultan Muhammad Al-Fateh dalam memimpin tentera Islam menawan Konstantinople
daripada Rom Timur masih dikenang sehingga hari ini. Tindakan baginda dalam
membawa kapal merentas daratan dalam tempoh waktu yang singkat masih dikenang
sebagai salah satu daripada strategi peperangan terhebat dalam sejarah.
Hang Tuah,
pahlawan Melayu kita ini sebenarnya orang yang sangat bijak. Jadi, saya sebuah
cerita yang mahu dikongsikan dengan kalian mengenai Hang Tuah.
Diceritakan
bahawa ketika Hang Tuah berangkat ke China untuk urusan diplomasi dengan
Maharaja China, terdapat sebuah kisah menarik berlaku. Ketika Hang Tuah
berjumpa dengan Maharaja China, Hang Tuah sebagai seorang rakyat biasa tidak
dibenarkan untuk melihat wajah Maharaja China.
Namun
perasaan ingin tahu meluap-luap dalam diri Hang Tuah. Maka, Hang Tuah telah minta agar seseorang masakkan beliau satu sup kangkung yang tidak dipotong.
Maka apabila Hang Tuah memakannya di hadapan Maharaja China, Hang Tuah terpaksa
mendongakkan kepalanya untuk membolehkan kangkung itu masuk ke dalam mulutnya.
Dalam masa yang sama, Hang Tuah berjaya melihat wajah Maharaja China. Hebat
bukan bagaimana Hang Tuah memperbodohkan Maharaja China?
Tidak cukup
dengan itu, tahukah kalian bahawa Hang Tuah mengetahui lebih kurang 12 jenis
bahasa? Antaranya ialah Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Tamil serta Bahasa
Jepun. Bukan senang untuk mempelajari banyak bahasa. Saya yang sedang
mempelajari bahasa jepun di universiti ini pun sudah geleng kepala.
Antara kisah
kebijaksanaan Hang Tuah yang saya rasa diketahui oleh orang Melayu ialah kisah
pertempuran Hang Tuah dan Taming Sari serta sahabatnya Hang Jebat. Keris Taming
sari merupakan satu keris sakti.
Hal ini
disebut dalam Hikayat Hang Tuah:
Maka Hang
Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik gulingan
pantas-p) rupanya. Maka oleh Laksamana dipertubi2nya tikam, tiada juga kena.
Maka pada penglihatan Laksamana segala tuboh Hang Jebat itu habis diselimuti
oleh kerisnya."
Akhirnya
menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menang akibat kesakitan keris Taming
Sari, maka Hang Tuah telah menggunakan tipu daya untuk mengalahkan Hang Jebat.
Perkara yang sama berlaku ketika Hang Tuah bertempur dengan Taming Sari.
Kepahlawanan
Hang Tuah
"Demi
didengar oleh orang empat itu(orang mengamok) kata Hang Tuah demikian ia pun
terlalu amarah,serta diusirnya akan Hang Tuah dan Hang Jebat,ditikamnya
berturut-turut. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat kekiri dan kekanan
menyalahkan tikaman orang itu. Setelah lalu, di tikamnya seorang, itu pun rebah
lalu mati. Maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu
ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka yang dua orang itu pun bertikam dengan
Hang tuah. Maka keduanya mati di tikam oleh Hang tuah." -Hikayat Hang Tuah.
Di atas
ialah kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Datuk Bendahara Bentan. Daripada
kisah inilah, Hang Tuah mula diangkat menjadi hulubalang di istana seterusnya
menjadi laksamana. Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kisah Hang
Tuah, apa kata kita belajar dulu kisha perguruan Hang Tuah.
Rekod
sejarah mengatakan bahawa Hang Tuah
bersama empat orang kawannya – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Di sana, kisah
'cinta sepanjang zaman' berlaku di mana Hang Tuah jatuh cinta kepada pembantu
Adiputra, iaitu Melor yang merupakan anak orang asli yang tinggal di kaki
gunung Ledang. Dikatakan juga bahawa Hang Tuah berguru dengan Sang Persanta
Nala.
Balik sahaja
ke Melaka inilah berlakunya kisah orang mengamuk sehingga membuatkan Hang Tuah
terpaksa bertempur dan dilantik menjadi hulubalang seterusnya laksamana.
Daripada sini, bermulalah kisah Hang Tuah mengembara ke beberapa buah negara
untuk menjalankan misi diplomasi kerajaan Melaka.
Ketika
berada di India, Hang Tuah telah dijemput oleh raja India untuk bertempur
dengan pendekar terhebat kerajaanya. Namun pendekar india itu memandang rendah
terhadap Hang Tuah lalu memperlecehkan panglima melayu itu. Peristiwa ini masih
tersemat dalam Hikayat Hang Tuah:
"Hai
pendekar, engkau hendak kusuruhkan bertuju. Maka sembah pendekar itu,`Daulat
tuanku,berapa puluh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patik?Jika
seorang dua, bukan lawan patik!"
"Maka
Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka dilihat oleh Laksamana pendekar itu
hadir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil
pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orangnya. Maka Laksamana
pun memekis serta menghunus pedangnya, lalu melompat serta dikirapnya (ditangkisnya)
perisai menyalahkan parang(tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar
itu, maka diparang (paras-pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua
lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya.Maka Nala Sang
Guna(Perdana Menteri Bijaya Nagaram)pun memegang tangan Laksamana lalu
di-bawa-nya masok ka-balairong."
Hang Tuah
telah memenangi pertempuran itu. Itu baru sedikit kisah kepahlawanan Hang Tuah.
Mari ikuti kisah lain yang melibatkan panglima Melayu ini. Kisah Hang Tuah VS
Samurai Jepun. Dikatakan ketika Hang Tuah berada di Siam, terdapat seorang
samurai Jepun yang singgah di Siam dan mahu bertempur dengan Hang Tuah.
Seperti
biasa, Hang Tuah diperlekehkan. Dengan menggunakan pedang melayu, maka Hang
Tuah pun bertempurlah dengan samurai Jepun yang sangat masyur namanya.
Pertarungan sangat sengit dengan kedua-dua belah pihak saling berbalas tikaman
namun ilmu silat Melayu yang dimiliki oleh Hang Tuah terlalu tinggi membuatkan
Samurai Jepun itu tewas.
Hang Tuah
Itu Melayu
Kisah
kehebatan pahlawan orang Melayu ini yang menewaskan Samurai Jepun dan Pendekar
India membuatkan ada golongan kiasu (bukan semua rakan cina kita, tetapi
golongan yang ekstremis) ini cuba menukar sejarah. Dikatakan bahawa Hang Tuah
itu cina berdasarkan hujah paling BANGANG dalam abad ini. Maaf atas bahasa yang
kasar namun itu ialah realitinya.
Kononnya
Hang Tuah itu dari cina namun dipanggil dalam pelat Melayu sebagai Hang Too Ah,
Hang Jebat itu Hang Ji Fat dan seterusnya. Bagi mereka yang tidak mempelajari
sejarah Hang Tuah, bolehlah ditipunya. Tapi tidak saya.
Hang Tuah
ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Jebat pula anak kepada Hang
Dollah dan ibunya ialah Dang Bawa. Hang Kasturi pula anak kepada Hang Mesmut
dan ibunya Dang Sekanda. Hang Lekir anak kepada Hang Mansur manakala ibunya
ialah Dang Hebah. Hang Lekiu pula anak
Hang Shamsu serta ibunya bernama Dang Seri.
Kalaulah
benar teori bahawa Hang Tuah dan rakan2 ini datang daripada China, siapa pula
ibu dan bapa kepada lima pahlawan Melayu ini? Nama-nama lima sahabat ini pun
mempunyai makna dalam bahasa Melayu.
Tuah : Nasib
Jebat: Bau
Kasturi:
Kepahlawanan
Lekir: Ubi
Lekiu: Lekit
Setiap nama
yang diberi mempunyai maksud tersendiri dalam bahasa Melayu. Namun, siapa yang
pula pandai punggung sangat menukar nama mereka? Ayah mereka ibu mereka
ternyata melayu. Bahkan kisah mereka di dalam rekod sejarah bermula daripada
umur kecil lagi, bukannya dewasa.
http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/hang-tuah-lambang-kepahlawanan-melayu/397288416990883
Bila nak rujuk manuskrip dileiden itu
BalasPadamhttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/ini-perbedaan-kue-macaron-dengan.html
BalasPadamhttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/resign-demi-pasangan-apakah-keputusan.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/4-cemilan-legendaris-anak-90-kamu-suka.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!
Salam, tuan.
BalasPadamSaya salah seorang pengkaji sejarah alam Melayu tetapi kajian saya lebih kepada penggunaan senjata, batu nisan, "timeline" peristiwa dan penggunaan (nama) panggilan pada zaman dahulu.
Boleh saya tahu dari mana tuan memperoleh nama-nama ibu-bapa Tuah Bersaudara tersebut?