Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang
paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar
Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas
terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah
keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14
Masehi juga menggunakan wang emas. Namun, penggunaannya berakhir pada 1924
berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah
yang berpusat di Istanbul, Turki.
Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing.
Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas
sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres
Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi. Krisis yang
sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank Jabatan ini kemudiannya
mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak
wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB)
atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah
bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh
dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar. Berikutan penubuhan FRD, banyak
peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem
pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang
berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian.
Dunia pun berubah
dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia
Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul
pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang
bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar
Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas
masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat
‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan.
Pada
1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di
tengah-tengah Negara Palestin yang sah. Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika
Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan
masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap
rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas
yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah.
Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara
menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika
Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika. Namun Amerika
licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini
bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak
secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ
اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ
الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Tiada ulasan:
Catat Ulasan