Rabu, 15 Ogos 2012

EMAS : LAMBANG KEKAYAAN BANGSA MELAYU



Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangannya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja muda yang pertama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu.” Setelah sudah ia berkata demikian lenyaplah ia. Pada suatu riwayat, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua. – Sulalatus Salatin ms 215

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di atas ialah petikan daripada sumber utama sejarah Melayu, Sulatus Salatin, sebuah buku yang menceritakan sejarah melayu. Apa yang menariknya di atas ialah ialah kita dapat melihat permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Kata kuncinya ialah EMAS. 

Sebenarnya terdapat beberapa orang sejarahwan barat yang mengatakan bahawa semua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Sultan Mahmud telah ditunaikan kecuali satu sahaja, "darah anak lelakinya."

Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:

Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman's conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, " all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all."

Permintaan yang lain kita abaikan, kita tumpukan kepada perkataan "emas" itu. Jika benar pendapat sejarahwan-sejarahwan tersebut, apakah Kerajaan Melayu mampu memiliki emas? MAMPUKAH?

Saya ingin bertanya kepada kalian, kenalkah siapa kalian dengan Ptolemy? Beliau ialah penulis buku Geographia yang mengandungi peta-peta dunia pada waktu itu. Tahukah nama apa yang diberi kepada semenangjung melayu pada waktu itu? SEMENANJUNG EMAS. Apakah kalian merasakan bahawa jambatan emas itu tidak mampu dibina oleh Sultan Mahmud? Mari, saya bawa mengembara lagi. Kita hayati kehebatan sejarah bangsa.

Semua orang pasti mengenali junjungan besar Nabi Sulaiman. Kalau dibaca sejarahnya, Nabi Sulaiman ini sangat kaya-raya dan mempunyai mahligai yang dikatakan sebagai bayangan syurga. Emas ialah perkara biasa dan dikatakan bahawa istananya bersalut emas, begitu juga dengan Solomon Temple, rumah ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman.

Tetapi, tahukah kalian dimana sumber emas itu diambil? Sumber sejarah mengatakan bahawa lokasinya ialah terletak di Mount Ophir. Book Of Job menegaskan bahawa Mount Ophir itu tidak lain dan tidak bukan ialah Gunung Ledang, gunung tempat seorang puteri yang meminta jambatan emas dibina bersemayam. Tidakkah ini satu kebetulan? Menarik bukan?

Tidak percaya, saya sumbat kepada anda pendapat sejarahwan mengenai lokasi Mount Ophir. The London Quaterly Review dalam buku tersebut mengatakan berdasarkan bukti-bukti arkeologi menegaskan bahawa lokasi Mount Ophir terletak di SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Kalau sedemkian, saya mahu bertanya, berapa lama sebenarnya usia tamadun kita?

Tak cukup dengan itu, saya bawa kalian mengembara lagi. Sebenarnya para sejarahwan telah menemui banyak loji-loji dengan TEKNOLOGI yang sangat tinggi di SEMENANJUNG TANAH MELAYU yang dimana fungsinya ialah untuk melombong emas. Penemuan ini dibuat oleh William James Perry dan masih tercatat dalam bukunya The Children of the Sun.

Dan saya sangat gembira untuk menceritakan kepada anda mengenai catatan Al-Masudi mengenai kekayaan emas orang melayu. Ini ialah kisah benar mengenai EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."

Emas pada waktu itu dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini. :)

Dengan bukti-bukti yang saya kemukakan, saya mengajak kalian untuk berfikir, apakah jambatan emas itu telah dibina? Jika ya, saya rasa ini merupakan tugas pakar arkeologi untuk mencari jambatan tersebut. Saya percaya dengan kemampuan teknologi orang melayu membina loji emas, membina candi borubudur, jambatan emas itu bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Kita ini jurutera yang hebat! Apa-apa pun yang saya ingin katakan, apa yang saya kongsikan pada hari ini cuma secebis daripada kehebatan TAMADUN BANGSA MELAYU. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan