Isnin, 21 Mei 2012

APAKAH ITU DAULAH ISLAMIAH???? ( BAHAGIAN 2 )


BAHAGIAN 2

                      Kenapa hari ini ramai orang mula bercakap mengenai penubuhan kembali DAULAH ISLAMIAH??? Ini kerana selepas keruntuhan sistem khalifah, nasib umat Islam diseluruh dunia hanya dipertanggungjawabkan kepada golongan tertentu. Ini dapat dilihat dengan wujudnya satu fahaman baru iaitu AGAMA KENEGARAAN iaitu sifat nasionalis yang mendalam terhadap rakyat sesebuah negara. Sepatutnya yang wujud didalam setiap jiwa umat islam ialah sifat keagamaan.




                     Selain itu kita dapat lihat sendiri dengan jelas dalam isu Palestin. Dalam hal ini, semenjak pencerobohan yahudi keatas Palestin, hanya rakyat Palestin sahaja beriya-iya melindungi tanah air mereka daripada dijajah. Dimanakah peranan golongan yang mengaku mereka itu saudara seislam dengan rakyat Palesti yang sepatutnya sama-sama melindungi hak umat islam Palestin di negara mereka sendiri. Ini semua sebab kejayaan idealogi sekular, komunis,liberal, demokrat dan lain-lain yang menyerap kedalam jiwa setiap anak islam. disebabkan hal ini ia menghalang semangat jihad di dalam setiap jiwa anak islam pasca kejatuhan sistem khalifah.

 Selain itu penubuhan DAULAH ISLAMIAH juga bersandarkan hadis

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”

[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan