Ahad, 6 Mei 2012

SIAPAKAH PRESIDEN UMNO SELEPAS SENARAI R.A.H.M.A.N????? ADAKAH YANG BERKELAYAKKAN????

Ahli-ahli UMNO sendiri yang sememangnya mahir dan tahu dengan situasi UMNO sekarang ini mungkin mampu meramal siapakah yang akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO selepas ini....

Senarai R.A.H.M.A.N akan berakhir......

R - Rahman                                          
A - Abdul Razak
H - Hussein
M - Mahathir
A - Abdullah
N- Najib

Muhyiddin
Bagi pendapat saya beliau tidak layak untuk menjadi Presiden UMNO seterusnya walaupun beliau pernah menjadi MB Johor. Kebanyakkan watak beliau sebagai TP UMNO hanya sebagai pelengkap hierarki UMNO sebagai mana Arwah Tun Ghaffar Baba menjadi TP UMNO zaman Mahathir.

Hishammuddin
Bagi pandangan saya pula beliau menaiki politik UMNO hanya melalui pengaruh bapanya Tun Hussein dan datuknya Dato Onn. Sepanjang menjawat jawatan menteri kabinet semenjak zaman Mahathir, tidak banyak perubahan yang mampu dilakukan olehnya khususnya sewaktu program PPSMI dizaman Mahathir. Maka kemungkinan bagi sepupu PM ini adalah payah untuk beliau menjawat jawatan Presiden UMNO dalam masa terdekat. banyak benda yang beliau kena buktikan kepada rakyat tentang kemampuan nya.

Khairy Jamaluddin
Juga terkenal sebagai KJ, MP Rembau ini juga merupakan menantu kepada Pak Lah. Beliau juga dikenali sebagai Singa Pemuda UMNO. Sikap beliau yang lantang bersuara menonjolkan kepimpinan beliau melalui Pemuda UMNO. tetapi malangnya, kenaikan beliau didalam politik dibayangi oleh Tun Abdullah. Sikap beliau ini juga tidak disenangi beberapa kelompok pemimpin utama  terutama ahli MT dan veteran UMNO.

Ahmad Zahid Hamidi
Kedudukan beliau didalam politik UMNO kini sukar untuk diramal. sepanjang menjawat jawatan menteri pertahanan, banyak kontroversi yang tidak disenangi didengari oleh rakyat. Beliau terpaksa memikul skandal-skandal yang ditinggalkan oleh Najib setelah menjawat jawatan PM. Adakah beliau mampu menangani situasi tersebut??? Jika beliau berjaya maka beliau berpeluang cerah untuk menaiki hierarki UMNO yang seterusnya iaiti TP UMNO daripada jawatan Naib Presiden UMNO.

Ada ramai pihak beranggap selepas nama RAHMAN dikaitkan dengan jawatan Presiden UMNO maka nama MAHATHIR pula akan dikaitkan. Adakah ini benar???? Jika benar siapakah pendahulu??? Adakah Muhyiddin dan diikutu Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin???? Adakah Khairy Jmaluddin terlepas dengan jawatan kerusi panas tersebut???? Ahli UMNO yang menentukan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan