Jumaat, 4 Mei 2012

PRU 13 : ADAKAH NAJIB BAKAL MENERUSKAN LEGASI PEMERINTAHAN KERAJAAN????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

                 PRU 13 bakal menjelang tiba dan menunjukkan penggal pemerintahan BN akan berakhir. Hasil daripada keputusan PRU 13 nanti dapat kita saksikan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan esekutif. Persoalannya adakah BN atau PR akan berkuasa????

                 Dengan banyak isu yang dimainkan oleh PR dalam usaha memenangi hati rakyat. Adakah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan mampu menangkis serangan dari BN???

                   Antara isu yang kian popular dan bakal mengambil tempat di ceramah-ceramah PR ialah isu syarikat yang diuruskan oleh suami Shahrizat. Hasil siasatan dalam SPRM membuktikan terdapat penyelewengan dalm syarikat tersebut. Ini membuktikan bahawa ada tangan ajaib yang pecah amanha dala syarikat tersebut. Persoalannya adakah Shahrizat betul-betul terlibat dalam isu ini???? Jika tidak maka dia tidak menjadi liabiliti kpd BN untuk PRU yang akan datang. Ini kerana beliau merupakan orang yang berjawatan tinggi dalam UMNO dan ini akan memberi kesan buruk terhadap kepercayaan rakyat keatas BN dan khusunya UMNO.

                  Seterusnya ialah mengenai isu PTPTN. Bagi kebanyakan wakil PR mereka berpendapat pinjaman PTPTN wajar dimansuhkan dan ini akan membebaskan pelajar dari belenggu hutang. Kerajaan perlu ambil serius isu ini kerana ia mampu mempengaruhi golongan penuntut yang merupakan salah satu golongan pengundi yang terbesar di Malaysia. Bagi sebahagian golongan yang menyokong pemansuhan PTPTN berpendapat pinjaman PTPTN adalah salah satu beban besar yang perlu ditanggung oleh mereka. Bagi pihak kerajaan PTPTN tidak langsung boleh dimansuhkan dan menjadikan IPTA sebagai institusi pendidikan percuma. Ini hanya membebankan kerajaan yang terpaksa menanggung 100% yuran pengajian mereka. Pemansuhan ini juga boleh membawa kerugian kepada negara kerana wang yang diberikan tidak akan dikembalikan dan kerajaan terpaksa mencari inisiatif baru bagi menampung wang yang diambil oleh pelajar. Jadi penyelesaian nya ialah kerajaan perlu cari mekanisme baru bagi memuaskan hati penuntut dengan mengekalkan PTPTN tetapi tidak membebankan mereka untuk membayar. Ini memberi kebaikan kepada semua pihak.

Banyak lagi isu yang bakal dimainkan oleh PR untuk memenangi hati rakyat antaranya lagi ialah:

1. Cara polis menangani perhimpunan BERSIH 3.0
2. Isu penggunaan wang kerajaan semasa lawatan rasmi PM ke luar negara dengan urusan peribadi
3. Pertunangan anak perempuan PM yang menggunakan wang kerajaan

Dan banyak lagi. semua isu-isu ini adalah dibangkitkan oleh PR. maka menjadi tanggungjawab BN untuk membersihkan nama agar tidak dipandang buruk oleh rakyat.

2 ulasan:

  1. Salam. Nak tanya pendapat saudara,adakah Malaysia ini sebuah negara Islam? Mohon pendapat ASAP

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam... Malaysia ini totally negara islam ini kerana x semua dasar islam dilaksanakan didalam pemerintahan malaysia antaranya ialah
      1. dasar riba / faedah dibenarkan
      2. hukum perundangan syariah tidak dilaksanakan secara total
      selagi dua perkara asas ini tidak dilaksanakan maka Malaysia bukan negara islam... Waalhualam...

      Padam