Khamis, 17 Mei 2012

MODEL TURKI DAN DEMOKRASI DUNIA ARAB



         Pada hari ini dunia melihat kebangkitan rakyat di Timur Tengah tetapi kenapa di Turki, bekas Kerajaan Khalifah Bani Uthmaniyyah, Presiden Abdullah Gul dan PM Erdogan seperti tidak menghiraukan kebangkitan rakyat yang berlaku di sekeliling negara arab. Tetapi kenapa???

      Pada hari ini kita lihat Turki bukan seperti zaman Mustafa Kamal Attartuk. Dibawah Presiden Abdullah Gul kebebasan mengamalkan agama islam berl;aku tanpa sebarang sekatan. Akibat keterbukaan pemimpin ini maka sokongan rakyat keatas mereka meningkat dan tidak membimbangkan politik Turki. Peningkatan peratusan ekonomi turki yang meningkat serta kadar pengangguran yang rendah juga melonjakkan populariti mereka dikalangan media dan rakyat.

        Pencapaian Turki yang agak memberangsangkan mungkin mampu memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin yang rasa diri mereka tergugat. Sekularisme yang berlaku di Turki tidak seperti dulu tetapi kini Turki semakin menonjolkan agama islam di sana. Ini dapat di buktikan dengan Wanita Pertama Turki bertudung dan amalan ini amat bertentang dengan golongan sekular Turki. Ini menguatkan sokongan orang Islam Turki kepada pemerintah.

                                                                Selain itu, sikap Turki yang tidak melaksanakan pemerintahan secara kuku besi di Turki maka kebebasan bersuara dan media terpelihara tetapi didalam lingkungan undang-undang. Cara ini perlu diambil Ikhtibar bagi setiap pemimpin-pemimpin yang baru berkuasa khususnya negara yang sedang bergolak. Ini amat penting agar kepentingan semua terpelihara.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan