Jumaat, 1 Jun 2012

PASCA ERA PRESIDEN HOSNI MUBARA: CAHAYA ATAU KEGELAPAN ( BAHAGIAN 2)











Kencangnya 'angin PERUBAHAN', akhirnya, rejim (Mubarak) tumbang dan kini sedang ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Mesir.. Kita berbalik kepada persoalan pokok 'Revolusi Rakyat' dan episod seterusnya?', YA, memang Revolusi Rakyat berjaya menumbangkan Mubarak, tetapi, (seperti bahagian 1) rejim yang main peranan atau 'main politik-kuasa' atau aktor sebalik tabir politik-kuasa Mesir ini adalah rejim yang masih sama mahupun 'the ancien regime' yakni rejim tentera yang sudahpun mula terlibat dengan senario politik-kuasa Mesir semenjak Revolusi 1952. Sudut penilaian semula menunjukkan baik sama ada dari era Naguib, Nasser, Sadat, Mubarak, 'sementara' bagi Suleiman dan pada masa ini majlis tertinggi tentera (difahamkan berada dibawah kelolaan Jeneral Hussien Tantawi) adalah sememangnya satu rejim yang 'sudah terang' berlatarbelakangkan tentera.



Satu 'andaian': Umum ketahui, tentera Mesir memiliki kelebihan dari segi 'man power' atau jumlah 'tenaga' tentera yang paling besar di benua Afrika, dunia Arab dan menduduki 'ranking' ke-10 dalam kedudukan dunia dan tidaklah pula berlebihan dari segi teknologi pertahanan. Tentera Mesir merupakan sebuah organisasi yang 'secretive' atau 'diam-diam' kebarangkalian 'rahsia', orang Mesir menyanjung organisasi ketenteraan ini sebagai simbol yang mampu mempertahankan kestabilan dan 'mungkin' pengunduran Mubarak bukanlah disebabkan tekanan luar (Washington) tetapi desakan tentera, walhal, jika dinilai semula, sejak bermulanya kemuncak protes MUBARAK30, rejim 30 tahun ini seolah-olah kebal dan difahamkan juga tentera tidak mahukan Mesir kucar-kacir, anarki semata-mata kerana Mubarak dan perlu difahami juga bahawa 'The army will not permit the revolution' (HDS Greenway., Global Post., Februari 2011). KEBARANGKALIAN, faktor inilah yang menimbulkan persoalan 'Revolusi Rakyat' dan episod seterusnya?




Berbalik kepada 'kelebihan' tentera Mesir, kelebihan tentera Mesir difahamkan adalah dari segi 'man power', akan tetapi, tidaklah pula dari segi teknologi pertahanan (masih perlu penelitian yang mendalam). Satu andaian dibuat, sumbangan AS berjumlah 1.3 billion USD kepada tentera Mesir dalam sektor pertahanan mungkin turut melibatkan perisikan, kebarangkalian bukanlah untuk berperang dengan Israel, 'berperang dengan Israel' ini satu jangkaan yang amat jauh sedangkan tentera jugalah yang dikatakan main peranan penting dalam perjanjian (proses) damai dengan negara haram Yahudi dan difahamkan konflik pasca-1973 akan terus dielakkan (yakni tidak akan ada lagi sebarang ancaman kepada Tel Aviv) meskipun, Mubarak kini telah tumbang...Ini yang dikatakan tentera berperanan sebagai aktor disebalik tabir 'politik-kuasa' Mesir-MUNGKIN. Adakalanya, bantuan AS ini kecenderungan digunakan untuk 'peperangan domestik' yakni memerangi para penentang rejim mahupun gerakan 'subversif'-bawah tanah yang mampu menumbangkan rejim, tambahan pula, rejim 'sekutu' yang selama ini berbaik dengan Israel dan kita memahami jika rejim tumbang semata-mata kerana revolusi penentang rejim yang anti-AS/Israel, ini adalah satu igauan buruk kepada Israel dan sememangnya AS dan Israel telahpun belajar dari sejarah, kesan atau implikasi apabila Nasser memiliknegarakan Terusan Suez dan cuba mengelak kemunculan Nasser yang 'baru'-nasionalis mahupun Islamis. Hal ini semestinya menjejaskan 'kuasa hegemoni' di Asia Barat-betapa pentingnya 'key ally' atau boneka kepada adik-abang ini (AS-Israel), tambahan pula, belum membabitkan lagi soal sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza, ini amat memerlukan satu analisis 'berlanjutan' yang membabitkan pula pengaruh tentera dan soal serantau.




Kesimpulannya, satu andaian atau 'perkaitan' dibuat, pembabitan rejim tentera semenjak kejatuhan Farouk I beralih kepada sebuah republik yang berlatarbelakangkan tentera, berperang dan kemudiannya berdamai dengan Israel-dijanjikan habuan (bantuan kewangan-bagi militari) dan tidak menolak kebarangkalian, selama Mesir akrab dengan Washington dan Tel-Aviv mungkin latihan mahupun bantuan (perisikan) diterima dari CIA ataupun Mossad. 'Bagi rejim tentera, tiadanya demokrasi', berbalik kepada prinsip demokrasi-'daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat' mungkin ungkapan Lincoln ini cuba diubah rejim bersandarkan menjatuhkan Mubarak yakni 'daripada tentera, kepada rakyat dan untuk rakyat' ataupun 'daripada tentera, kepada tentera dan untuk rakyat' memang ini satu andaian/pandangan yang 'sempit', namun, adakalanya perlu difahami ini melibatkan 'pergelutan kuasa' atau 'persaingan politik-kuasa'. Persoalan tetap timbul, 'sejauhmanakah berjayanya Revolusi Rakyat ini?'



Walaupun, dasar Obama (Demokrat) dengan pemimpin Republikan (sebelumnya) dikatakan berbeza, kita memahami segala percaturan 'geopolitik' Uncle Sam ini ada agenda disebaliknya, apatah lagi, Uncle Sam semakin tenat (pada masa ini) amat perlukan kuasa dan sumber, tambahan pula, kebangkitan ketenteraan China mutakhir ini. Umum ketahui, pentadbiran AS baik bermula dari era Reagan (mahupun sebelumnya) hinggalah ke era Obama, masih bergantung kepada nasihat Neo-konservatif yang dikatakan amat 'brilliant' dalam soal hal ehwal antarabangsa yang membabitkan soal pencaturan geopolitik berbanding presiden AS itu sendiri dan kebanyakkannya juga 'lebih berat' kepada Israel, walaupun, berlaku pertelagahan membabitkan perkembangan di Mesir baru-baru ini. Ini hanyalah satu andaian yang cuba mengaitkan antara kebangkitan rakyat atau 'Revolusi Rakyat' dengan rejim yang seringkali diperhatikan tidaklah terlibat secara terbuka dalam persaingan politik-kuasa Mesir (misalnya 'coup d'etat'-rampasan kuasa), walaupun, hanya bertindak sebagai aktor disebalik tabir, tetapi, adakalanya campurtangan luar itu juga perlu dinilai agenda disebaliknya. Positif akan 'kebangkitan rakyat' Mesir ini, menunggu dan melihat episod seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan