Ahad, 17 Jun 2012

AMBIL YANG BAIK TINGGALKAN YANG BURUK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mungkin agak terlambat untuk mengucapkan tahniah keatas HRH Ratu England, Ratu Elizabeth keatas penguasaan baginda keatas sistem monarki England sepanjang 60 tahun selepas menggantikan mendiang King George VI. Sepanjang 60 tahun pemerintahan baginda banyak perkara-perkara penting yang berlaku antaranya ialah kemerdekaan Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan di England dan negara-negara yang menjadikan Ratu Elizabeth sebagai Ketua Negara menunjukkan hapir 80% rakyatnya mesih lagi menyokong institusi Di Raja England. Apakah relevannya yang boleh menjadikan iktibar kepada pemimpin-pemimpin agar terus kekal dihati rakyat????

Sejarah England membuktikan bahawa sepanjang pemerintahan The House of Windsor, terlalu banyak jasa raja-raja dan ratu-ratu England terdahulu, antaranya ialah mengkayakan rakyat. Sejarah tidak menafikan bahawa England merupakan salah satu negara penjajah yang terbesar didunia tetapi itu merupakan satu peranan pihak Istana Bunckingham untuk kekal berkuasa, kaya dan dihormati lawan dan kawan. Kebenaran pihak istana untuk membenarkan rakyatnya mencari harta tanpa batasan amat dipuji dan disanjung hinggakan dari zaman dahulu ada sebahagian golongan bangsawan lebih kaya daripada pemerintah England.

Seterusnya ialah peranan baginda sendiri sebagai Ketua Agama Kristian. Baginda cukup taat dan mempertahakan setiap hak-hak agama Kristian. Baginda tidak membenarkan rakyatnya mencerca agama rasmi Kerajaan England. Hukuman berat terus dilaksanakan keatas orang yang cuba meniupkan api kemarahan penganut agama Kristian. Sepatutnya pemimpin-pemimpin agam Islam patut bersifat seperti raj-raja England dalam mempertahankan, melaksanakan dan mengembangkan ajaran Islam. Jika tiada siapa yang mampu melaksanakannya seperti Ratu Elizabeth yang berperanan dalam agama Kristian, Raja Bhumibol Adulyajed bagi agama Buddha Kristian, Ayatollah Khomeini Syiah di Iran dan Lubnan maka bersiap sedialah dengan mahkamah Allah diakhirat. Ini kenapa??? Sedangkan orang yang menentang agama Allah bertegas dengan idealogi agama mereka tetapi kita yang mengaku Islam, umat Muhammad dengan senang menodai agama kita sendiri.

Kesimpulannya sebagai orang yang berkuasa yang mana dalam dirinya ada kalimah tauhid maka ambillah iktibar daripada peranan Ratu England walaupun baginda seorang yang lari dari aqidah Nabi Muhammad tetapi tidak salah untuk kita mengambil perkara yang baik dari baginda. Contoh yang diambil daripada Ratu Elizabeth adalah kerana baginda merupakan seorang Pemerintah England yang di hormati lawan dan kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan