Jumaat, 7 Jun 2013

BAHAGIAN 2 : FREEDOM OF SPEECH


KEBEBASAN UNTUK MENGKRITIK

Sebuah filem pendek dari Iran yang berjudul "2+2=5" memaparkan maksud tersirat tentang kebebasan bersuara. Dalam kisah ini guru tersebut menyatakan "2+2=5". Murid-murid dilarang mempersolkan jawapannya. Lalu bangkit seorang murid lalu membetulkan dengan menyatakan"2+2=4". Guru tersebut mengugut murid tersebut untuk menarika balik jawapan tersebut jika tidak murid tersebut akan dihukum. Murid tersebut tetap dengan pendiriannya lalu dihukum oleh guru tersebut. hukumannya ialah DIBUNUH oleh pelajar senior.

Saya tidak ingin mengulas jalan cerita video ini. Tetapi cuba kita lihat dengan lebih luas. Video ini memaparkan bahawa kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat untuk membetulkan yang salah disekat 100%. Hak kebebasan bersuara atau FREEDOM OF SPEECH diabaikan oleh yang berkuasa. Kesannya yang salah akan tetap salah tanpa dibetulkan akibat sekatan untuk menegur yang salah. Menurut Syed Abul A'la Maududi dalam Human Rights In Islam,

"Hak untuk kebebasan bersuara demi menyebarkan kebaikan dan kebenaran bukan sahaja merupakan hak dalam Islam tetapi merupakan satu kewajipan. Sesiapa cuba menafikan hak ini ke atas orang lain bermakna membuka peperangan dengan Tuhan yang Maha Berkuasa."



Dalam berorganisasi, sikap berani menegur yang salah wajib ada bagi setiap individu demi kemashalatan umum. Budaya berani mengkritik dengan saluran yang betul dengan idea yang bernas perlu dipupuk demi transformasi yang menguntungkan masyarakat. Budaya mengkritik perlu dilihat secara positif dan satu bentuk intelektualisme yang tidak sepatutnya disekat. Dengan wujudnya budaya intelektual akan membuat masyarakat lebih terbuka dan sensitive dengan isu-isu semasa.



Setiap individu atau kelompok yang perlu diberikan kebebasan bersuara di saluran yang betul tanpa sekatan kerana setiap tutur kata kemungkinan mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Golongan pengkritik ini sangat penting dalam meluahkan sebarang idea dan pendapat kerana mereka mempunyai pelbagai pengetahuan yang jelas dan kemungkinan mampu membetulkan sesuatu situasi. Golongan ini perlu mampu menyuarakan pendapat dengan pengetahuan yang wujud padanya. Golongan intelektual perlu memanfaatkan ilmunya dalam membawa perubahan yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi.

Orang yang berpengetahuan dan berintelektual sangat bertanggungjawab untuk membuat kritikan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu isu yang perlu disuarakan. Ini amat penting untung memperbaiki kecacatan dan kelompongan yang berlaku. Individu ini seboleh-bolehnya gunakanlah saluran atau medium yang yang ada untuk menyampaikan kebenaran. Ini bertepatan dengan hadis nabi yang berbunyi

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya. Jika tidak, gunakanlah secara lisan dan jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman."(HR Muslim)

Jika golongan intelektual tidak mampu memberikan pandangan serta membetulkan kekhilafan yang berlaku didalam sesuatu organisasi, maka sia-sialah ilmu dan kelebihan yang dimilikinya. Jika golongan ini membiarkan kerosakkan berlaku maka apa yang telah disebutkan oleh nabi bakal berlaku. Hadis yang dimaksudkan ialah



"Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahawasanya ia pernah mnedengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkuran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, Nescaya Allah akan mengazab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh." (HR Imam Ahmad)

Kelompok pengkritik yang berintelektual perlu memerhati, mendefinisi, menganalisa serta menyelesaikan masalah yang wujud. Masyarakat tanpa kelompok pengkritik yang tidak memenuhi kriteria-kriteria pengkritik yang berintelektual, maka wawasan untuk mewujudkan satu ummah yang maju akan bermasalah. kelompok yang menyembunyikan kebenaran juga hanya menghancurkan wawasan sesuatu organisasi daripada mencapai matlamat asal.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Muhammad Asad dalam The Principles of State And Government In Islam,
  
"In other words, the intellectual leaders of the community are morally bound to bring forward whatever new ideas they may have relating to communal progress, and to advocate such ideas in public; and for this reason the right to a free expression of one's opinions in speech and in writing is one of the fundamental rights of the citizen of an Islamic state."