Isu HUDUD dibangkitkan kembali seperti bangkitnya raja hutan
dari tidur akibat bunyi ranting yang
patah. Ini sebab Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan statement yg Kelantan sedia
laksanakan hudud bila-bila masa. Kasi kacau betul dia nie. Nape la time2 camnie
keluarkan isu2 nie. Habis golongan PR & BN saling berperang sesama sendiri fasal
isu ini. Persoalan yg timbul dalam isu HUDUD ialah:
1)
Siapakah yang terlibat? Islam saja ke? yang
bukan ISLAM camne?
2)
Pelaksanaan hudud. Adakah mekanisme sudah
lengkap?
3)
Tanggungjawab. Adakah PAS /BN perlu
bertanggungjawab yang perlu bertanggungjawab?
4) Adakah rakyat dah faham apa itu HUDUD?
SIAPAKAH YANG TERLIBAT.
Jawapan ye senang je. mana-mana individu yang telah mengucap
syahadat. Walaupun dia mengucap syahadat tapi sepanjang hayat tak pernah solat,
kuar zakat, tunai haji pon tetap terikat dengan Hukum ALLAH. Lantak pi la ko
sultan, permaisuri, PM, KP, hingga babu pon tetap terikat dengan hukum Syariah
ISLAM. Yang non-muslim hang dok senyap2. Jangan nak dok teriak sebab undang2
nie hanya diguna pakai tok penganut agama ISLAM SAHAJA. Karpal Singh, LGE klo
hangpa tak suka PAS nak laksana hudud tinggalkan PAS. MCA lak klo hangpa nak
kuar BN sbb UMNO nak laksana HUDUD lantak pi la korg nak kuar ke nak masuk BN
sbb tak bagi effect kat agama ISLAM pon. Yang 2 parti Melayu & ISLAM nie nak tak nak korg kena terlibat sebab
dalam perlembagaan parti korang ada sebut nak MENINGKATKAN SYIAR AGAMA ISLAM.
Klo berdalih gak panah petir gak korg nnt.
MEKANISME.
Mekanisme? Najib hang kena pi tengok & belajar camne
Saudi & Brunei nak laksanakan hudud. Yang PAS kat Kelantan lak laksanakan
HUDUD kat Kelantan dulu sebab korg cakap prasarana dah lengkapkan? BUKTIKAN kat
BN yg korg berjaya. Selagi mana korg tak buktikan kat BN yg korg berjaya
laksanakan HUDUD sampai bila2 la benda nie jadi isu. PAS pon jangan bagi alasan
yg kerajaan PERSEKUTUAN tak bagi sebab Mahathir jadi PM la, Najib tolak Hudud
la. Alasan semua tu dah lapok. Ikut perlembagaan PAS boleh je laksanakan HUDUD
dibawah kuasa Mahkamah Syariah sebab mahkamah tertinggi bagi umat ISLAM Malaysia
adalah Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Sivil yg ke-2. Klo gatal nak letak
hudud kat Mahkamah Sivil memang sampai mati la payah nak laksana hudud. Lagi
satu Sultan Kelantan dh beri perkenan, jadi BUKTIKKAN kpd BN yg PAS berjaya.
TANGGUNGJAWAB.
Semua individu muslim yang dah mengucap syahadat. Golongan
agama mainkan peranan beri tahu kepada penganut agama Islam dalam ceramah2
agama apa itu HUDUD & bagaimana pelaksanaan hukum tersebut. Bukan ye saling
mengutuk kerajaan / pembangkang,
mengagungkan kerajaan / pembangkang. Seterusnya golongan agama dalam UMNO
(ILMUWAN) & PAS (MAJLIS ULAMA) mainkan peranan dalam menerangkan kepada
pengikut dan ahli tentang hudud. Majlis Mufti, Jabatan Agama Islam Negeri
sampaikan risalah2 mengenai hudud di dalam masjid, ketika khutbah. Bukan ye
kerja golongan agama nie kuar fatwa halal-haram. Ini tidak langsung tak pernah
dengar khutbah tentang apa itu hudud. Disebabkan kegagalan pihak berkuasa Agama
ini lah rakyat tak faham apa itu hudud. Nanti bila berkhutbah tentang HUDUD cakap
pro-PAS. tolong hilangkan sentimen camnie. Adakah PAS jeke yg ISLAM?
KEFAHAMAN RAKYAT
Golongan ini sangat penting untuk difahamkan khususnya yg
beragama ISLAM. Yang Islam tu tolong2 la cuba belajar mendengar, belajar mengaji
kitab2 Fiqh. Jangan dok menyalak lawan itu, lawan ini. Klo cakap tentang agama
tetapi tidak arif & hukum yg diberi adalah salah tentangnya boleh jatuh
hukum BERDOSA. Hukum agama bukan boleh ikut rasa kita. Bila orang tanya tentang
hukum jangan la cakap “Apa yang saya faham……”. Tolong la itu bukan jawapan ye.
Klo tak yakin tentang sesuatu perkara t cakap je xtau dan pi tany orang yang
alim. Sepatutnya kita jawab “Menurut hukum Quran & Hadis…..”. Bila orang
cakap tentang agama jangan terima 100% tanpa kajian. Balik rumah buka kitab
ngaji balik apa yg diajar. Bagi yg
non-muslim pulak jangan kritik hukum HUDUD kami!!! Islam agama kami dan dalam
ISLAM ada disebut tentang HUDUD. HUDUD juga hanya diguna pakai untuk orang
ISLAM. Yang non-muslim kamu boleh pakai Hukum Mahkamah Sivil. Jangan kamu nak
cakap hukum kami nie bercanggah dengan HAK ASASI MANUSIA PBB. Dalam agama kami
sendiri ada HAK ASASI MANUSIA yang telah TUHAN kami tetapkan. Mana yg perlu
kami buat & tidak. Jadi kepada non-muslim tolong hormat kemuliaan agama
kami.
KESIMPULAN
Kepada pemimpin PAS-UMNO tolong capai kata sepakat dalam isu
HUDUD. Berbincang dengan cara yg berhemah. Yang media UTUSAN-HARAKAH jangan
asyik menyerang pihak2 tertentu. Sepatutnya gunakan pengaruh media kamu untuk
menerangkan apa itu HUDUD, bagaimana ia dilaksanakan. Mainkan peranan media
sebagai wadah perpaduan dan pembangunan INTELEK. Jangan asyik timbulkan
kontroversi je…..
p/s : minta maaf sebab mengulas isu nie mungkin dalam bahasa
yang kasar. Langsung xde niat untu menjatuhkan mana2 politician. dan sekali
lagi minta maaf sebab penggunaan tatabahasa yag tak betul…:”)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan