Rabu, 15 Ogos 2012

MONGOL VS NUSANTARA



Empayar Mongol merupakan sebuah empayar yang sangat hebat pada zamannya. Dikatakan bahawa armada askar Mongol dikatakan tidak terkalahkan. Bukan satu dua empayar yang terkalahkan oleh Empayar Mongol. Empiayar China dan Tamadun Islam ialah salah satu daripadanya.

Pada hari ini terdapat belasan negara yang duduk di bawah pemerintahan Mongol sekiranya empayar hebat ini masih bertahan. Antaranya ialah Crotia, China, Hungry, Iraq dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai Mongol ialah kehebatan mereka menimbulkan satu ungkapan yang mana tersebar ke seluruh dunia.

"Kalau kalian mendengar askar Mongol itu kalah dalam peperangan, jangan percaya!"

Eropah, Arab dan China serta bangsa Korea gagal untuk menewaskan BALA dari TIMUR ini. Tetapi, percayakah kalian bahawa empayar ini kalah di Asia Tenggara yakni Nusantara? Ada kisah yang entah kenapa buku sejarah kita tidak menceritakan bagaimana bangsa Mongol dihalau oleh nenek moyang kita sema.

Ketika bangsa arab di barat pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa cina di Tanah Besar menjadi hamba mongol manakala anak dara di eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan nama Mongol, namun sebenarnya Mongol bukan tandingan bangsa kita di Nusantara ini. Ini kisah tamadun bangsa yang cuba dilenyapkan.

Mongol VS Champa

Champa merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud di Indochina. Kerajaan ini dipercaya wujud sejak abad pertama masihi lagi bersama dengan sebuah lagi kerajaan Melayu yang lain, iaitu Funan. Selain Srivijaya, Champa merupakan sebuah kerajaan Melayu yang turut boleh dilabelkan hilang.

Apa yang dikatakan hilang ini ialah kerana kewujudan Champa cuba disembunyikan oleh sejarawan Khmer dan Thai yang cemburu dengan kehebatan tamadun Bangsa Melayu. Apa yang menarik boleh saya ceritakan mengenai Champa ialah penciptaan nombor 0 oleh orang-orang Melayu Champa.

Champa selalu mengalami pelbagai peperangan. Antaranya ialah melawan Sui (boleh baca di artikel saya sebelum ini) yang merupakan salah satu daripada dinasti China. Namun, peperangan tersebut bukan stau-satunya peperangan hebat yang dilalui oleh orang Melayu Champa. Ada sebuah kisah yang ingin saya ceritakan kepada anda, kisah bagaimana tewasnya bangsa Mongol di tangan orang Melayu.

Tanah yang dikenali oleh dunia sebagai sebuah tanah yang berhutan tebal, penuh dengan serangga dan haiwan yang aneh merupakan lokasi terakhir yang menjadi sasaran Kublai Khan, pemerintah Mongol ketika itu. Orong Mongol sudah berlawan dalam keadaan salji yang mencucuk sehingga ke tulang hitam di Rusia, begitu juga dalam keadaan bumi yang bergunung-ganang di Korea juga tidak lupa padang pasir di negara Syiria.

Kini, hutan hujan di Asia Tenggara ini menjadi sasaran mereka. Bangsa Melayu Champa dipandang rendah inilah yang kemudiannya menghadiahkan kejutan yang tidak terhingga kepada banga Mongol. Ketika itu Vietnam terbahagi kepada dua kerajaan di utara dan selatan. Annam di utara serta Champa di Selatan.

Kerajaan Annam kalah teruk di tangan Mongol dan ketika itu, Raja Champa mahu mengelakkan nasib yang sama sudi membayar cukai dan bayaran tertentu untuk mengelakkan daripada diserang, Namun, itu tidak lama apabila Raja Jaya Indravarman IV mahu mengakhiri hubungan itu.

Lalu, Kublai Khan jadi murka lalu menghantar seorang panglima perangnya yang terkenal iaitu Sodu dengan ekpedisi untuk menundukkan Champa. Maka, berangkatlah armada laut Mongol ke champa. Namun, askar Champa yang mengamalkan taktik gerila dalam peperangan membuatkan Monggol terpaksa balik ke tanah mereka dengan 100 buah kapal mereka.

Di Champa, Mongol terpaksa berdepan dengan ratusan ekor gajah yang merupakan senjata utama orang Melayu pada waktu itu. Mongol pernah berdepan dengan armada bergajah di Parsi dahulu, tetapi bukan dalam kuantiti yang sebanyak ini.

Diceritakan dalam prasasti-prasati Champa dan catatan Mongol yang sang gajah akan memijak askar berjalan kaki Mongol, lalu melambung ke udara dan menikam tubuh badan askar Mongol. Armada berkuda Mongol kelihatan langsung tidak berguna di dalam hutan tebal Champa sebaliknya gajah yang digunakan merupakan senjata yang sangat efisyen. Apa yang membuatkan armada Champa tidak terkalahkan ialah dua orang askar pemanah yang diletakkan di belakang gajah lalu akan memanah sesiapa yang cuba memanjat tubuh gajah itu.

Mongol cuba meminta bantuan Kerajaan Annam pada waktu itu namun Kerajaan Annam menolak kerana gerun dengan armada tentera Champa memang hebat terutama melibatkan peperangan di dalam hutan. Tambahan pula orang Melayu Champa suka membina kubu-kubu di dalam hutan yang setinggi 10 meter.

Akhirnya, pada 1285, tentera Mongol dikalahkan dalam Pertempuran Simming (sebuah nama tempat di Vietnam pada hari ini). Sodu akhirnya dibunuh dan Champa bebas daripada dijajah oleh bangsa Mongol.

Mongol Dipulau Jawa

Saya berpendapat tidak salah kalau saya ceritakan kisah bagaimana Mongol tewas di tangan Raden Wijaya bukan? Bukankah jawa itu salah satu daripada rumpun Melayu. Bahkan dalam prasasti, rekod-rekod serta bahasa lingua franca di tanah jawa itu pun bahasa Melayu. Hari ini, kita dapat melihat orang jawa di Selangor dan Johor.

Kerajaan Singgahsari di pulau Jawa mengalami masalah apabila terdapat pemberontakan. Apabila mendengar bahawa armada Mongol dalam perjalanan untuk menawan Pulau Jawa, maka Raden Wijaya  yang merupakan putera kerajaan Singgahsari pun menghantar utusan kepada askar Mongol pada waktu itu untuk meminta tolong mereka mengalahkan pemberontak.

Raden Wijaya berjanji akan membayar ufti kepada kerajaan Mongol kelak. Lalu, berlakulah beberapa peperangan melawan tentera pemberontak yang direkodkan berjumlah lebih 100 000 orang itu. Peperangan berlaku dengan sengit dan di akhirnya, tentera pakatan Mongol-Raden Wijaya berjaya memenangi peperangan.

Selepas memenangi pertempuran, tentera Mongol pun menyambut kemenangan itu dengan bermabuk-mabuk serta berpesta. Namun, keadaan tentera Mongol ketika itu sudah pun lemah kerana baru pulih dari peperangan yang agak lama serta tidak biasa dengan keadaan iklim tropika.

Lalu, Raden Wijaya dikatakan telah menyerang tentera Mongol dan akhirnya tentera Mongol kalah dalam peperangan itu. Kemudian, Raden Wijaya menubuhkan sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Majapahit yang kemudiannya menjadi sebuah empayar, memberi saingan kepada sebuah lagi empayar saudara serumpun mereka, iaitu Melaka yang dimana puteranya merupakan waris daripada Empayar Melayu Srivijaya.

Kesimpulan

Kalau datang kepada kita, seseorang yang mengejek sejarah Melayu, mengatakan bahawa bangsa kita duduk di dalam hutan, masih bercawat dan memburu binatang, tidak bertamadun sebelum kedatangan Melaka, ketahuilah bahawa orang itu ialah pembohong yang cuba menjatuhkan jati diri kita.


http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/mongol-vs-nusantara/400101263376265

EMAS : LAMBANG KEKAYAAN BANGSA MELAYU



Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangannya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja muda yang pertama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu.” Setelah sudah ia berkata demikian lenyaplah ia. Pada suatu riwayat, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua. – Sulalatus Salatin ms 215

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di atas ialah petikan daripada sumber utama sejarah Melayu, Sulatus Salatin, sebuah buku yang menceritakan sejarah melayu. Apa yang menariknya di atas ialah ialah kita dapat melihat permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Kata kuncinya ialah EMAS. 

Sebenarnya terdapat beberapa orang sejarahwan barat yang mengatakan bahawa semua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Sultan Mahmud telah ditunaikan kecuali satu sahaja, "darah anak lelakinya."

Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:

Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman's conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, " all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all."

Permintaan yang lain kita abaikan, kita tumpukan kepada perkataan "emas" itu. Jika benar pendapat sejarahwan-sejarahwan tersebut, apakah Kerajaan Melayu mampu memiliki emas? MAMPUKAH?

Saya ingin bertanya kepada kalian, kenalkah siapa kalian dengan Ptolemy? Beliau ialah penulis buku Geographia yang mengandungi peta-peta dunia pada waktu itu. Tahukah nama apa yang diberi kepada semenangjung melayu pada waktu itu? SEMENANJUNG EMAS. Apakah kalian merasakan bahawa jambatan emas itu tidak mampu dibina oleh Sultan Mahmud? Mari, saya bawa mengembara lagi. Kita hayati kehebatan sejarah bangsa.

Semua orang pasti mengenali junjungan besar Nabi Sulaiman. Kalau dibaca sejarahnya, Nabi Sulaiman ini sangat kaya-raya dan mempunyai mahligai yang dikatakan sebagai bayangan syurga. Emas ialah perkara biasa dan dikatakan bahawa istananya bersalut emas, begitu juga dengan Solomon Temple, rumah ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman.

Tetapi, tahukah kalian dimana sumber emas itu diambil? Sumber sejarah mengatakan bahawa lokasinya ialah terletak di Mount Ophir. Book Of Job menegaskan bahawa Mount Ophir itu tidak lain dan tidak bukan ialah Gunung Ledang, gunung tempat seorang puteri yang meminta jambatan emas dibina bersemayam. Tidakkah ini satu kebetulan? Menarik bukan?

Tidak percaya, saya sumbat kepada anda pendapat sejarahwan mengenai lokasi Mount Ophir. The London Quaterly Review dalam buku tersebut mengatakan berdasarkan bukti-bukti arkeologi menegaskan bahawa lokasi Mount Ophir terletak di SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Kalau sedemkian, saya mahu bertanya, berapa lama sebenarnya usia tamadun kita?

Tak cukup dengan itu, saya bawa kalian mengembara lagi. Sebenarnya para sejarahwan telah menemui banyak loji-loji dengan TEKNOLOGI yang sangat tinggi di SEMENANJUNG TANAH MELAYU yang dimana fungsinya ialah untuk melombong emas. Penemuan ini dibuat oleh William James Perry dan masih tercatat dalam bukunya The Children of the Sun.

Dan saya sangat gembira untuk menceritakan kepada anda mengenai catatan Al-Masudi mengenai kekayaan emas orang melayu. Ini ialah kisah benar mengenai EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."

Emas pada waktu itu dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini. :)

Dengan bukti-bukti yang saya kemukakan, saya mengajak kalian untuk berfikir, apakah jambatan emas itu telah dibina? Jika ya, saya rasa ini merupakan tugas pakar arkeologi untuk mencari jambatan tersebut. Saya percaya dengan kemampuan teknologi orang melayu membina loji emas, membina candi borubudur, jambatan emas itu bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Kita ini jurutera yang hebat! Apa-apa pun yang saya ingin katakan, apa yang saya kongsikan pada hari ini cuma secebis daripada kehebatan TAMADUN BANGSA MELAYU. 

Selasa, 14 Ogos 2012

HANG TUAH : LAMBANG KEHEBATAN BANGSA MELAYU



Kalau tradisi masyarakat England, nama Robin Hood, King Arthur ialah legenda yang kekal mekar sebagai penaik semangat nasionalisme mereka. Kisah kebaikkan Robin Hood dan kehebatan King Arthur memimpin bersama ahli sihirnya iaitu Merlin begitu disemadikan oleh masyarakat England khususnya.

Bangsa cina juga tidak kurangnya dengan kisah seorang pemerintah yang baik hati dari zaman Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei pengasas kerajaan Shu. Begitu juga dengan kisah seorang jeneral perang yang sangat hebat iaitu Lu Bu yang dikatakan mampu membunuh 10 000 tentera dalam sehari. Kisah yang paling terkenal mengenai Lu Bu ialah ketika bertempur dengan tiga panglima perang serentak dalam satu masa iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei di Battle Of Hu Lao Gate.  Setiap bangsa mempunyai hero mereka sendiri. Bangsa Melayu tidak ketinggalan. Nama Hang Tuah pasti masyur dalam setiap dada anak melayu pada hari ini. Namun, tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah. Ya, tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah.

Kebijaksanaan Hang Tuah

Percayakah kalau saya bila kebijaksanaan juga menyumbang kepada kepahlawanan seorang tokoh itu. Sebagai contoh, kita semua pasti akan mengenang Khalid Al-Walid, panglima Islam yang telah berjaya menewaskan Rom dalam Peperangan Yarmuk. Beliau telah menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam merencanakan strategi.


Kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam memimpin tentera Islam menawan Konstantinople daripada Rom Timur masih dikenang sehingga hari ini. Tindakan baginda dalam membawa kapal merentas daratan dalam tempoh waktu yang singkat masih dikenang sebagai salah satu daripada strategi peperangan terhebat dalam sejarah.

Hang Tuah, pahlawan Melayu kita ini sebenarnya orang yang sangat bijak. Jadi, saya sebuah cerita yang mahu dikongsikan dengan kalian mengenai Hang Tuah.

Diceritakan bahawa ketika Hang Tuah berangkat ke China untuk urusan diplomasi dengan Maharaja China, terdapat sebuah kisah menarik berlaku. Ketika Hang Tuah berjumpa dengan Maharaja China, Hang Tuah sebagai seorang rakyat biasa tidak dibenarkan untuk melihat wajah Maharaja China.


Namun perasaan ingin tahu meluap-luap dalam diri Hang Tuah. Maka, Hang Tuah telah minta agar seseorang masakkan beliau satu sup kangkung yang tidak dipotong. Maka apabila Hang Tuah memakannya di hadapan Maharaja China, Hang Tuah terpaksa mendongakkan kepalanya untuk membolehkan kangkung itu masuk ke dalam mulutnya. Dalam masa yang sama, Hang Tuah berjaya melihat wajah Maharaja China. Hebat bukan bagaimana Hang Tuah memperbodohkan Maharaja China?

Tidak cukup dengan itu, tahukah kalian bahawa Hang Tuah mengetahui lebih kurang 12 jenis bahasa? Antaranya ialah Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Tamil serta Bahasa Jepun. Bukan senang untuk mempelajari banyak bahasa. Saya yang sedang mempelajari bahasa jepun di universiti ini pun sudah geleng kepala.


Antara kisah kebijaksanaan Hang Tuah yang saya rasa diketahui oleh orang Melayu ialah kisah pertempuran Hang Tuah dan Taming Sari serta sahabatnya Hang Jebat. Keris Taming sari merupakan satu keris sakti.

Hal ini disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

Maka Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik gulingan pantas-p) rupanya. Maka oleh Laksamana dipertubi2nya tikam, tiada juga kena. Maka pada penglihatan Laksamana segala tuboh Hang Jebat itu habis diselimuti oleh kerisnya." 

Akhirnya menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menang akibat kesakitan keris Taming Sari, maka Hang Tuah telah menggunakan tipu daya untuk mengalahkan Hang Jebat. Perkara yang sama berlaku ketika Hang Tuah bertempur dengan Taming Sari.

Kepahlawanan Hang Tuah

"Demi didengar oleh orang empat itu(orang mengamok) kata Hang Tuah demikian ia pun terlalu amarah,serta diusirnya akan Hang Tuah dan Hang Jebat,ditikamnya berturut-turut. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat kekiri dan kekanan menyalahkan tikaman orang itu. Setelah lalu, di tikamnya seorang, itu pun rebah lalu mati. Maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka yang dua orang itu pun bertikam dengan Hang tuah. Maka keduanya mati di tikam oleh Hang tuah."  -Hikayat Hang Tuah.

Di atas ialah kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Datuk Bendahara Bentan. Daripada kisah inilah, Hang Tuah mula diangkat menjadi hulubalang di istana seterusnya menjadi laksamana. Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kisah Hang Tuah, apa kata kita belajar dulu kisha perguruan Hang Tuah.


Rekod sejarah mengatakan bahawa Hang Tuah  bersama empat orang kawannya – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Di sana, kisah 'cinta sepanjang zaman' berlaku di mana Hang Tuah jatuh cinta kepada pembantu Adiputra, iaitu Melor yang merupakan anak orang asli yang tinggal di kaki gunung Ledang. Dikatakan juga bahawa Hang Tuah berguru dengan Sang Persanta Nala.

Balik sahaja ke Melaka inilah berlakunya kisah orang mengamuk sehingga membuatkan Hang Tuah terpaksa bertempur dan dilantik menjadi hulubalang seterusnya laksamana. Daripada sini, bermulalah kisah Hang Tuah mengembara ke beberapa buah negara untuk menjalankan misi diplomasi kerajaan Melaka.

Ketika berada di India, Hang Tuah telah dijemput oleh raja India untuk bertempur dengan pendekar terhebat kerajaanya. Namun pendekar india itu memandang rendah terhadap Hang Tuah lalu memperlecehkan panglima melayu itu. Peristiwa ini masih tersemat dalam Hikayat Hang Tuah:


"Hai pendekar, engkau hendak kusuruhkan bertuju. Maka sembah pendekar itu,`Daulat tuanku,berapa puluh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patik?Jika seorang dua, bukan lawan patik!"

"Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka dilihat oleh Laksamana pendekar itu hadir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orangnya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedangnya, lalu melompat serta dikirapnya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang(tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka diparang (paras-pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya.Maka Nala Sang Guna(Perdana Menteri Bijaya Nagaram)pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong."

Hang Tuah telah memenangi pertempuran itu. Itu baru sedikit kisah kepahlawanan Hang Tuah. Mari ikuti kisah lain yang melibatkan panglima Melayu ini. Kisah Hang Tuah VS Samurai Jepun. Dikatakan ketika Hang Tuah berada di Siam, terdapat seorang samurai Jepun yang singgah di Siam dan mahu bertempur dengan Hang Tuah.

Seperti biasa, Hang Tuah diperlekehkan. Dengan menggunakan pedang melayu, maka Hang Tuah pun bertempurlah dengan samurai Jepun yang sangat masyur namanya. Pertarungan sangat sengit dengan kedua-dua belah pihak saling berbalas tikaman namun ilmu silat Melayu yang dimiliki oleh Hang Tuah terlalu tinggi membuatkan Samurai Jepun itu tewas.

Hang Tuah Itu Melayu

Kisah kehebatan pahlawan orang Melayu ini yang menewaskan Samurai Jepun dan Pendekar India membuatkan ada golongan kiasu (bukan semua rakan cina kita, tetapi golongan yang ekstremis) ini cuba menukar sejarah. Dikatakan bahawa Hang Tuah itu cina berdasarkan hujah paling BANGANG dalam abad ini. Maaf atas bahasa yang kasar namun itu ialah realitinya.

Kononnya Hang Tuah itu dari cina namun dipanggil dalam pelat Melayu sebagai Hang Too Ah, Hang Jebat itu Hang Ji Fat dan seterusnya. Bagi mereka yang tidak mempelajari sejarah Hang Tuah, bolehlah ditipunya. Tapi tidak saya.

Hang Tuah ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Jebat pula anak kepada Hang Dollah dan ibunya ialah Dang Bawa. Hang Kasturi pula anak kepada Hang Mesmut dan ibunya Dang Sekanda. Hang Lekir anak kepada Hang Mansur manakala ibunya ialah Dang Hebah. Hang Lekiu pula  anak Hang Shamsu serta ibunya bernama Dang Seri.

Kalaulah benar teori bahawa Hang Tuah dan rakan2 ini datang daripada China, siapa pula ibu dan bapa kepada lima pahlawan Melayu ini? Nama-nama lima sahabat ini pun mempunyai makna dalam bahasa Melayu.

Tuah : Nasib
Jebat: Bau
Kasturi: Kepahlawanan
Lekir: Ubi
Lekiu: Lekit

Setiap nama yang diberi mempunyai maksud tersendiri dalam bahasa Melayu. Namun, siapa yang pula pandai punggung sangat menukar nama mereka? Ayah mereka ibu mereka ternyata melayu. Bahkan kisah mereka di dalam rekod sejarah bermula daripada umur kecil lagi, bukannya dewasa.

http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/hang-tuah-lambang-kepahlawanan-melayu/397288416990883

Ahad, 12 Ogos 2012

WANG KERTAS CIPTAAN YAHUDI


Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki  Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas. Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. 



Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. 



Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi. Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar. Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. 


Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah. Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. 


Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah. Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika. Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas. 


Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً


“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76] Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain). Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”. Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sabtu, 21 Julai 2012

MANDAT RAKYAT SEMAKIN BERAKHIR





TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang. Dalam keadaan tertentu, PRU perlu diadakan walaupun tempoh pembubaran sebenarnya masih jauh. Mungkin ketika kedudukan sesebuah kerajaan dalam keadaan goyah, tidak cukup stabil untuk memerintah dengan baik.



Bagaimanapun jika diselak sejarah PRU yang lalu, tempoh paling awal pembubaran Dewan Rakyat tidak sampai dua tahun, sekitar 17 bulan sahaja. Maknanya PRU diadakan setelah mandat sesuatu penggal Parlimen melepasi usia tiga tahun. Kini setelah Jun berakhir, tidak ada sebarang petanda PRU. Kini timbul pula ramalan yang dikaitkan dengan pembubaran pada bulan September. Maka tercetuslah isu jika PRU berlangsung pada bulan September atau Oktober, Pas mahu anggota partinya menangguhkan pemergian mereka ke Mekah. Pas mahu kerajaan menangguhkan PRU pada musim haji. Seolah-olah pada musim haji, hanya orang Pas yang ke Mekah, tidak ada orang UMNO atau Barisan Nasional (BN). Timbul juga ura-ura, PRU hanya akan berlangsung ketika ia benar-benar menghampiri berakhirnya ‘idah’ menjelang 28 April 2013. Mungkin jika tidak diadakan tahun ini, ia dijangka berlangsung pada Mac 2013. Kita selak kembali dua kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sebelum ini mengenai pilihan raya yang ada kaitan dengan ‘angka’ atau tempoh mandat ini.



Pertama, pada 22 Jun selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PRU hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi. Ketika ini tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan PRU lebih awal kerana Perlembagaan membenarkan Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen tetapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Kedua, pada 29 Jun, selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Beliau berkata, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi PRU berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh itu. Katanya BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan untuk membela untung nasib rakyat. Kalau PRU terlalu awal, bererti memendekkan tempoh yang rakyat telah berikan.



Maka teka-teki mengenai tarikh PRU ini tentunya bukan disebabkan Najib belum mendapat ilham atau bukan juga BN tidak yakin. Di sebalik faktor yang diberikan oleh Najib, sudah tentu BN mahu memenuhi hasrat pembangkang yang memerintah beberapa negeri yang sebelum ini menegaskan tidak akan mengadakan PRU lebih awal. Ada negeri di bawah pakatan 3P (PKR-Pas-DAP) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Parlimen dibubarkan lebih awal. BN juga tentunya mahu mencipta keputusan 14-0 iaitu menang di semua negeri termasuk mendapat mandat rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (serta Sarawak yang sudah mengadakan PRU DUN).



Najib juga tentunya mengambil kira wang rakyat yang akan digunakan setelah ada hasrat pakatan 3P tidak akan membubarkan beberapa negeri yang dimenangi pada PRU lalu. Jika diselak kembali kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 November tahun lalu, kira-kira RM40 juta akan dibazirkan jika kerajaan PKR Selangor berkeras mahu mengadakan pilihan raya berasingan. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, walaupun hak kerajaan negeri membubarkan DUN tetapi banyak perkara perlu dilihat termasuk kepentingan rakyat, pembaziran wang dan tenaga kerja yang bertambah apabila PRU berasingan diadakan. Justeru, Najib turut mengambil kira untuk menyelamatkan wang rakyat daripada mengalir kepada tujuan yang sepatutnya boleh dielakkan.



Dengan melewatkan PRU sehingga menghampiri tempoh akhir, ia juga membantu kerajaan negeri di bawah pakatan 3P berpeluang menunaikan janji yang belum ditepati selepas menabur janji pada kempen atau manifesto PRU lalu. Menjelang pembubaran Dewan Rakyat atau DUN, biar sedikit atau sekadar ada tetapi apa yang penting bagi mereka ialah menunaikan janji. Sama ada ia sesuatu yang menyeluruh atau sekadar memenuhi kehendak kroni/penyokong tegar mereka, eloklah pengundi yang menentukan pada PRU akan datang. Mungkin jika sebelum ini kata-kata jika hari ini menang pilihan raya, esok juga ‘itu dan ini’ dilakukan akan bertukar kepada jika esok pilihan raya hari ini juga janji 2008 dilaksanakan. Tidak mustahil, semua janji akan ditunaikan pada saat-saat akhir walaupun risikonya amat besar.







Dengan memasuki Julai, bulan yang akan bermulanya puasa Ramadan kemudian Hari Raya Aidilfitri, kita sebenarnya semakin menghampiri usia lima tahun penggal Dewan Rakyat dan DUN selepas PRU lalu. Kebanyakan usia penggal DUN sudah pun genap empat tahun pada bulan April lalu manakala Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor mencapai tempoh itu pada Mei lalu. Maka tidak ada sebab bagi kerajaan negeri di bawah pakatan 3P mahu mengadakan PRU DUN secara berasingan.





Dan menyelak kembali tempoh mandat pentadbiran kerajaan sebelum ini, ternyata tidak ada yang benar-benar mencukupi lima tahun. Paling hampir pun pada 1969 apabila PRU diadakan kira-kira dua bulan sebelum tempohnya berakhir. Pada 1974, 1978 dan 1982, PRU diadakan kira-kira 17 bulan lebih awal daripada tempoh mandat berakhir.
Pada 1999, mandat yang diperoleh pada 1995 sepatutnya berakhir pada 6 Jun 2000 tetapi Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 November 1999, kira-kira enam bulan lebih awal. Begitu juga pada 2004, mandat selepas PRU Ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999 sepatutnya berakhir 20 Disember 2004 tetapi dibubarkan pada 4 Mac 2004 untuk membolehkan PRU Ke-11 diadakan. Manakala mandat yang diperoleh pada PRU Ke-11 sepatutnya berakhir pada 16 Mei 2009 tetapi PRU diadakan 8 Mac 2008 selepas dibubarkan pada 13 Februari 2008.

Begitulah bagaimana mandat sesuatu PRU berakhir, tanpa mencapai tempoh lima tahun tetapi melepasi tiga tahun iaitu tempoh yang tidak membenarkan sebarang pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan.

ENOUGH WITH HUDUD : BY DATIN PADUKA MARINA MAHATHIR



The growing number of politicians in this country who think that hudud is a good idea for Malaysia should see the video that is circulating online of the execution of an Afghan woman by her husband for alleged adultery.


THERE is a video circulating online which everyone in this country should watch.
It depicts the execution of an Afghan woman for alleged adultery. Her husband shoots her many times in the head while being cheered on by a crowd of men.

If anyone thinks this happened many years ago during the Taliban–era, they are sadly mistaken.
This gruesome event happened recently, in present-day non-Taliban-ruled Afghanistan.
The authorities are now looking for the executioner who has predictably disappeared. But really they should arrest the entire crowd that watched it, as accessories to murder.

I think this video should be shown to the growing number of politicians in this country who think hudud is a good idea for Malaysia. In particular, it should be shown to those who have just called for the same.
If they can watch the video without at least blanching and truly think that’s what they want, then I hope they will be held accountable for not only the exodus of Malaysians from this country but also for the drastic reduction in foreign investments coming in.

If they want to blow us back to the Stone Age, then they should at least be made to answer for it.
What is it with some of our politicians who seem to have taken leave of their senses?

Is the loathing for reading and knowledge so widespread that they have to show it off with such ill-informed statements?

In a world where problems are increasingly sophisticated and complicated, is hudud the only response these people can come up with?

Maybe they should get out a bit more.
They might like to travel to places like Pakistan where the literacy rate is all of 55% and where, in some areas, only 22% of women can read.

Or, go to Iran where a full 40% of the population lives below the poverty line. They might also like to notice the vast numbers of children forced to do backbreaking work in the Middle East.

Or they can stay home and instead of reading the tabloids and beefing up their knowledge on which actress is about to marry which rich man, they might like to read up on our very own Federal Constitution which basically says that not only can’t you have hudud laws, you also can’t impose it on anyone who isn’t Muslim.
Unless they have some subconscious need to lose the elections for their beloved party, then they might pause and see where this is going.

But introspection is not a Malaysian strong point.
Somebody floats an “idea” that they think will attract some press attention and next thing you know, everyone else is jumping on the bandwagon.

Never mind that none of the so-called hudud punishments can be found in the Quran.
For years, our Government has steadily pooh-poohed the idea of having hudud in this country because that was what the Opposition (or at least some of them) wanted. For years those of us who knew that hudud did not belong in the 21st century have held on to that as our bulwark against theocratic rule in this country.
Now, however, the government supporters have changed their tune and are echoing the Opposition’s line all those years ago. They seriously think this is the way to win an election?

If hudud is to be implemented, then I hope someone realises that it has to be implemented fairly.
Therefore not only will petty thieves get their hands cut off but major-league million-ringgit bribe-takers too. And no doubt we will have morality police patrolling the streets and checking that everyone is being good.