Khamis, 14 November 2013

HUDUD : DAH JELIK MENDENGAR YE....


Isu HUDUD dibangkitkan kembali seperti bangkitnya raja hutan dari tidur akibat  bunyi ranting yang patah. Ini sebab Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan statement yg Kelantan sedia laksanakan hudud bila-bila masa. Kasi kacau betul dia nie. Nape la time2 camnie keluarkan isu2 nie. Habis golongan PR & BN saling berperang sesama sendiri fasal isu ini. Persoalan yg timbul dalam isu HUDUD ialah:
      1)      Siapakah yang terlibat? Islam saja ke? yang bukan ISLAM camne?
      2)      Pelaksanaan hudud. Adakah mekanisme sudah lengkap?
      3)      Tanggungjawab. Adakah PAS /BN perlu bertanggungjawab yang perlu bertanggungjawab?
      4)      Adakah rakyat dah faham apa itu HUDUD?

SIAPAKAH YANG TERLIBAT.


Jawapan ye senang je. mana-mana individu yang telah mengucap syahadat. Walaupun dia mengucap syahadat tapi sepanjang hayat tak pernah solat, kuar zakat, tunai haji pon tetap terikat dengan Hukum ALLAH. Lantak pi la ko sultan, permaisuri, PM, KP, hingga babu pon tetap terikat dengan hukum Syariah ISLAM. Yang non-muslim hang dok senyap2. Jangan nak dok teriak sebab undang2 nie hanya diguna pakai tok penganut agama ISLAM SAHAJA. Karpal Singh, LGE klo hangpa tak suka PAS nak laksana hudud tinggalkan PAS. MCA lak klo hangpa nak kuar BN sbb UMNO nak laksana HUDUD lantak pi la korg nak kuar ke nak masuk BN sbb tak bagi effect kat agama ISLAM pon. Yang 2 parti Melayu & ISLAM  nie nak tak nak korg kena terlibat sebab dalam perlembagaan parti korang ada sebut nak MENINGKATKAN SYIAR AGAMA ISLAM. Klo berdalih gak panah petir gak korg nnt.

MEKANISME.


Mekanisme? Najib hang kena pi tengok & belajar camne Saudi & Brunei nak laksanakan hudud. Yang PAS kat Kelantan lak laksanakan HUDUD kat Kelantan dulu sebab korg cakap prasarana dah lengkapkan? BUKTIKAN kat BN yg korg berjaya. Selagi mana korg tak buktikan kat BN yg korg berjaya laksanakan HUDUD sampai bila2 la benda nie jadi isu. PAS pon jangan bagi alasan yg kerajaan PERSEKUTUAN tak bagi sebab Mahathir jadi PM la, Najib tolak Hudud la. Alasan semua tu dah lapok. Ikut perlembagaan PAS boleh je laksanakan HUDUD dibawah kuasa Mahkamah Syariah sebab mahkamah tertinggi bagi umat ISLAM Malaysia adalah Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Sivil yg ke-2. Klo gatal nak letak hudud kat Mahkamah Sivil memang sampai mati la payah nak laksana hudud. Lagi satu Sultan Kelantan dh beri perkenan, jadi BUKTIKKAN kpd BN yg PAS berjaya.

TANGGUNGJAWAB.


Semua individu muslim yang dah mengucap syahadat. Golongan agama mainkan peranan beri tahu kepada penganut agama Islam dalam ceramah2 agama apa itu HUDUD & bagaimana pelaksanaan hukum tersebut. Bukan ye saling mengutuk kerajaan /  pembangkang, mengagungkan kerajaan / pembangkang. Seterusnya golongan agama dalam UMNO (ILMUWAN) & PAS (MAJLIS ULAMA) mainkan peranan dalam menerangkan kepada pengikut dan ahli tentang hudud. Majlis Mufti, Jabatan Agama Islam Negeri sampaikan risalah2 mengenai hudud di dalam masjid, ketika khutbah. Bukan ye kerja golongan agama nie kuar fatwa halal-haram. Ini tidak langsung tak pernah dengar khutbah tentang apa itu hudud. Disebabkan kegagalan pihak berkuasa Agama ini lah rakyat tak faham apa itu hudud. Nanti bila berkhutbah tentang HUDUD cakap pro-PAS. tolong hilangkan sentimen camnie. Adakah PAS jeke yg ISLAM?

KEFAHAMAN RAKYAT


Golongan ini sangat penting untuk difahamkan khususnya yg beragama ISLAM. Yang Islam tu tolong2 la cuba belajar mendengar, belajar mengaji kitab2 Fiqh. Jangan dok menyalak lawan itu, lawan ini. Klo cakap tentang agama tetapi tidak arif & hukum yg diberi adalah salah tentangnya boleh jatuh hukum BERDOSA. Hukum agama bukan boleh ikut rasa kita. Bila orang tanya tentang hukum jangan la cakap “Apa yang saya faham……”. Tolong la itu bukan jawapan ye. Klo tak yakin tentang sesuatu perkara t cakap je xtau dan pi tany orang yang alim. Sepatutnya kita jawab “Menurut hukum Quran & Hadis…..”. Bila orang cakap tentang agama jangan terima 100% tanpa kajian. Balik rumah buka kitab ngaji balik apa yg diajar.  Bagi yg non-muslim pulak jangan kritik hukum HUDUD kami!!! Islam agama kami dan dalam ISLAM ada disebut tentang HUDUD. HUDUD juga hanya diguna pakai untuk orang ISLAM. Yang non-muslim kamu boleh pakai Hukum Mahkamah Sivil. Jangan kamu nak cakap hukum kami nie bercanggah dengan HAK ASASI MANUSIA PBB. Dalam agama kami sendiri ada HAK ASASI MANUSIA yang telah TUHAN kami tetapkan. Mana yg perlu kami buat & tidak. Jadi kepada non-muslim tolong hormat kemuliaan agama kami.

KESIMPULAN


Kepada pemimpin PAS-UMNO tolong capai kata sepakat dalam isu HUDUD. Berbincang dengan cara yg berhemah. Yang media UTUSAN-HARAKAH jangan asyik menyerang pihak2 tertentu. Sepatutnya gunakan pengaruh media kamu untuk menerangkan apa itu HUDUD, bagaimana ia dilaksanakan. Mainkan peranan media sebagai wadah perpaduan dan pembangunan INTELEK. Jangan asyik timbulkan kontroversi je…..



p/s : minta maaf sebab mengulas isu nie mungkin dalam bahasa yang kasar. Langsung xde niat untu menjatuhkan mana2 politician. dan sekali lagi minta maaf sebab penggunaan tatabahasa yag tak betul…:”)

Ahad, 25 Ogos 2013

31 OGOS HANYA SIMBOLIK


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
31 Ogos 1957 bagi rakyat Malaysia khususnya bagi rakyat semenanjung merupakan tarikh keramat dimana Tunku Abdul Rahman telah melaungkan MERDEKA menandakan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu tanpa penguasaan Inggeris. Itu 50 tahun labih yang lepas. Tapi kini, abad 21, zaman Millenium apa maksud 31 Ogos bagi rakyat pasca Merdeka? Bebas dari penjajahan? Itu saja? Kalau macam itu pemikiran kita terima kasih kepada Sultan, Menteri, Kerajaan, Guru dan ibu bapa kerana menerapkan nilai kemerdekaan adalah bebas dari penjajah. Persoalan disini siapa yang dimaksudkan penjajah? Inggeris? Pemikiran? Ibubapa? Kerajaan atau kaum? itu yang perlu dirungkai.

Waktu sekolah rendah cikgu cakap merdeka maksudnya bebas dari penjajah British. OK student standard 1-6 boleh faham. Bila masuk sekolah menangha cikgu cakap merdeka maksudnya bebas dari penjajah dan pemikiran barat. Ok boleh faham yang bebas dari penjajah je but how about the western thinking? adakah semua western thinking can influence the bad thing to people while everything that come from the east is the best for our culture? Kalau macam inilah pemikiran yang diterapkan minda rakyat masih lagi dijajah. Tidak semua benda datang dari barat adalah buruk Orang kita asyik sebut negara omputih teruk, kes luar anak luar nikah tinggi, seks bebas dan pelacuran bagai. Tapi negara belah timur yang dikatakan dunia kesopanan tiada ke kes-kes macam? 

Bila ditanya ibubapa apa itu merdeka? dijawapnya 31 Ogos 1957 Tunku laung merdeka, bendera Union Jack turun, pastu Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan. Itu sahaja. Siapa yang cipta bendera Malaysia, bila, bagaimana, dimana semua itu tak disebut. Jujur saya cakap saya tidak tahu jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan. Sebab ianya tidak digembar gemburkan seperti semangat 1 Malaysia, Ini Kalilah dan macam-macam slogan la. Itu baru ibu bapa. Kalau tanya pemimpin parti politik, NGO, PM, Menteri Kabinet, Sultan, YB Pembangkang yang sibuk menyalak pagi petang siang malam sebut pasal merdeka, patriotisme boleh tak mereka jawab persoalan asas tentang bendera kita? Itu baru bendera belum tanya tentang tentang bunga raya, prinsip Rukun Negara.

Pemikiran perlu bebas dari belenggu penjajahan dan jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Jadi mnda kelas pertama. Itu yang asyik disebut  oleh cikgu, mak ayah, menteri, sultan tapi adakah mereka cuba menunjukkan kepada rakyat cara nak berpemikiran maju? Jawapannya TIDAK!!! Kat media selalu cakap kalau pembangkang ambil kerajaan, Melayu hancur, Islam tergadai, Sultan tiada. Bagi media, pemimpin pembangkang pila mereka cakap kalau biar Najib perintah habis bankrap negara, Rosmah kawal kerajaan, Altantuya mati tak aman. Kalau macam ini la media kita tak heran sampai kiamat isu Altantuya, Najib-Scorpene, Anwar-liwat.

Sebab apa rakyat pasca merdeka tak faham makna kemerdekaan? Sebab asal malam 31 0gos je kerajaan anjurkan konsert ambang kemerdekaan, bunga api liplapliplap. Sampai detik 12 malam laung merdeka. Pastu pihak jabatan agama buat tangkapan. Esok keluar Buletin Utama mak orang kena tangkap khalwat. Metro pulak atuk rogol cucu. Utusan pula Anwar ejen Mossad. Harakah siar Rosmah kawal Najib. Rayat biasa pergi shopping mall sebab 31 0gos cuti umum. Sultan terima tabik hormat dari tentera. Itulah makna kemerdekaan bagi rakyat Pasca Merdeka. Jadi tak ganjil bila pelaksanaan nyayian lagu Negaraku sebelum mula tayangan wayang mendapat kritikan.

# Apa yang ditulis ini berdasarkan pengalaman, pemerhatian saya sebagai rakyat Pasca Merdeka


Selasa, 6 Ogos 2013

HONDA VS PROTON














Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kerajaan Pusat Malaysia  bertarikh 29 Julai 2013 yang ditandatangani Tan Sri Dr.Mohd Izwan Serigar Abdullah mengesahkan bahawa kereta rasmi Proton Perdana Executive bakal diganti dengan Honda Accord 2.4L. 


Persoalannya yang bermain di minda rakyat

1. Mana dasar BELILAH BARANGAN TEMPATAN ?
2. Wujud lagi ke KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ?

Semua ini dasar-dasar Kerajaan Pusat BN sewaktu YABhg Tun Dr. Mahathir menjadi PM. Waktu itu sibuklah kat tv, surat khabar, radio "BELILAH BARANGAN MALAYSIA", "SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN" dan segala bagai lagilah slogan hinggakan apabila Tun Dr. M diserang serangan jantung, Tun memilih untuk dirawat di HUKL sebagai langkah menunjukkan kepada rakyat bahawa produk, hasil kerja tempatan setaraf dengan antarabangsa.

Tetapi 29 Julai 2013 menjadi titik hitam. Kerajaan Pusat pimpinan  DS Najib Tun Razak bertekad dan tak sabar lagi hendak menggunakan Honda Accord 2.4L sebagai kereta rasmi PM, TPM, Menteri, MB, Exco Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan yang berkelayakkan. Alasan yang dikeluarkan sebab kos baik pulih Proton tinggi. Baik kita terima. Proton didesak keluarkan model gantian. Kemudian kerajaan sanggup menunggu. Tetiba keluar berita kerajaan mahukan Honda sebagai kenderaan rasmi. Nampaknya ludah, kahak, hingus, bendalir yang dikeluarkan BN telah dijilat balik.

Sewaktu Kerajaan Negeri Perak dipimpin DS Ir. Nizar ingin melakukan perkara yang sama seperti dilakukan kerajaan BN sekarang ini, satu malaysia dikeliling, diteriakkan, dihebohkan yang MB Perak & Exco menghina produk tempatan. Habis diserang 360 darjah, pagi-petang-siang-malam.

Pesanan kepada BN, jangan buat serangan melulu lain kali. Kini sapa yang tidak patriotik? Hahahahahahahahahahahahah.......

p/s : teguran bukan sekadar kepada Kerajaan pimpinan BN bahkan Sulta-sultan Melayu. kalau sultan pon tak mahu guna, faham-faham le pandangan rakyat camne....:")

Rabu, 31 Julai 2013

KEMBALIKAN I.S.A !!!!










Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KEMBALIKAN I.S.A!!!! Itulah perkara yang sepatutnya dibuat oleh Najib Razak a.k.a BAPA PENGUMUMAN. Akibat terlalu tunduk dengan tekanan pembangkang, mahukan populariti maka PM paling banyak buat pengumuman di Malaysia patut kembalikan I.S.A.  Kesan jelas akibat pemansuhan yang beliau lakukan

1. Ramai yang mengkritik HAK-HAK MELAYU
2. Ramai yang MENGHINA ISLAM



Sebenarnya Akta Keselamatan Dalam Negeri SANGAT DIPERLUKAN. Buktinya apa? Cuba imbas zaman Pak Lah dan Mahathir dulu ada ke individu / pertubuhan yang cuba mempertikaikan atau menghina golongan bumiputera dan agama ISLAM? kalau yang menghina pon ada segelintir pemimpin / politician tapi tidak sehebat / terang-terang seperti hari ini. 

Sepatutnya I.S.A tidak patut dimansuhkan tetapi DIGUBAL. Apa yang patut digubal? Cara PENANGKAPAN tanpa waran mahkamah, tempoh tahanan 60 hari, penyeksaan, layanan. Ini semua patut dipandang serius. I.S.A dikatakan melanggar hak asasi manusia. Tapi adakah dengan pemansuhan I.S.A golongan-golongan SENGAL camnie menghormati hak beragama dah hak bumiputera? DEFENITELY NOT!!!.

Tengok apa yang terjadi kepada golongan yang menghina ISLAM seperti ALVIN-VIVIAN? SEPATUTNYA kalau I.S.A ada mereka boleh ditahan dalam penjara Kemunting tapi apa hukuman yang mereka dapat? Mula-mula DIPENJARA TANPA IKAT JAMIN 3 TAHUN tapi apa yang terjadi selepas itu? DIIKAT JAMIN dan diberi peringatan. Lihat betapa baiknya MAHKAMAH Malaysia. Peguam Negara langsung tak failkan rayuan. Tapi kalau kes liwat Anwar Ibrahim cepat je failkan rayuan. Kalau kes seperti di Lahad Datu, pengganas disabitkan dengan akta MENENTANG YANG DIPERTUAN AGONG dihukum MATI. Adakah Malaysia mengamalkan Undang-undang RIMBA? Hina agama penjara / ikat jamin tapi menentang YDPA hukuman MATI? Sepatutnya HINA AGAMA juga boleh dihukum mati kerana kedudukan AGAMA ISLAM lebih tinggi berbanding YDPA.

Najib wake up!!!! Walaupun zaman Pak Lah beliau banyak tidur dalam mesyuarat tapi beliau tak buat tindakan bodoh macam nie. Jadi seperti Mahathir, biar digelar FATHER OF RACIST, ULTRA MALAY, DICTATCTOR tapi beliau buat benda yang betul. Jangan sibuk nak buat produk 1 Malaysia lagi. Kalau dah tiada idea nak bangunkan Malaysia lebih baik letak jawatan secara sukarela jangan sampai rakyat / ahli UMNO/BN sendiri yang singkirkan anda. kalau nak diikutkan pemimpin UMNO seperti Muhyiddin / Zahid Hamidi lebih tegas dalam menyuarakan tentang ISLAM dan MELAYU lebih berhak menjadi PM daripada seorang yang sanggup ketuk gendang untuk Raya Cina.

Selasa, 30 Julai 2013

NAJIB PERLU TRANSFORMASIKAN DIRI DAHULU.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Laungan 1 Malaysia dari Najib semenjak mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah seperti tak nampak perubahan positif yang membanggakan. Laungan yg uwar-uwarkan sekadar melonjakkan populariti Najib secara individual dikalangan rakyat. Tindakkan yang dilakukan oleh beliau secara jujurnya tidak melonjakkan nama BN / UMNO dimata rakyat. yang rakyat tahu 1 Malaysia = Najib Razak bukannya Dasar Rasmi Kerajaan Malaysia.

Peningkatan ahli UMNO dalam Parlimen adalah satu perubahan positif tetapi kekurangan kerusi BN hanyalah bencana kepada Najib. Beliau mampu bertahan pun kerana BR1M, KRIM & segala bagai produk 1 Malaysia hinggakan rakyat dah muak, jelik dan terasa menyampah nak dengar lagu "1Malaysia Jadi Pegangan." Lagu tu bukan sekadar dimainkan di tv bahkan kat KTM pon dimainkan tanpa henti. Cuba Najib bayangkan dengar lagu 1Malaysia lebih 2 jam dari KTM Seremban hingga Taman Datuk Harun?
Tindakan yang diambil Rais Yatim sewaktu menjadi Menteri Penerangan ternyata GAGAL. Sepatutnya beliau tidak terlalu over mempromote dasar tersebut tetapi memberi kenyataan balas secara ilmiah bukan emosi terhadap tuduhan pembangkang terhadap kerajaan.

Najib kena mewujudkan Menteri Kabinet yang berilmiah dan jangan bagi jawapan bodoh apabila dipersoalkan sesuatu isu. bila ditanya pendidikan percuma - bankrup, harga kereta turun - bankrup, mansuh PTPTN bankrup - bankrup, harga ayam naik - jangan makan ayam, indeks jenayah meningkat - thailand lagi teruk. ini semua jawapan menteri atau politician yang secara JUJUR adalah BODOH dan TIDAK BIJAK. Rakyat bukan bodoh. Rakyat boleh mengkaji, menilai mana pro & kontra dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan & pembangkang. Kerajaan misalnya jangan jadi bodoh, kritik dasar pembangkang adalah membankrupkan negara misalnya isu turun harga kereta. Tapi bila tiba PRU-13, kerajaan turunkan juga harga kereta. Negara bankrup? TIDAK! Jadi jangan memporbodohkan rakyat kalau pembangkang tadbir ekonomi hancur tapi dalam masa yang sama kerajaan cuba mencuri idea pembangkan. contohnya apa lagi? seaktu PRU-13, BN Selangor menawarkan 10m padu air percuma. Nampak sangat BN tiada idea nak menawan hati rakyat.

Selain daripada itu, Najib jangan terlalu mengikut permintaan pembangkang. Buktinya? Pembangkang desak mansuh PPSMI, Ordinan Darurat, ISA Najib tunduk & ikut dengan setia. Kalau macam itu lebih baik suruh Anwar jadi PM je. Selain dari itu, suruh Peguam Negara jangan memilih kes dalam. Bukti? Dalam kes Alvin & Vivian yg dihukum penjara tetiba boleh diikat jamin sedangkan isu tersebut melibatkan agama Peguam Negara tidak failkan perbicaraan semula tetapi kes moral melibatkan Anwar ngan Saiful Bukhari sanggup pergi buat rayuan. Adakah Peguam Negara hanya mengambil kes yang mampu menghancurkan pembangkang?

Kata akhir, Najib kena bertegas dalam pemerintahan. Jangan hirau jika ada suara-suara yang menggelar PM
adalah DIKTAKTOR jika apa yang dilakukan adalah demi kebaikan RAKYAT bukan KRONI. Jadi seperti Mahathir yang digelar ULTRA MALAY, THE FATHER OF RACIST & DITACTOR oleh pembangkang jika dasar yang diamalkan memberi kebaikan kepada rakyat. Jadi seperti Pak Lah yang digelar Mr. Clean & Mr. Sleep yang melakukan tugasan tanpa menghiraukan permintaan pembangkang. Kerjasama dengan pembangkang, laksanakan idea yang berfaedah kepada rakyat.

Jumaat, 7 Jun 2013

BAHAGIAN 2 : FREEDOM OF SPEECH


KEBEBASAN UNTUK MENGKRITIK

Sebuah filem pendek dari Iran yang berjudul "2+2=5" memaparkan maksud tersirat tentang kebebasan bersuara. Dalam kisah ini guru tersebut menyatakan "2+2=5". Murid-murid dilarang mempersolkan jawapannya. Lalu bangkit seorang murid lalu membetulkan dengan menyatakan"2+2=4". Guru tersebut mengugut murid tersebut untuk menarika balik jawapan tersebut jika tidak murid tersebut akan dihukum. Murid tersebut tetap dengan pendiriannya lalu dihukum oleh guru tersebut. hukumannya ialah DIBUNUH oleh pelajar senior.

Saya tidak ingin mengulas jalan cerita video ini. Tetapi cuba kita lihat dengan lebih luas. Video ini memaparkan bahawa kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat untuk membetulkan yang salah disekat 100%. Hak kebebasan bersuara atau FREEDOM OF SPEECH diabaikan oleh yang berkuasa. Kesannya yang salah akan tetap salah tanpa dibetulkan akibat sekatan untuk menegur yang salah. Menurut Syed Abul A'la Maududi dalam Human Rights In Islam,

"Hak untuk kebebasan bersuara demi menyebarkan kebaikan dan kebenaran bukan sahaja merupakan hak dalam Islam tetapi merupakan satu kewajipan. Sesiapa cuba menafikan hak ini ke atas orang lain bermakna membuka peperangan dengan Tuhan yang Maha Berkuasa."



Dalam berorganisasi, sikap berani menegur yang salah wajib ada bagi setiap individu demi kemashalatan umum. Budaya berani mengkritik dengan saluran yang betul dengan idea yang bernas perlu dipupuk demi transformasi yang menguntungkan masyarakat. Budaya mengkritik perlu dilihat secara positif dan satu bentuk intelektualisme yang tidak sepatutnya disekat. Dengan wujudnya budaya intelektual akan membuat masyarakat lebih terbuka dan sensitive dengan isu-isu semasa.



Setiap individu atau kelompok yang perlu diberikan kebebasan bersuara di saluran yang betul tanpa sekatan kerana setiap tutur kata kemungkinan mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Golongan pengkritik ini sangat penting dalam meluahkan sebarang idea dan pendapat kerana mereka mempunyai pelbagai pengetahuan yang jelas dan kemungkinan mampu membetulkan sesuatu situasi. Golongan ini perlu mampu menyuarakan pendapat dengan pengetahuan yang wujud padanya. Golongan intelektual perlu memanfaatkan ilmunya dalam membawa perubahan yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi.

Orang yang berpengetahuan dan berintelektual sangat bertanggungjawab untuk membuat kritikan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu isu yang perlu disuarakan. Ini amat penting untung memperbaiki kecacatan dan kelompongan yang berlaku. Individu ini seboleh-bolehnya gunakanlah saluran atau medium yang yang ada untuk menyampaikan kebenaran. Ini bertepatan dengan hadis nabi yang berbunyi

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya. Jika tidak, gunakanlah secara lisan dan jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman."(HR Muslim)

Jika golongan intelektual tidak mampu memberikan pandangan serta membetulkan kekhilafan yang berlaku didalam sesuatu organisasi, maka sia-sialah ilmu dan kelebihan yang dimilikinya. Jika golongan ini membiarkan kerosakkan berlaku maka apa yang telah disebutkan oleh nabi bakal berlaku. Hadis yang dimaksudkan ialah



"Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahawasanya ia pernah mnedengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkuran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, Nescaya Allah akan mengazab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh." (HR Imam Ahmad)

Kelompok pengkritik yang berintelektual perlu memerhati, mendefinisi, menganalisa serta menyelesaikan masalah yang wujud. Masyarakat tanpa kelompok pengkritik yang tidak memenuhi kriteria-kriteria pengkritik yang berintelektual, maka wawasan untuk mewujudkan satu ummah yang maju akan bermasalah. kelompok yang menyembunyikan kebenaran juga hanya menghancurkan wawasan sesuatu organisasi daripada mencapai matlamat asal.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Muhammad Asad dalam The Principles of State And Government In Islam,
  
"In other words, the intellectual leaders of the community are morally bound to bring forward whatever new ideas they may have relating to communal progress, and to advocate such ideas in public; and for this reason the right to a free expression of one's opinions in speech and in writing is one of the fundamental rights of the citizen of an Islamic state."


















Isnin, 20 Mei 2013

PENGHAPUSAN DEWAN NEGARA : RELEVAN ATAU TIDAK?





 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenyataan Pengerusi DAP merangkap MP Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang mahu salah satu dewan yang mulia iaitu DEWAN NEGARA perlu dimansuhkan perli diteliti. Alasan yang diberikan kerana membazirkan wang rakyat. Tindakan ini perlu diteliti dengan mengunakan akal yang waras bukan sekadar sentimen demi kemashalatan rakyat. Jadi, sebelum sesuatu perkara penting ingin dilaksanakan kita perlu berkenalan dan memahami fungsi serta peranan yang dibawa oleh Dewan Negara.

PENGENALAN DEWAN NEGARA

Dewan Negara (Senate) merupakan dewan tertinggi selepas Dewan Rakyat yang mana ahlinya digelar Senator. Keahlinya terhad kepada 70 ahli. Perlantikannya adalah seperti berikut


i. Pemilihan 2 orang wakil bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pengudian oleh YB ADUN.
ii. Perlantikan oleh YDPA seramai 40 atas nasihat PM dan setiap 2 wakil untuk Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.

Dewan negara mempunyai kuasa mutlak untuk menolak / membatalkan Rang Undang-undang yang di perbahaskan di Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan ketiga. Dalam kata lain Senate mempunyai KUASA VETO dalam menolak /  membatalkan sebarang Rang Undang-undang yang diperbahaskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 2/3 ahli selepas diperdebatkan oleh ahli-ahli senat.

FUNGSI DEWAN NEGARA

Senator adalah individu yang dipilih serta telah mengangkat sumpah dihadapan YDPA untuk duduk secara
rasmi didalam Dewan Negara. Mereka berperanan untuk menjunjung, memelihara serta mendaulatkan Undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. Tugas Senate adalah untuk mengkaji dan melulus semula undang-undang yang telah diperbahaskan oleh wakil rakyat di peringkat Dewan Rakyat. Sokongan majoriti 2/3 ahli bagi kedua-dua dewan agar usul yang diperdebatkan amat diperlukan untuk dibawa menghadap dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda YDPA.

Dewan Negara juga berperanan untuk menyemak undang-undang yang diperdebatkan di Dewan Rakyat dan membicangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu rang Undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum dibawa perkenan YDPA. Penangguhan ini adalah untuk diteliti, diperbincangkan serta diperbaiki agar dapat menjaga kepentingan umum.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan ahli Dewan Negara sekurang-kurangnya berumur 30 tahun ini kerana tahap ini individu tersebutsudah cukup matang untuk berfikir dan berdebat secara rasional.

Seterusnya, pelantikan yang dibuat oleh YDPA adalah salah satu cara untuk memelihara kepentingan dan kemuliaan Dewan Negara. Perlantikan yang dibuat oleh baginda dengan mengambil wakil dari OKU, akademik, ekonomi, orang asli, dan sebagainya khususnya masyarakat MINORITI.

KESIMPULANNYA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP tidak perlu kita hiraukan sangat kerana pemansuhan Dewan Negara memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Selain itu dalam Perlembagaan Perkara 44 menyatakan Komponen Parlimen terbahagi kepada 3 badan iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Jadi Pemansuhan Dewan Negara perlu didahului dengan pengubalan Perlembagaan Perkara 44 dengan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.