Isnin, 20 Mei 2013

PENGHAPUSAN DEWAN NEGARA : RELEVAN ATAU TIDAK?





 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenyataan Pengerusi DAP merangkap MP Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang mahu salah satu dewan yang mulia iaitu DEWAN NEGARA perlu dimansuhkan perli diteliti. Alasan yang diberikan kerana membazirkan wang rakyat. Tindakan ini perlu diteliti dengan mengunakan akal yang waras bukan sekadar sentimen demi kemashalatan rakyat. Jadi, sebelum sesuatu perkara penting ingin dilaksanakan kita perlu berkenalan dan memahami fungsi serta peranan yang dibawa oleh Dewan Negara.

PENGENALAN DEWAN NEGARA

Dewan Negara (Senate) merupakan dewan tertinggi selepas Dewan Rakyat yang mana ahlinya digelar Senator. Keahlinya terhad kepada 70 ahli. Perlantikannya adalah seperti berikut


i. Pemilihan 2 orang wakil bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pengudian oleh YB ADUN.
ii. Perlantikan oleh YDPA seramai 40 atas nasihat PM dan setiap 2 wakil untuk Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.

Dewan negara mempunyai kuasa mutlak untuk menolak / membatalkan Rang Undang-undang yang di perbahaskan di Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan ketiga. Dalam kata lain Senate mempunyai KUASA VETO dalam menolak /  membatalkan sebarang Rang Undang-undang yang diperbahaskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 2/3 ahli selepas diperdebatkan oleh ahli-ahli senat.

FUNGSI DEWAN NEGARA

Senator adalah individu yang dipilih serta telah mengangkat sumpah dihadapan YDPA untuk duduk secara
rasmi didalam Dewan Negara. Mereka berperanan untuk menjunjung, memelihara serta mendaulatkan Undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. Tugas Senate adalah untuk mengkaji dan melulus semula undang-undang yang telah diperbahaskan oleh wakil rakyat di peringkat Dewan Rakyat. Sokongan majoriti 2/3 ahli bagi kedua-dua dewan agar usul yang diperdebatkan amat diperlukan untuk dibawa menghadap dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda YDPA.

Dewan Negara juga berperanan untuk menyemak undang-undang yang diperdebatkan di Dewan Rakyat dan membicangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu rang Undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum dibawa perkenan YDPA. Penangguhan ini adalah untuk diteliti, diperbincangkan serta diperbaiki agar dapat menjaga kepentingan umum.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan ahli Dewan Negara sekurang-kurangnya berumur 30 tahun ini kerana tahap ini individu tersebutsudah cukup matang untuk berfikir dan berdebat secara rasional.

Seterusnya, pelantikan yang dibuat oleh YDPA adalah salah satu cara untuk memelihara kepentingan dan kemuliaan Dewan Negara. Perlantikan yang dibuat oleh baginda dengan mengambil wakil dari OKU, akademik, ekonomi, orang asli, dan sebagainya khususnya masyarakat MINORITI.

KESIMPULANNYA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP tidak perlu kita hiraukan sangat kerana pemansuhan Dewan Negara memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Selain itu dalam Perlembagaan Perkara 44 menyatakan Komponen Parlimen terbahagi kepada 3 badan iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Jadi Pemansuhan Dewan Negara perlu didahului dengan pengubalan Perlembagaan Perkara 44 dengan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan