Khamis, 16 Mei 2013

PEMBANGKANG WAJIB ADA!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penubuhan PAS pada 1951 dan PKR pada 1999 telah memberi gambaran awal bahawa dua parti ini merupakan tertubuh daripada UMNO. Lahirnya lagi dua parti ini selain UMNO seperti memberi peluang kepada masyarakat bumiputera khususnya Melayu-Islam untuk menyokong dasar perjuangan masing-masing yang berbeza dari UMNO. Telah ditakdirkan semenjak penubuhan PAS dan PKR, mereka ditakdirkan untuk menjadi pembangkang di peringkat pusat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen.

Namun, bermulanya Pasca PRU-12 dan 13, banyak suara-suara politician dan ahli akademik mahu ketiga-tiga parti yang majoriti ahlinya adalah Melayu-Islam untuk bersama-sama dan bergabung atas alasan demi perpaduan dan keharmonian. Ini semua bermula selepas kekalahan teruk BN zaman Tun Abdullah (PRU-12) dan Najib Razak (PRU-13). Kehendak politician dan academician untuk PAS-PKR-UMNO bergabung perlu dilihat secara pro dan contra.

Secara pronya, pengabungan UMNO-PAS-PKR kemungkinan membawa satu rahmat dikalangan umat Melayu-Islam. Dengan pengabungan ini KEMUNGKINAN tiada lagi tuduhan-tuduhan liar dari media arus perdana seperti UTUSAN dan TV3 terhadap parti pembangkang PAS-PKR dan tiada lagi serangan melulu dari pihak pembangkang seperti HARAKAH dan SUARA KEADILAN. Ini dapat mengAMANkan media-media negara kita daripada membuat serangan peribadi terhadap politician. Tiada lagi serangan video seks, tuduhan korupsi, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Kemungkinan pengabungan UMNO-PAS-PKR mampu mengukuhkan kedudukan hak Bumiputera dan kedaulatan Islam. Tetapi ini semua KEMUNGKINAN.

Namun kita sebagai golongan marhaen juga perlu lihat secara kontranya pulak. Namun sebelum itu apakah tugasan Pembangkang di Parlimen? Pembangkang ialah satu kelompok yang bertindak mewakili suara rakyat, polis rakyat di peringkat kerajaan untuk 'Check and balance' segala tindakan pihak kerajaan samada tindakan yang diambil menguntungkan rakyat atau sebaliknya. Jika parti PAS-PKR yang kebanyakkan ahlinya adalah bumiputera bergabung dengan pihak kerajaan UMNO-BN siapakah yang mampu mengkritik secara lantang tentang hak-hak rakyat? Adakah kita mahu mengharapkan DAP yang kebanyakkan ahlinya cina untuk mempersoalkan ketirisan kerajaan jika kerajaan menzalimi hak bumiputera dan Islam di sisi undang-undang?

Jika kita imbas kembali sejarah pada 1951, keluarnya golongan agama UMNO dan membentuk PAS adalah kerana UMNO ketika itu mahu mengekalkan pelembagaan dan undang-undang British. Kemudian selepas peristiwa 13 Mei 1969, PAS bergabung dengan UMNO membentuk BN. Namun kerjasama ini berakhir pada 1978 berikutan peristiwa 'DARURAT KELANTAN'. Sehinggalah sekarang UMNO-PAS tidak lagi bekerjasama dalam satu saf kepimpinan.

Sebenarnya tindakan wujudnya PAS-PKR sebagai pembangkang dan UMNO sebagai kerajaan merupakan satu rahmat. Jika semua parti bersatu dan menjadi kerajaan, maka siapa yang akan memerhati segala tindakan kerajaan? siapakah yang akan mewakili suara rakyat di Parlimen untuk mempertikaikan kerajaan? Jika tiada pembangkang yang kuat, maka kerajaan akan melakukan sewenag-wenangnya dan beranggapan apa yang dilakukannya adalah benar dan tiada yang salah. Dengan kewujudan pembangkan maka proses 'check and balance' mampu dilakukan dengan tulus. Kewujudan pembangkan yang kuat mampu membuat pihak kerajaan melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati serta mendahulukan hak rakyat.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan