Isnin, 6 Mei 2013

TAHNIAH BN, TERUSKAN TRANSFORMASI













Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 6/5/2013 maka secara rasminya diumumkan Barisan Nasional terpilih untuk memimpin  Malaysia setelah berakhirnya The 13th Series of General Election in Malaysia. Keputusan yang amat penting Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menilai samada rakyat mahu memberi mandat kepadanya atau tidak. Manakala bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim pula GE-13 sangat penting untuk meneruskan karier politik beliau atau tidak.

Bagi Barisan Nasional (BN) sebenarnya mereka tidak patut berasa lega. BN patut melihat, mengkaji, menganalisis dan memperbetulkan segala tindak-tanduk mereka yang lepas dan membetulkannya untuk kebaikan Parti UMNO dan parti-parti komponen BN. Berikut adalah keputusan secara umum perbandingan  keputusan GE-11,12,13 bermula dari zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah & Datuk Seri Najib Razak.

KEPUTUSAN PARLIMEN

SIRI PILIHANRAYA
JUMLAH KERUSI
BARISAN NASIONAL
DAP/PKR/PAS
11
219
199
20
12
222
140
82
13
222
133
89

 sumber : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

KEPUTUSAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

SIRI PILIHANRAYA
JUMLAH KERUSI
BARISAN NASIONAL
DAP/PKR/PAS
11
12
505
344
161
13
505
275
230


Melihat dari trend sokongan rakyat terhadap BN melalui siri PRU 11,12 dan 13 secara umumnya kelihatan menurun samada di peringkat negeri mahupun pusat. Penurunan jumlah kerusi Parlimen dan kejatuhan  4 negeri iaitu Perak(kemudian diambil BN), Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan masih lagi dikekalkan dibawah PAS/DAP/PKR - PAKATAN RAKYAT (PR), membawa kepada peralihan kuasa antara Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tidak boleh pandang remeh dengan kemampuan Kerajaan yang bakal dibentuk beliau pada kali ini. Ini kerana dengan kehilangan 7 kerusi parlimen yang kebanyakkanya dipertandingan oleh Menter-menteri kabinetnya kalah dengan PR antaranya Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Puad Zarkashi, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Abdul Ghani Othman .

Beliau juga kena lihat ini merupakan nama-nama besar dalam BN dan UMNO diperingkat Pusat dan Negeri. Kejatuhan orang-orang ini perlu dijadikan cermin kepada BN untuk membaiki kelemahannya. Tindakan Najib meletak Datuk Seri Raja Nong Chik untuk melawan Srikandi Reformasi, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai liga menambahkan malu BN yang lepas. Ini kerana Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil yang terpalit isu NFC juga tersungkur dengan Nurul Izzah. Kemenangan yang dimenangi anak Anwar ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana undi yang dimenangi sangat besar.

Seterusnya, Najib juga kena lihat trend sokongan rakyat cina yang mana kebanyakkan rakyat cina memberi sokongan yang sangat mantap kepada PR terutama DAP. Walaupun BN meletak nama-nama besar seperti di Parlimen Gelang Patah dan Bukit Katil, membawa kekalahan kepada bekas Menteri Besar Johor dan Melaka iaitu Ghani Othman dan Ali Rustam. Tindakkan Ali Rustam yang melahirkan kekecewaan terhadap kekalahannya di Bukit Katil terutama terhadap masyarakat cina adalah satu tindakan yang salah. Kenyataan beliau dapat dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130506/px_51/PRU-13-Mohd-Ali-kecewa-sikap-pengundi-Cina-punca-kalah-di-Parlimen-Bukit-Katil

MCA patut melakukan transformasi politik dalaman apabila keputusan yang diperolehi oleh MCA sangat mengecewakan. Kemungkinan pada pembentukkan Menteri Kabinet pada kali ini wakil MCA yang menyuarakan hasrat masyarakat cina KEMUNGKINAN tiada. KEMUNGKINAN!!!!

Bagi MIC kemenangan yang dimilikinya kemungkinan disumbangkan oleh sokongan NGO Hindraf terhadapnya sewaktu minggu berkempen yang lepas. Ini memberi kelegaan kepada Presiden MIC, G. Palanievel yang mewarisi MIC dalam keadaan tenat sewaktu zaman Samy Vellu. Nampaknya transformasi politik didalam MIC berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi pihak PR pula, mereka kemungkinan sedikit kecewa dengan kekalahan di Kedah. Tetapi mereka patut lihat kembali bahawa penambahan ahli didalam Dewan Rakyat dan Dewan telah memberikan sokongan moral kepada PR. Penguasaan mereka keatas Pulau Pinang dan Selangor yang mempunyai pegangan ekonomi yang besar sangat menguntungkan mereka. Penambahan 7 ahli didalam Dewan Rakyat dan 69 di DUN sangat merisaukan BN. Kekalahan tipis di Perak dan Terengganu bagi PR menunjukkan sokongan terhadap mereka sangat kuat.

Bagi Anwar Ibrahim, cuba jadikan negeri-negeri yang dikuasai PR sebagai role model keatas rancangan Buku Jingga yang telah disepakati antara DAP, PAS, PKR. Ini amat penting kerana PR merupakan kerajaan bayangan bagi rakyat. Jika BN membawa kemusnahan kepada negara maka rakyat akan mengangkat PR sebagai pemimpin kerajaan PUSAT. Ingat segala tindakan BN dan PR akan dinilai oleh rakyat.

Bagi Najib, laksanakan transformasi yang dilaungkan, hapuskan kronisme, nepotisme, rasuah, sikap cah keting. Bebaskan media dalam menyampaikan maklumat. Hapuskan hutang negara. Cantas pemimpin-pemimpin BN yang menjadi liabiliti terhadap BN. Tingkatkan hukum SYARIAT ISLAM. Lindungi hak-hak rakyat bumiputera dan non-bumiputera. Jaga dan laksanakan amanah rakyat. Sesungguhnya kekuasaan dan duit mampu memuliakan manusia didunia tetapi kemungkinan menghina kamu di Mahkamah Allah jika salah menggunakannya....

Sekian...

Tahniah buat MUKHRIZ TUN MAHATHIR, MB Kedah yang baru.....:")






Tiada ulasan:

Catat Ulasan