Isnin, 20 Mei 2013

PENGHAPUSAN DEWAN NEGARA : RELEVAN ATAU TIDAK?





 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenyataan Pengerusi DAP merangkap MP Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang mahu salah satu dewan yang mulia iaitu DEWAN NEGARA perlu dimansuhkan perli diteliti. Alasan yang diberikan kerana membazirkan wang rakyat. Tindakan ini perlu diteliti dengan mengunakan akal yang waras bukan sekadar sentimen demi kemashalatan rakyat. Jadi, sebelum sesuatu perkara penting ingin dilaksanakan kita perlu berkenalan dan memahami fungsi serta peranan yang dibawa oleh Dewan Negara.

PENGENALAN DEWAN NEGARA

Dewan Negara (Senate) merupakan dewan tertinggi selepas Dewan Rakyat yang mana ahlinya digelar Senator. Keahlinya terhad kepada 70 ahli. Perlantikannya adalah seperti berikut


i. Pemilihan 2 orang wakil bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pengudian oleh YB ADUN.
ii. Perlantikan oleh YDPA seramai 40 atas nasihat PM dan setiap 2 wakil untuk Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.

Dewan negara mempunyai kuasa mutlak untuk menolak / membatalkan Rang Undang-undang yang di perbahaskan di Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan ketiga. Dalam kata lain Senate mempunyai KUASA VETO dalam menolak /  membatalkan sebarang Rang Undang-undang yang diperbahaskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 2/3 ahli selepas diperdebatkan oleh ahli-ahli senat.

FUNGSI DEWAN NEGARA

Senator adalah individu yang dipilih serta telah mengangkat sumpah dihadapan YDPA untuk duduk secara
rasmi didalam Dewan Negara. Mereka berperanan untuk menjunjung, memelihara serta mendaulatkan Undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. Tugas Senate adalah untuk mengkaji dan melulus semula undang-undang yang telah diperbahaskan oleh wakil rakyat di peringkat Dewan Rakyat. Sokongan majoriti 2/3 ahli bagi kedua-dua dewan agar usul yang diperdebatkan amat diperlukan untuk dibawa menghadap dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda YDPA.

Dewan Negara juga berperanan untuk menyemak undang-undang yang diperdebatkan di Dewan Rakyat dan membicangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu rang Undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum dibawa perkenan YDPA. Penangguhan ini adalah untuk diteliti, diperbincangkan serta diperbaiki agar dapat menjaga kepentingan umum.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan ahli Dewan Negara sekurang-kurangnya berumur 30 tahun ini kerana tahap ini individu tersebutsudah cukup matang untuk berfikir dan berdebat secara rasional.

Seterusnya, pelantikan yang dibuat oleh YDPA adalah salah satu cara untuk memelihara kepentingan dan kemuliaan Dewan Negara. Perlantikan yang dibuat oleh baginda dengan mengambil wakil dari OKU, akademik, ekonomi, orang asli, dan sebagainya khususnya masyarakat MINORITI.

KESIMPULANNYA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP tidak perlu kita hiraukan sangat kerana pemansuhan Dewan Negara memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Selain itu dalam Perlembagaan Perkara 44 menyatakan Komponen Parlimen terbahagi kepada 3 badan iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Jadi Pemansuhan Dewan Negara perlu didahului dengan pengubalan Perlembagaan Perkara 44 dengan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Khamis, 16 Mei 2013

PEMBANGKANG WAJIB ADA!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penubuhan PAS pada 1951 dan PKR pada 1999 telah memberi gambaran awal bahawa dua parti ini merupakan tertubuh daripada UMNO. Lahirnya lagi dua parti ini selain UMNO seperti memberi peluang kepada masyarakat bumiputera khususnya Melayu-Islam untuk menyokong dasar perjuangan masing-masing yang berbeza dari UMNO. Telah ditakdirkan semenjak penubuhan PAS dan PKR, mereka ditakdirkan untuk menjadi pembangkang di peringkat pusat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen.

Namun, bermulanya Pasca PRU-12 dan 13, banyak suara-suara politician dan ahli akademik mahu ketiga-tiga parti yang majoriti ahlinya adalah Melayu-Islam untuk bersama-sama dan bergabung atas alasan demi perpaduan dan keharmonian. Ini semua bermula selepas kekalahan teruk BN zaman Tun Abdullah (PRU-12) dan Najib Razak (PRU-13). Kehendak politician dan academician untuk PAS-PKR-UMNO bergabung perlu dilihat secara pro dan contra.

Secara pronya, pengabungan UMNO-PAS-PKR kemungkinan membawa satu rahmat dikalangan umat Melayu-Islam. Dengan pengabungan ini KEMUNGKINAN tiada lagi tuduhan-tuduhan liar dari media arus perdana seperti UTUSAN dan TV3 terhadap parti pembangkang PAS-PKR dan tiada lagi serangan melulu dari pihak pembangkang seperti HARAKAH dan SUARA KEADILAN. Ini dapat mengAMANkan media-media negara kita daripada membuat serangan peribadi terhadap politician. Tiada lagi serangan video seks, tuduhan korupsi, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Kemungkinan pengabungan UMNO-PAS-PKR mampu mengukuhkan kedudukan hak Bumiputera dan kedaulatan Islam. Tetapi ini semua KEMUNGKINAN.

Namun kita sebagai golongan marhaen juga perlu lihat secara kontranya pulak. Namun sebelum itu apakah tugasan Pembangkang di Parlimen? Pembangkang ialah satu kelompok yang bertindak mewakili suara rakyat, polis rakyat di peringkat kerajaan untuk 'Check and balance' segala tindakan pihak kerajaan samada tindakan yang diambil menguntungkan rakyat atau sebaliknya. Jika parti PAS-PKR yang kebanyakkan ahlinya adalah bumiputera bergabung dengan pihak kerajaan UMNO-BN siapakah yang mampu mengkritik secara lantang tentang hak-hak rakyat? Adakah kita mahu mengharapkan DAP yang kebanyakkan ahlinya cina untuk mempersoalkan ketirisan kerajaan jika kerajaan menzalimi hak bumiputera dan Islam di sisi undang-undang?

Jika kita imbas kembali sejarah pada 1951, keluarnya golongan agama UMNO dan membentuk PAS adalah kerana UMNO ketika itu mahu mengekalkan pelembagaan dan undang-undang British. Kemudian selepas peristiwa 13 Mei 1969, PAS bergabung dengan UMNO membentuk BN. Namun kerjasama ini berakhir pada 1978 berikutan peristiwa 'DARURAT KELANTAN'. Sehinggalah sekarang UMNO-PAS tidak lagi bekerjasama dalam satu saf kepimpinan.

Sebenarnya tindakan wujudnya PAS-PKR sebagai pembangkang dan UMNO sebagai kerajaan merupakan satu rahmat. Jika semua parti bersatu dan menjadi kerajaan, maka siapa yang akan memerhati segala tindakan kerajaan? siapakah yang akan mewakili suara rakyat di Parlimen untuk mempertikaikan kerajaan? Jika tiada pembangkang yang kuat, maka kerajaan akan melakukan sewenag-wenangnya dan beranggapan apa yang dilakukannya adalah benar dan tiada yang salah. Dengan kewujudan pembangkan maka proses 'check and balance' mampu dilakukan dengan tulus. Kewujudan pembangkan yang kuat mampu membuat pihak kerajaan melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati serta mendahulukan hak rakyat.









Isnin, 6 Mei 2013

RENUNGAN UNTUK PARTI PEMERINTAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Finally the war is end. BN is won in this GE-13.


Kemenangan yang di peroleh BN sebenarnya bukan satu perkara yang membanggakan. Sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri yang menerima mandat kali pertama daripada rakyat patut gusar dengan keputusan tersebut. Jangan terlalu bangga dapat menawan Kedah tetapi risaukan tentang kelebihan hanya 22 kerusi kerusi di Parlimen dan kehilangan 69 kerusi DUN wajar diambil perhatian. Tidak mustahil Najib akan menerima nasib yang sama seperti Tun Abdullah. BN hanya menguasai Kerajaan Pusat dan sebahagian Negeri hanya kemenangan secara zahir tetapi secara moralnya PR menang PRU-13 kali ini kerana PR mampu menambah ahlinya 7 orang didalam Parlimen dan merampas dan mempertahankan sebanyak 230 kerusi dengan penambahan 71. AWAS!!! Ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat secara sopan bukan seperti di negara Arab.


Kalau kita melihat trend pola pengundian terutama di 7 kerusi yang ditandingi BN kalah kepada PR, majoriti penduduknya adalah cina. Najib mempertaruhkan 2 orang Menteri Besar untuk kerusi Parlimen iaitu


LOKASI BERTANDING
CALON BN
CALON PR
KEPUTUSAN
GELANG PATAH
(JOHOR)
 DATUK SERI ABDUL GHANI OTHMAN
UNDI : 39522 
 LIM KIT SIANG
UNDI : 54284
PR MENANG
BUKIT KATIL
(MELAKA)














DATUK SERI ALI RUSTAM

UNDI : 40720

SHAMSUL ISKANDAR
UNDI : 46167
PR MENANG

Sepatutnya bagi BN ini patut dirisaukan . Kenapa? Menteri Besar yang bertanding juga boleh kalah bila bertanding di peringkat Parlimen. Malah kerisauan ini patut bertambah dengan kekalahan 4 orang menteri kabinet iaitu . 

1. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha
2. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
3. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung
4.Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.

Kekalahan ini amat merbahaya kerana ini tanda penolakkan rakyat.

Manakala bagi Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanieval dengan kelebihan hanya 462 undi juga amat membimbangkan. Undi kaum india amat penting bagi MIC kerana suara mereka diperlukan di peringkat tertinggi.

Begitu juga dengan MCA yang mewakili suara masyarakat Cina yang mana sokongan rakyat terhadap mereka kian luntur. Mereka lebih mengharapkan DAP dalam melindungi hak mereka. Keputusan MCA yang paling teruk adalah di Negeri Sembilan. Usaha harus dipertingkatkan dalam memenagi hati rakyat untuk PRU seterusnya

Manakala bagi Gerakan yang diketuai Kho Su Kun, seperti yang diramal, Pulau Pinang amat mustahil untuk dirampas kembali dari DAP. Masyarakat Cina lebih menyenangi dasar-dasar DAP di Pulau Mutiara tersebut. Gerakan terutamanya cuba tingkatkan usaha untuk menyakini rakyat Penang untuk menolak DAP dalam PRU seterusnya.

Kepada ahli-ahli komponen BN, lakukan Transformasi Politik dalaman, singkirkan parasit, rancangkan lebih banyak program yang bermanfaat kepada rakyat jika mahu kekal berkuasa. Jika tidak, nasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tinggalkan Seri Perdana, kemas Pejabat Perdana Menteri secara sukarela daripada rakyat sendiri bangkit menentang secara terang-terangan.

Kepada Najib, lantiklah bakal, Menteri Kabinet yang berwibawa, berwawasan, bertanggungjawab kepada amanah rakyat agar transformasi yang kamu inginkan tercapai. Mandat yang diberikan rakyat kepada kamu hanya kelebihan 22 kerusi Parlimen. Jangan terlalu bongkak dengan kuasa rakyat. Ingatlah PEMIMPIN adalah HAMBA kepada RAKYAT. RAJA sebenar adalah RAKYAT bukan sultan yang sedang bertakhta di istana mewah.



TAHNIAH BN, TERUSKAN TRANSFORMASI













Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 6/5/2013 maka secara rasminya diumumkan Barisan Nasional terpilih untuk memimpin  Malaysia setelah berakhirnya The 13th Series of General Election in Malaysia. Keputusan yang amat penting Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menilai samada rakyat mahu memberi mandat kepadanya atau tidak. Manakala bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim pula GE-13 sangat penting untuk meneruskan karier politik beliau atau tidak.

Bagi Barisan Nasional (BN) sebenarnya mereka tidak patut berasa lega. BN patut melihat, mengkaji, menganalisis dan memperbetulkan segala tindak-tanduk mereka yang lepas dan membetulkannya untuk kebaikan Parti UMNO dan parti-parti komponen BN. Berikut adalah keputusan secara umum perbandingan  keputusan GE-11,12,13 bermula dari zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah & Datuk Seri Najib Razak.

KEPUTUSAN PARLIMEN

SIRI PILIHANRAYA
JUMLAH KERUSI
BARISAN NASIONAL
DAP/PKR/PAS
11
219
199
20
12
222
140
82
13
222
133
89

 sumber : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

KEPUTUSAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

SIRI PILIHANRAYA
JUMLAH KERUSI
BARISAN NASIONAL
DAP/PKR/PAS
11
12
505
344
161
13
505
275
230


Melihat dari trend sokongan rakyat terhadap BN melalui siri PRU 11,12 dan 13 secara umumnya kelihatan menurun samada di peringkat negeri mahupun pusat. Penurunan jumlah kerusi Parlimen dan kejatuhan  4 negeri iaitu Perak(kemudian diambil BN), Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan masih lagi dikekalkan dibawah PAS/DAP/PKR - PAKATAN RAKYAT (PR), membawa kepada peralihan kuasa antara Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tidak boleh pandang remeh dengan kemampuan Kerajaan yang bakal dibentuk beliau pada kali ini. Ini kerana dengan kehilangan 7 kerusi parlimen yang kebanyakkanya dipertandingan oleh Menter-menteri kabinetnya kalah dengan PR antaranya Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Puad Zarkashi, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Abdul Ghani Othman .

Beliau juga kena lihat ini merupakan nama-nama besar dalam BN dan UMNO diperingkat Pusat dan Negeri. Kejatuhan orang-orang ini perlu dijadikan cermin kepada BN untuk membaiki kelemahannya. Tindakan Najib meletak Datuk Seri Raja Nong Chik untuk melawan Srikandi Reformasi, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai liga menambahkan malu BN yang lepas. Ini kerana Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil yang terpalit isu NFC juga tersungkur dengan Nurul Izzah. Kemenangan yang dimenangi anak Anwar ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana undi yang dimenangi sangat besar.

Seterusnya, Najib juga kena lihat trend sokongan rakyat cina yang mana kebanyakkan rakyat cina memberi sokongan yang sangat mantap kepada PR terutama DAP. Walaupun BN meletak nama-nama besar seperti di Parlimen Gelang Patah dan Bukit Katil, membawa kekalahan kepada bekas Menteri Besar Johor dan Melaka iaitu Ghani Othman dan Ali Rustam. Tindakkan Ali Rustam yang melahirkan kekecewaan terhadap kekalahannya di Bukit Katil terutama terhadap masyarakat cina adalah satu tindakan yang salah. Kenyataan beliau dapat dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130506/px_51/PRU-13-Mohd-Ali-kecewa-sikap-pengundi-Cina-punca-kalah-di-Parlimen-Bukit-Katil

MCA patut melakukan transformasi politik dalaman apabila keputusan yang diperolehi oleh MCA sangat mengecewakan. Kemungkinan pada pembentukkan Menteri Kabinet pada kali ini wakil MCA yang menyuarakan hasrat masyarakat cina KEMUNGKINAN tiada. KEMUNGKINAN!!!!

Bagi MIC kemenangan yang dimilikinya kemungkinan disumbangkan oleh sokongan NGO Hindraf terhadapnya sewaktu minggu berkempen yang lepas. Ini memberi kelegaan kepada Presiden MIC, G. Palanievel yang mewarisi MIC dalam keadaan tenat sewaktu zaman Samy Vellu. Nampaknya transformasi politik didalam MIC berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi pihak PR pula, mereka kemungkinan sedikit kecewa dengan kekalahan di Kedah. Tetapi mereka patut lihat kembali bahawa penambahan ahli didalam Dewan Rakyat dan Dewan telah memberikan sokongan moral kepada PR. Penguasaan mereka keatas Pulau Pinang dan Selangor yang mempunyai pegangan ekonomi yang besar sangat menguntungkan mereka. Penambahan 7 ahli didalam Dewan Rakyat dan 69 di DUN sangat merisaukan BN. Kekalahan tipis di Perak dan Terengganu bagi PR menunjukkan sokongan terhadap mereka sangat kuat.

Bagi Anwar Ibrahim, cuba jadikan negeri-negeri yang dikuasai PR sebagai role model keatas rancangan Buku Jingga yang telah disepakati antara DAP, PAS, PKR. Ini amat penting kerana PR merupakan kerajaan bayangan bagi rakyat. Jika BN membawa kemusnahan kepada negara maka rakyat akan mengangkat PR sebagai pemimpin kerajaan PUSAT. Ingat segala tindakan BN dan PR akan dinilai oleh rakyat.

Bagi Najib, laksanakan transformasi yang dilaungkan, hapuskan kronisme, nepotisme, rasuah, sikap cah keting. Bebaskan media dalam menyampaikan maklumat. Hapuskan hutang negara. Cantas pemimpin-pemimpin BN yang menjadi liabiliti terhadap BN. Tingkatkan hukum SYARIAT ISLAM. Lindungi hak-hak rakyat bumiputera dan non-bumiputera. Jaga dan laksanakan amanah rakyat. Sesungguhnya kekuasaan dan duit mampu memuliakan manusia didunia tetapi kemungkinan menghina kamu di Mahkamah Allah jika salah menggunakannya....

Sekian...

Tahniah buat MUKHRIZ TUN MAHATHIR, MB Kedah yang baru.....:")






Khamis, 2 Mei 2013

Terima Kasih US




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada masa kini, kuasa polis dunia dipegang oleh US yang diketuai oleh Presiden Barack Obama dengan bantuan Kesatuan Eropah dan PBB. Sibuk Obama di White House menguruskan urusan keselamatan dunia terutama di negara-negara arab. Terima kasih kepada Presiden Obama dan White House atas masalah di negara-negara Arab. Persoalannya, mengapakah obama terlalu sibuk dengan negara luar??? Adakah US dah cukup perfect untuk dijadikan role model??? Dan apakah ancaman sebenar US pada kali ini???

PERSOALAN 1 : MENGAPAKAH US SIBUK DENGAN NEGARA-NEGARA ARAB???

Penglibatan US dalam isu-isu politik, ekonomi dan sosial negara-negara arab secara langsung untuk abad 21 bermula selepas serangan WTC 11 September. US menuduh Afghanistan yg didalangi Al-Qaeda dan Osama Bin Laden yg mengancam keselamatan US. Tuduhan melulu ini dibuat Presiden George W. Bush ketika itu selepas beberapa jam serangan. Serangan keatas Afghanistan dilakukan. Al-Qaeda digulingkan dan Presiden Hamid Karzai diangkat melalui Pilihan Raya Afghanistan. Seterusnya White House menjatuhkan Saddam Hussein dan menghukum gantung pada 1 Hari Raya Aidil Adha. Seterusnya Arab Spring berlaku bermula dengan Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria.

Melalui Arab Spring, White House hanya membantu rakyat tempatan menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang kuat mengkritik dasar White House seperti Presiden Libya, Muammar Gaddafi dan Presiden Bashar Al-Assad, Syria. Dengan menjatuhkan Muammar Gaddafi, US dapat meletakkan pemimpin yang mampu di pengaruhinya untuk mencengkam minyak, emas dan sumber-sumber mineral Libya. Ini menguntungkan  US yang kini berada dalam kegawatan ekonomi. Sebenarnya inilah tujuan utama US menguasai Afghanistan, Iraq dan Libya.

Negara-negara arab merupakan negara-negara yang menguasai lombong-lombong minyak dan emas dunia. Menguasai negara-negara pengeluar minyak bermakna menguasai ekonomi dan harga minyak dunia. Inilah yang cuba dilaksanakan US semenjak berkurun lama. Bagi negara-negara araba yang US tidak mampu menguasai mindanya seperti Raja Jordan dan Raja Arab Saudi, maka kuasa ketenteraan perlua digunakan demi mengukuhkan kuasa US sebagai Polis Dunia dan Pemegang Amanah Pentadbiran Dunia. Memang dasar negara Uncle Sam ini tidak mampu diubah walaupun Parti Republikan atau Demokrat menguasai White House. Siapa pun Presiden US dan dari parti mana dasar luar AS tetap sama iaitu MENGAWAL EKONOMI DAN POLITIK DUNIA.

p/s : persoalan seterusnya akan disambung kemudian....