Khamis, 31 Mei 2012

HEBAT SANGATKAH AL-ASSAD???







Sememangnya 'sukar' untuk mentafsir mahupun 'analisis' situasi 'politik- kuasa' di Syria pada masa ini; 'analisis' baik membabitkan 'sudut pandang' kedudukan 'semasa' legasi 40 tahun keluarga Assad (yakni kelas pemerintah 'minoriti' suku Alawi) dan kondisi semasa puak penentang rejim yang terdiri daripada kalangan rakyat Syria- fahaman Sunni (yakni majoriti yang mewakili populasi rakyat Syria)- yang 'BERPECAH'. 'Sangkut- paut' dengan perkara/isu yang diulas ringkas sebentar tadi- yakni isu 'dominasi' Alawi; isu pengaruh Hezbollah, Hamas, apatah lagi, isu 'dominasi' atau 'kebangkitan' kuasa pengaruh Iran- tuduhan 'ancaman' 'the regional threat' pengawal revolusi Iran yang digeruni negara sekutu AS mahupun negara- negara monarki Arab (pakatan GCC- Gulf Cooperation Council)- isu 'ancaman- the regional threat' diperhatikan bukanlah isu 'pokok' yang mengugat dan memberikan 'tekanan' kepada rejim Assad; isu Iran/Hezbollah mahupun isu 'regional security threat' adalah isu 'berlanjutan', tapi, isu 'Assad- the minority ruling class' juga merupakan isu 'berlanjutan' sejak 4 dekad penguasaan keluarga Assad- suku Alawi.

Politik- kuasa dan Kebangkitan Arab: PENEKANAN yang cuba dihuraikan oleh BIG membabitkan krisis 'semasa' di Syria dan rejim keluarga Assad adalah menjelaskan 'pertembungan' atau 'clash' antara dua isu; isu pergelutan 'politik- kuasa' Syria dan 'wind of CHANGE'- Arabs Uprising 2011, yakni tumbangnya rejim 20- 30 tahun, apatah lagi, isu Syria- 'politik- kuasa' minoriti keatas majoriti Sunni dan '40 tahun' penguasaan rejim 'keluarga' Assad. Oleh itu, perkara pokok yang 'perlu' difahami adalah 'jika ingin menghapuskan 'dominasi' pengaruh pengawal Revolusi Iran/Republik Islam Iran mahupun Hezbollah, maka, 'dominasi' 10 peratus Alawi atau 40 tahun rejim Assad yang 'perlu' ditumbangkan terlebih dahulu.


'Dominasi' 40 tahun keluarga Assad: Hal ini menunjukkan 'the Syrian Uprising' bukanlah semata- mata membabitkan konflik dominasi- militari yakni pertembungan agenda perluasan pengaruh 'kuasa hegemoni'- antara Pentagon dengan pakatan 'anti- Rumah Putih/CIA/Pentagon hegemoni' tetapi 'lebih' menumpukan pada isu penguasaan keluarga Assad dan dominasi Alawi dalam arena 'politik- kuasa- militari' syria. Umum ketahui, suku Alawi ialah suku berfahaman yang berakar umbi (cabang dari) fahaman Syiah dan penguasaan Alawi di Syria telah diterjemahkan melalui penguasaan keluarga selama 40 tahun (termasuklah penguasaan Bashar Al- Assad selama 11 tahun semenjak Julai 2000 sehingga ke masa ini menggantikan Hafez) akan tetapi, penguasaan keluarga Assad ialah 'the ruling minority'- yakni berdasarkan jumlah populasi suku Alawi- 10 peratus berbanding 70 peratus suku Sunni- majoriti, populasi di Syria. YA...Rejim Syria tidak mampu mengelak 'wind of CHANGE' di Asia Barat, rakyat Syria juga memerhatikan kejatuhan rejim Ben Ali (Tunisia) dan rejim Mubarak (Mesir) dan 'wind of CHANGE' sedang melanda Sanaa (Yaman- rejim Ali Abdullah Saleh) dan Tripoli, tetapi, 'BEZAnya' pemberontak di Timur Libya- Benghazi/Misrata mendapat bantuan AS- NATO, namun begitu, Muammar Gaddafi tetap 'KEBAL' dan AU (Kesatuan Afrika) masih memayungi Gaddafi dari hujan peluru berpandu 'tomahawk', inilah sikap 'double standard' AS- NATO, 'BEZA' antara sekutu dan musuh politik.


'Masih Jauh'; Setakat ini 'masih jauh' untuk menjangkakan bahawa rejim Assad mahupun dominasi 11 tahun Bashar Al- Assad akan 'tumbang' dalam masa terdekat walaupun protes 'berdarah' telahpun memasuki wilayah kota Damsyik, hal ini merujuk pada penguasaan badan keselamatan kerana 'badan keselamatan/ pertahanan' adalah 'kunci survival' kepada rejim Assad dan rejim Assad masih 'kukuh' kerana sokongan atau kesetiaan pasukan polis, tentera apatah lagi anggota perisikan- dianggarkan 140 ribu anggota tentera 'professional' ialah suku Alawi daripada 200 ribu bilangan anggota, malahan, pasukan 'Republican Guard'dikawal sepenuhnya oleh adik Bashar- Al -Assad, Maher Al- Assad; sekaligus menunjukkan dominasi Assad- Alawi. Jika dinilai semula, punca 'kejatuhan' Ben Ali dan Mubarak kerana 'desakan tentera' dan hasilnya yakni pasca- rejim, Tunisia ditadbir sementara oleh tentera dan Mesir masih lagi dikawal oleh Jeneral Tantawi. Perkara yang dapat disimpul adalah rejim yang masih ingin 'survive' amat memerlukan kesetiaan 'tentera'.


Memang tidak 'menolak', para penentang rejim yang 'radikal' 'kebarangkalian' juga dibekalkan senjata, malahan, 'ada' sumber yang melaporkan senjata diseludup melalui sempadan Syria- Lubnan dan hal ini juga tidak 'menolak' peranan pihak luar (lebih cenderung merujuk kepada peranan Arab Saudi) dalam misi menyokong 'protesters' menumbangkan rejim. Hal ini kebarangkalian monarki keluarga Saud yang berwaspada dengan tempias Revolusi Islam 1979 dan perkembangan pengaruh Iran pasca- kejatuhan Shah, tambahan pula, kebangkitan Arab yang semakin meluas, ini melibatkan soal survival monarki Arab Saudi, maka, hal ini mendorong Arab Saudi secara rahsia membantu penentang rejim.  Rejim Assad yang condong ke arah Iran, hal ini mengukuhkan lagi faktor 'mengapa'  ada campur tangan 'rahsia' kuasa- kuasa asing. Umum ketahui, tekanan terhadap rejim bukan sekadar daripada jiran serantau mahupun AS, malahan, muktahir ini rejim juga diserang bertubi- tubi oleh  media pro- Barat. Isu 'jual- beli' bekalan senjata melalui 'black market' di Asia Barat bukanlah isu 'baru'- isu 'black market' ini timbul setelah kemuncak 'wind of CHANGE'; ini adalah juga merupakan satu taktik 'momentum'- 'ke hadapan' bagi menumbangkan rejim secara radikal- yakni konflik 'senjata'; memandangkan adalah 'sukar' untuk mendapatkan sokongan pasukan keselamatan dan 'IMPAK' pertembungan pasukan keselamatan dan 'protesters' bersenjata telah mengorbankan ratusan orang awam, tidak terkecuali juga anggota polis dan tentera, manakala, dianggarkan lebih 11 ribu rakyat Syria meninggalkan Syria (wilayah Tel Kalakh/Jisr al- Shughour) menuju ke sempadan Syria- Turki bagi mendapatkan perlindungan.


Gaddafi dan Bashar
'Operation Odessey Dawn' ke- 2; 'angka korban'- 'perlu' difahami bahawa angka 'korban' tentera pro- Assad bukanlah petanda 'kelunturan' dominasi 40 tahun keluarga Assad dan 'kebarangkalian' bagi 'protesters yang ingin menumbangkan Assad beranggapan 'perlunya' Operation Odessey Dawn 'ala Libya' yang ke- 2 yakni AS- UK- NATO 'tomahawking' Damsyik pula selepas Tripoli. Akan tetapi, 'mungkin' ini hanyalah 'plan' tidak menjadi AS- NATO sedangkan sehingga kini NATO masih bergelut antara satu sama lain (baik Obama, Sarkozy, Cameron, Berlusconi mahupun Merkel...Siapa yang patut mengepalai misi di Libya? Atau siapa yang patut menguasai minyak di Libya?)- Masih belum 'ada' jawapannya dan NATO masih 'GAGAL' memecahkan tembok 'kebal' Gaddafi. Jika 'terus' berhasrat tumbangkan rejim, YA...sememangnya mengambil masa yang lama dan 'masa' itu mungkin boleh disingkatkan jika AS- NATO masuk campur seperti 'cerita di Afghanistan 2001 dan Iraq 2003- era kejatuhan Saddam' tetapi selepas 'beban' di Kabul dan Baghdad, beban baru pula ditanggung oleh AS yakni Tripoli dan Damsyik- jika plan 'menjadi'.

'Lemah'; Gerakan menentang rejim yang bermula sejak Januari/Mac 2011 lalu- kebangkitan yang bermula dari Daraa, Homs, Latakia dan memasuki Damsyik adalah satu gerakan yang 'lemah'; sememangnya 'ada' senjata tetapi tanpa 'latihan' walaupun 'ada' dana- hal yang sama ditunjukkan oleh penentang rejim Gaddafi di sebelah Timur yang berpengkalan masih bergelut di Benghazi/Misrata- Libya, walaupun telah mendapat 'sokongan udara' NATO. Apatah lagi, 'perbandingan' antara 'protesters' yang tidak bersenjata (atau 'heavy arms') vs. pasukan keselamatan. 'LEMAH' juga dari sudut taktikal dan kelengkapan militari dan jika dinilai 'kebarangkalian' 'covert operation- financial aid' oleh NSA/CIA di Syria akan menjadi 'beban' kepada pentadbiran Obama, tatkala, Obama sedang menerima tekanan berterusan daripada anggota Demokrat/Republikan- itupun setelah sedar defisit AS telah mencecah lebih 100 trillion dolar- 'bencana' perang di Afghanistan/Iraq, tambahan pula, 'saingan senyap' senjata moden dengan China- 'menyuap' billion dolar kepada kontraktor pertahanan (DEFCONs) melalui 'defense spending'. Maka, hal ini 'memungkinkan' Uncle Sam 'tomahawking' Damsyik selepas 'gagal di Tripoli; dan 'kebarangkalian' hujan 'tomahawk' bakal menjadi jika Obama mula tercari- cari populariti untuk 'survive' dalam pemilihan 2012 dan menegaskan 'campurtangan di Syria adalah...campurtangan kemanusiaan'.

Rabu, 30 Mei 2012

APAKAH GOLONGAN MUFTI PERLU TERLIBAT DENGAN PENTADBIRAN NEGARA SECARA LANGSUNG???













Assalamualaikum dan salam sejahtera


Fatwa ialah bahasa arab dan dalam keadaan banyak ialah fatawa yang membawa maksud suatu pendapat keagamaan tentang agama islam yang di keluarkan oleh ulama. Manakal mufti ialah seorang sarjana, ilmuan atau tokoh yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah negeri atau negara dalam membuat keputusan penting tentang agama Islam.

Mengapa saya mendahulukan penulisan saya dengan pendifinisian ini??? Ini kerana kebanyakan masyarakat pada hari ini hanya memahami mufti hanya sekadar pengeluar hukum halal haram sahaja. Tetapi dari konteks ini kita dapat lihat bahawa peranan mufti sangat besar ini kerana mufti adalah golongan yang sangat alim dalam ilmu agama. Pemilihan mufti ini sangat penting kerana ini melibatkan hal ehwal agama Islam.

 "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".(rujuk Sahih Bukhari)

Namun pada hari in peranan ulama atau mufti diperkecilkan oleh kebanyakan pihak seperti

1. kenyataan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menempelak tindakan Sohibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria dalam usaha beliau cuba menyatukan UMNO dan PAS.
2. Tindakan pemerintah yang mengingkar nasihat ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memfatwakan pengharaman aktiviti yang melibatkan pergaulan lelaki-perempuan yang menimbulkan kemurkaan Allah.
3. Tindakan golongan tertentu yang mempertikaikan hukum atau Fatwa yang dikeluarkan oleh golongan Ulama yang dilantik oleh sekalian KBDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu.

Persoalannya kini adakah para Ulama atau Mufti yang dilanti oleh sekalian Tuanku melibatkan diri secara langsung dalam urusan pemerintahan khususnya dalam usaha membaiki akhlak remaja melalui kementerian yang terbabit seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan???

Secara peribadi sepatutnya golongan ulama dan Mufti wajar terlibat secara langsung dalam urusan politik dan pentadbiran bagi menyatukan umat yang kini kian berpecah. Ini kerana mereka ini tidak langsung terlibat dengan politik kepartian. Jadi lantikan mereka boleh dibuat atas kapasiti Menteri Tidak Berportfolio.

Ini tidak mustahil kerana pada zaman sahabat sendiri mereka terlibat secara langsung dalam urusan politik dan agama. Ini terbukti semenjak dari zaman Nabi Muhammad baginda menubuhkan Majlis Syura yang terdiri dari sahabat-sahabat yang agong serat mahir dalam selok belok agama dan politik untuk membantu baginda  memimpin kerajaan Islam Madinah.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau melantik ahli Majlis Syura daripada zaman Nabi Muhammad sendiri untuk memimpin kerajaan Islam bersama-sama dengan beliau serta menjadikan Majlis Syura sebagai tempat mengeluarkan hukum setelah kewafatan Nabi. Dalam sejarah Islam Malaysia ada juga golongan elit agama terlibat dengan pentadbiran ini dapat dibaca pada
 http://eprints.usm.my/10082/1/PERANAN_GOLONGAN_ELIT_AGAMA_DI_TERENGGANU.pdf

Jadi tindakan untuk meminggirkan golongan Ulama dalam bidang pentadbiran secara langsung haruslah diketepikan dalam situasi sekarang. Ini kerana jika kita beranggapan golongan mufti ini hanya perlu duduk dengan sultan dan mengeluarkan fatwa halal haram, maka ini amat bercanggah dengan konsep islam itu sendiri iaitu Islam itu meliputi semua dari tua-muda, kaya-miskin, pemerintah-rakyat,ulama-akademik dan sebagainya.


Isnin, 28 Mei 2012

PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU : ADAKAH INI MENJADI REALITI???


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2) "orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura zuriat seseorang yang sedemikian.

Muqaddimah pembacaan sebentar tadi dimulakan dengan definisi melayu menurut perlembagaan yang sama sekali tidak boleh dipinda melainkan dengan izin Majlis Raja-Raja Melayu. Jadi penerangan maksud orang melayu telah  diumgkap dengan jelas menurut perspektif perundangan Malaysia dengan selengkapnya.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan Pemimpin DAP, YB Karpal Singh tentang melantik orang BUKAN MELAYU sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya memperolehi majoriti kerusi parlimen.
Sebelum kita menjawab tindakan YB Karpal ini wajar atau tidak maka eloklah kita meneliti dahulu peranan YAB Perdana Menteri sebagai orang yang berkuasa menjalankan kuasa esekutif di Malaysia menurut lunas perlembagaan. Antara peranan YAB PM ialah

1. Menasihati Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di Pertuan Agong dalam hal-hal pentadbiran dan agama Islam
2. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan
3. Menjadi penasihat kepada Tuanku Sultan dalam membincangkan isu-isu dalam Majlis Raja-Raja Melayu            seperti hak-hak orang melayu, adat istiadat melayu dan agama Islam.

Jadi dari sudut perspektif perlembagaan dan peranan YAB Perdana Menteri sangat berkait rapat dengan hal ehwal agama Islam dan orang Melayu. Walaupun dari perundangan tidak meletakkan syarat Perdana Menteri tidak semestinya orang melayu tetapi kedudukan ini mesti tetap milik orang melayu Islam agar Perdana Menteri mampu melaksanakan tugasan dengan sempurna. Jika dilantik orang bukan melayu bagaimana untuk menasihat Ke Bawah Duli Tuanku dalam isu berkaitan agama Islam dan orang Melayu???


Seterusnya dari perspektif agama, mari kita perhatikan dua dalil yang amat berkait rapatdengan isu ini iaitu dalam hadis nabi yang berbunyi

"Semua manusia memegang amanat dari nasab-nasab mereka"

 Dan Allah berfirman dalam dalam Surah Thoha ayat 29-30 yang bermaksud

"Dan jadikanlah untukku seorang wazir dari keluargaku iaitu Harun. Teguhkanlah dengan dia kekuatan dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,"

Maka dari sini kita dapat perhatikan dalam urusan pemerintahan setiap orang memegang amanat dari keturunannya ini kerana mereka lebih tahu apa yang amat diperlukan dalam keturunan mereka. Jika difikir secara logik sudah tentu keturunan ini mempunyai salsilah yang cukup besar sehingga mampu memimpin sesuatu masyarakat.

Begitu juga dengan masyarakat di Malaysia, keturunan Melayu merupakan keturunan terbesar di Mlaysia dan menjadi tuan tanah secara semulajadi di sini. Maka secara automatik selayaknya orang Melayu memjadi ketua pemimpin di Malaysia.

Sebeum itu mari kita ambil iktibar semasa krisis perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi. Perbalahan antara kaum Muhajirin dan Ansar dalam perlantikan pemimpin membuatkan Abu Bakar bersuara dengan berkata:

"Sesungguhnya kami adalah pemerintah dan kalian(Ansar) adalah wazir"




Ini berteraskan dengan sabdaan Nabi yang berbunyi "Sesungguhnya para imam adalah Quraisy dan janganlah mendahului mereka,"

Ini membuktikan bahawa keturunan amat penting dalam menentukan kedudukan seseorang pemimpin dalam pemerintaha. Janganlah disebabkan kuasa hak-hak golongan tertentu dipertikaikan. Orang Melayu sebenarnya bukannya Ultra Malay tetapi mempertahankan hak seperti mana yang termaktub didalam perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu antaranya ialah:



1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).






Sabtu, 26 Mei 2012

PILIHANRAYA PRESIDEN US : OBAMA ATAU ROMNEY???









Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kini negara demokrasi dunia, AS sedang sibuk mengadakan Pilihanraya Presiden yang kini mungkin mengancam kedudukan Obama di White House. Tetapi mungkin atas populariti yang masih dimiliki oleh Obama. Namun untuk pengetahuan awam masyarakat AS yang layak mengundi di AS adalah terdiri 53% pengundi wanita dan dari sini dapat disimpulkan undi wanita amat mempengaruhi siapakah yang bakal mejadi KETUA POLIS DUNIA.
 
Dalam kajian yang dilakukan oleh David Yepsen, yang juga pengarah Institut Dasar Awam Paul Simon di Universiti Carbondale, Southern Illinois, berkata berdasarkan kajian terkini, 60 peratus pengundi wanita telah menyatakan sokongan mereka terhadap Presiden Barack Obama dari Parti Demokratik.
Jadi in amat menyukarkan bagi calon utama dari Parti Republikan yang sinonim dengan parti George W. Bush, Mitt Romney untuk mendapat sokongan undi dari gender majoriti di AS.

Bagi Obama Pilihanraya Presiden kali ini amat penting kerana Obama perlu mengekalkan kedudukan dia di White House untuk penggal terakhir beliau sebagai Presiden Kulit Hitam Pertama AS. Kedudukan terkini menunjukkan Obama mendahului Romney dalam menawan undi rakyat. Keputusan semetara ini menunjukkan bahawa Obama mendapat 196 undi manakala Romney mendapat 170 undi. Maka dalam usaha menjadi Presiden AS, Obama dan Romney perlu mendapat 41 dan 21 undi untuk mendapat undi majoriti 270 undi. Keputusan secara langsung boleh dilihat di http://www.washingtonpost.com/wp-srv/special/politics/election-map-2012/president/

 
Disini dapat dilihat bahawa sokongan terhadap Obama mungkin dapat terus dilihat meningkat kerana kebanyakkan dasar yang dilaksanakan beliau boleh menarik nafas lega bagi setengah masyarakat AS. Antara golongan tersebut ialah Islam, ahli mangsa keluarga World Trade Centre dan golongan gay.

Ini kerana bagi glongan Islam AS kebenaran Obama dalam mendirikan Pusat Islam di tapak runtuh bangunan WTC amat berani dan mengujakan.



Seterusnya bagi golongan gay sudah tentu mereka menyokong Obama kerana baru-baru ini Obama mengistiharkan bahawa beliau menyokong hak golongan gay dan ini memberi kelebihan kepadanya berbanding Romney yang terus-terang menentang golongan Gay dan industri pornografi di AS. Isu ini menjadi modal politik Romney dalam meraih sokongan golongan agama dan ibu bapa. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pornografi_keterlaluan

Kemudian bagi ahli keluarga mangsa serangan WTC kejayaan Obama menumpaskan Osama amat membanggakan dan ini dapat melepaskan dendam mereka kepada Osama diatas kematian ahli keluarga mereka.

Jadi kesimpulan disini populariti Obama masih lagi kuat di AS dan masyarakat AS masih lagi menerima Obama sebagai Presiden AS Kulit Hitam Pertama dan Michelle Obama sebagai First Lady Of USA dan Malia dan Shasa sebagai ahli Keluarga Pertama AS. Namun semua ini adalah ramalan dan penentuan terletak di tangan rakyat AS. Siapakah Presiden AS amat penting kerana Presiden AS adalah jawatan rasmi KETUA POLIS DUNIA, KETUA PENENTANG KEGANASAN DAN SUARA RASMI PBB...

ADAKAH IRAN BERSENDIRIAN DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI PENCEROBOHAN AS???












Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Persidangan nuklear antara kuasa-kuasa besar dunia dengan Iran tidak mempunyai titik penyelesaian. Keputusan muktamad perlu ditetapkan agar masalah nuklear dan perdagangan minyak antara Iran dan negara-negara Kesatuan EU dapat berjalan dengan lancar. Tetapi jika tiada titik noktah adakahIran akan bersendiriaan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Syiah daripada diserang oleh AS dan Tentera Bersekutu???


Persoalannya ialah kenapa AS begitu risau dengan program nuklear Iran yang dikatakan untuk kemudahan rakyat sedangkan AS yang merupakan penyimpan tenaga nuklear terbesar dunia tiada siapa yang larang. Ini kerana Iran dibawah pemerintahan Presiden Mahmod Ahmadinejad merupakan singa Parsi yang berani menetang semua dasar-dasar AS yang membinasakan umat Islam seperti beraninya  pemimpin-peminpin yang digulingkang antaranya ialah Presiden Muammar Gaddafi dan Presiden Sddam Hussein. Iran yang kini mempunyai kuasa tentera yang besar di rantau Parsi dan Timur Tengah dikatakan mampu memusnahkan Israel, sekuti kuat AS. Jika Israel dibinasakan maka AS akan kehilang sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti ketenteraan. Oleh itu pandangan bahawa Iran layak mempunyai loji nuklear sendiri wajar dilenyapkan dan jika boleh Iran wajib dihapuskan. Dasar AS ialah negara yang pro AS adalah negara baik dan sebaliknya ialah pengganas.

PENGLIBATAN

Masalahnya adakah Iran akan bersendirian jika AS menyerang Iran??? Jawapannya TIDAK. Iran tidak akan bersendirian dalam perang ini. Iran akan mendapat sokongan kuat dari Kerajaan Lebnon, Syria dan Iraq dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana semua negara ini adalah pendokong fahaman SYIAH. Mereka sanggup berkorban asalkan Iran dapat dipertahankan.

AS pula akan menggunakan kuasa veto bagimemerangi Iran. Britain, Perancis dan sudah pasti Itali. Bantuan kewangan akan dapat daripada Israel. Tidak dilupakan bantuan Arab Saudi keatas AS. Ini kerana Arab Saudi sebenarnya dikuasai oleh AS sepenuhnya ekonomi mereka. Selain daripada Makkah dan Madinah, AS menguasai sumber ekonomi mereka. Ini kerana untuk membalas budi Tentera Bersekutu dalam menggulingkan Pemerintah Tanah Haram terdahulu dan menaikkan Keluarga Saud, keluarga diraja sekarang.

Namun adakah hanya negara Timur Tengah sahaja yang membantu Iran??? Jawapannya tidak. Ini kerana negara bekas Kesatuan Soviet Union seperti Russia akan melindungi Iran kerana pendirian mereka tetap sama iaitu ANTI-AS. Russia yang selama ini membekalkan bantuan ketenteraan kepada Lebnon semasa penceroboohan Israel dan memberi latihan ketenteraan kepada tentera elit Syria. Dan jangan ketinggalan China dan Korea Utara yang juga sefahaman dengan Russia iaitu komunis akan sehidup semati dalam perjuagan mereka. Jika negara-negara ini terlibat apakah yang bakal berlaku???

KESAN

Kesan yang amat membimbangkan ialah Perang Nuklear. Ini kerana negara-negara yang terlibat mempunyai kekuata nuklear yang amat besar. Jika ini berlaku negara-negara lain akan diancam kemelesetan ekonomi, kadar inflasi dang pengangguran yang tinggi, serta harga tenaga bahan api yang tinggi.

Ini kerana Iran akan menghalang penjualan minyaknya keatas barat dan kesannya kenaikan harga minyak akan tinggi dan mengakibatkan nilai mata wang jatuh. Penglibatan negara-negara maju akan mengakibatkan bajet negara akan tertumpu kepada peperangan dan kesannya syarikat perindutrianyang tidak terlibat dengan ketenteraan tidak mendapat suntikan modal dan seterusnya pekerja akan diberhentikan bagi mengurangkan kos. Kesan semua ini kadar inflasi akan meningkat.





Jumaat, 25 Mei 2012

Peringatan Buat Pemimpin Yang Berkuasa....












Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad, isteri-isteri baginda, khalifah- khalifah Islam yang ADIL dalam pemerintahan dengan MENURUT syariat Allah...

 YAB,

Sesungguhnya dengan kehendak Allah maka YAB terus berkuasa,
Dengan IZIN Allah maka ahli-ahli parti UMNO dan komponen BN memilih YAB menjadi Perdana Menteri,
Atas kekuasaan Allah juga PR menguasai negeri-negeri yang kini berada dibawah kekuasaan mereka.

Namun kenapa saya mendahulukan ayat-ayat tersebut dengan mendahulukan Allah??? Ini kerana Allah telah  mengingatkan kita bahawa Dia berkuasa MENAIKKAN sesiapa yan layak bagiNya dan Dia berkuasa MENJATUHKAN sesiapa atas kehendakNya

 Sebenarnya kekuasaan yang Allah berikan keatas muka bumi ini adalah sebagai ujian keatas diri mereka. Bagi yang mampu melaksanakan tuntutan Allah maka syurgalah tempatnya dan bagi yang ingkar nerakalah tempatnya. Tidak saya nafikan sumbangan pemimpin-pemimpin BN terdahulu dengan izin Allah mereka mampu memajukan negara. Tetapi YAB kena ingat bahawa semua itu adalah dengan izin Allah.

YAB,

Sesungguhnya ingin saya ingatkan YAB bahawa pihak pemerintah telah melakukan banyak kezaliman dalam menunaikan Allah tetapi syukur kepada Allah pihak kerajaan telah melaksanakan semampunya dalam menunaikan hak rakyat. Atas sebab itu saya tidak menentang YAB dalam terus berkuasa ini kerana nabi ada sebut dalam hadis yang berbuny:

Daripada Auf bin Malik r.a bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Imam-imam kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan imam-imam kamu yang paling jahat ialah imam-imam yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditanya : “ Ya Rasulullah! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak, selama mereka mendirikan solat di antara kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari penguasa-penguasa kamu, maka hendaklah kamu membenci amalannya dan janganlah kamu menderhaka.” 



Tetapi jangan disebabkan hadis ini YAB boleh terus menzalimi hak Allah. Ingatlah barangsiapa yang menzalimi Allah maka Allah akan mengazabnya dengan sepedih-pedih azab. Ingin saya tegaskan disini bahawa kita sebagai umat islam khususnya pemimpin diatas muka bumi ini adalah WAJIB dalam melaksanakan perintah Allah. Antara perintah Allah ialah mengharamkan riba/faedah, melaksanakan hukuman rejam dan sebat bagi yang berzina, memotong tangan bagi yang mencuri,hukuman sebat bagi yang meminum arak, mewajibkan memakai pakaian yang menutup aurat atas pengertian Islam, menjauhi perkara- perkara yang mampu menggalakkkan kepada percampuran lelaki dan perempuandan sebagainya. Ini semua hukum Allah dan sesiapa yang melanggar hukum Allah maka dia mengistiharkan perang keatas Allah dan siapa yang melakukannya maka Allah akan memeranginya. Ingatlah YAB bagaimana Allah membinasakan tentera Abrahah dengan batu api neraka yang dibawa oleh burung ababil, firaun ditenggelam dalam laut, dan musuh Allah yang meruntuhkan sistem khalifah di Turki, Mustafa Kamal Attartu mayatnya tidak diterima bumi. Janganlah akbat kezaliman terhadap hak Allah maka pemimpin-pemimpin yang kini sedang berkuasa dihukum oleh Allah dengan sebesar-besar azab.

Seterusnya ialah hendaklah kita sebagai pemimpinkeluarga kita akan bertanggunungjawab atas setiap tingkahlaku kaum kerabat kita. Jika kebaikan yang dibuat pahala balasannya dan nerakalah tempatnya jika kezaliman yang dilakukan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Suruhlah kaum kerabat YAB memenuhi tuntutan Allah dalam berpakaian, pergaulan seperti dalam ayat Allah yang berbunyi,

Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Demi Tuhan yang menguasai segala urusan pemerintahan alam, yang menguasai kunci syurga dan akhirat di dalam tanganNya, maka beranilah YAB membuat transformasi yang dicanangkan oleh YAB semenjak menguasai kerajaan dan maafkan saya jika teguran saya ini tidak menggunakan ayat yang sesuai tetapi saya tidak akan memohon kemaafan YAB dan keluarga jika terasa dengan teguran saya ini kerana saya hanya menjalankan perintah Allah iaitu menyampaikan pesanan kearah kebaikan. 

Sekian

*Pesanan ini demi mencari keredhaan Allah agar Malaysia mampu menjalankan sistem pemerintahan Islam yang sempurna. 

Rabu, 23 Mei 2012

ANALISIS DEBAT PTPTN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu.

1. Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

2. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Agriculture and forestry 4.5%,

B.) Industry 18.3%

C.) Construction 7.3%

D.) Commerce 16%

E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

F.) Transport and communications 7%

G.) Public services 32.4%

Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

3. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-69. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 69 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.

Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita6.

Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?

4. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia?  Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.

5.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

6. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Nah, ambil ni:

http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr

7. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Cuba kalian baca link ini

 http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html

8. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri.

Ini sahaja bidasan atau ulasan saya tentang debat PTPTN semalam. Sekian.










PTPTN MANSUH : APA KESANNYA???




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

22/5/2012 debat antara YB KJ dan Sdr Rafizi tentang pemansuhan PTPTN. Adakah tindakan pemansuhan PTPTN itu relevan dan apakah kesan pemansuhannya??? Adakah ini hanya gula-gula manis yang kemudiannya mendatangkan penyakit kencing manis dan seterusnya memotong mana-mana anggota yang telah rosak menjelang PRU 13 ini???


PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 satu badan yang bertindak memberikan pinjaman kewangan kepada mana-mana penuntut yang memerlukan wang untuk membiayai kos pengajian. Tapi adakah dengan pemansuhan PTPTN ini dan ditukar kepada biasiswa mampu memberi keadilan kepada penuntut???

Baiklah yang pertama disini saya ingin sentuh tentang KEADILAN. Adakah dengan memberi biasiswa selepas pemansuhan PTPTN akan memberi keadilan kepada pelajar yang bersusah payah mendapat keputusan dan sememagnya layak masuk ke universiti dengan biasiswa jika dibandingkan dengan pelajar yang dapat masuk ke universiti atas syarat cukup-cukup makan tetapi dapat bantuan biasiswa??? Sememangnya tindakan ini tidak adil dan ini memberi impak negatif terhadap institusi pendidikan negara kita. Ini kerana pelajar akan belajar sambil lewa untuk masuk universiti dengan keputusan cukup syarat. Fikirkan lah sejauh-jauhnya kerajaan memberi pinjaman agar pelajar akan belajar bersungguh-sungguh agar pinjaman yang diberikan kan bertukar menjadi biasiswa jika mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Seterusnya ialah mengenai SUMBER KEWANGAN. Kita jangan nak main mansuh sana dan mansuh sini. Kita kena pandang kehadapan seperti golongan minda kelas pertama. Memang benar dengan memansuhkan PTPTN kadar hutang rakyat akan berkurang TETAPI kita kena lihat dari perspektif yang lebih besar. Jumlah hutang PTPTN ialah RM 24.7 bilion. Satu jumlah yang cukup besar. Jika dimansuhkan mana kerajaan nak cari wang untuk menampung kos ini???? PR hanya mengatakan dengan menggunakan hasil keuntungan PETRONAS. Adakah mereka sedar bahawa setiap keuntungan PETRONAS digunakan untuk membiayai kos subsidi rakyat negara ini. PR hanya mengatakan bahawa PETRONAS merupakan syarikat mega negara tetapi adakah mereka sear bahawa setiap wang PETRONAS disalurkan untuk biasiswa PETRONAS, wang ROYALTI dan bayaran SUBSIDI rakyat seperti bahan bakar kepada kerajaan. Jika hutang PTPTN PETRONAS juga perlu bayar maka tunggu gulung tikar sajalah syarikat minyak negara Malaysia.

 Sebenarnya ini merupakan dua indicator yang perlu dipandang berat oleh semua pihak terutama mana kita nak cari sumber kewangan bagi menampung pemansuhan PTPTN. Adakah dengan menggunakan keuntungan PETRONAS, menggunakan bon kerajaan atau kenaikan cukai??? Kesimpulannya kita kenalah mencari kaedah atau mekanisme yang bersesuaian agar tidak mendatangkan impak yang buruk di kemudian hari terutama dalam masa kegawatan ekonomi sekarang...

Selasa, 22 Mei 2012

AGENDA JAHAT ORIENTALIS MENCEMARI KONSEP PEMERINTAHAN UMAT ISLAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dalam abad 9M. tercetus suatu era pemikiran yang dibawa oleh kaum intelek barat yang dinamakan RATIONALISME. Istilah ini bermakna dari segi hal ehwal agama akal manusia perlu diberi keutamaan, khususnya jika terdapat pertembungan diantara akal dengan agama. Gerakan yang berlandaskan pemikiran atas falsafah 'serba serbi kebendaan' (metarialisme) yang diasaskan Thomas Hobbes (1588-1679) dan Rene Descartes (1596-1650). Falsafah rationalisme ini selaras dengan konsep pengsekularan ilmu, iaitu konsep pemisahan ilmu daripada agaama.

Dalam fahaman sekular, ahli-ahli intelek barat telah meletakkan istilah yang berpegang pada konsep rationalisme di bawah tafsiran akademik yang kemudiannya di guna pakai secara meluas oleh hampir semua negara di dunia yang melaksanakan corak pemerintahan sekular, iaitu pemisahan urusan pentadbiran negara dan pendiddikan dari agama. Kesan dari keseragaman tafsiran sesuata istilah atau konsep yang diletakkan di bawah taraf akademik ini secara langsung telah menolak tafsiran tersebut dari perspektif ajaran agama Islam.


 Hakikatnya banyak istilah atau konsep takrifan akademik yang diterima meluasnya itu amat berbeza dengan tafsiran ajaran agama Islam. Contohnya konsep kejayaan, kemajuan, kebebasan, hak asasi, adil, persamaa, ilmu, pemerintahan dan sebagainya.

Apa yang merbahayanyamengenai tindakanahli-ahli akademik barat menyeragamkan sesuatu istilah dan konsep dari kacamata Islam dengan ditafsirkan oleh mereka ialah, mana-mana konsep yang memerlukan penilaian moral ( tafsiran yahudi dan nasrani ) juga akan ikut diseragamkan berlandaskan pada konsep rationalisme iaitu kebebasan untuk perkembangan identiti individu dan mestilah dengan matlamat untuk membawa manusia kepada kekuatan dan kejayaan.


Maka berikutan darinya istilah dan konsep islam berjaya diselewengkan secara halus sehingga masyarakat dunia khasnya, dan masyarakat Islam yang jahil khususnya akan terikut-ikut dengan penilaian moral yang diseragamkan oleh golongan orientalis itu. Maka istilah kejayaan yang mana islam takrifkan dari perspektif akademik sebagai kejayaan yang berbentuk pencapaian kebendaan, kesihatan, kuasa, darjat dan sebagainya. Kemajuan yang Islam takrifkan sebagi peningkatan bilangan dan kualiti umat Islam dengan matlamat supaya manusia keseluruhannya dapat diselamatkan dari siksaan api neraka yang berkekalan mereka tafsirkan sebagai kmajuan materi, sains dan teknologi. Konsep adil yang Islam takrifkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya mereka tafsirkan persamaan hak diantara lelaki dan perempuan. Begitulah juga dengan istilah dan konsep diseragamkan yang menguntungkan Yahudi dan Nasrani, sedangkan tafsiran Islam ditolak. Apabila tafsiran ini di saluti dengan imej akademik ianya memberi gambaran sikap berkecuali yang sudah tentu merupakan satu tipu daya yang cukup licik dari golongan Orintalis



PENGSEKULURAAN PEMERINTAHAN MENCETUSKAN AGAMA KENEGARAAN


Sejarah membuktikan bahawa sejak berkurun lama manusia telah diperintah oleh golongan raja seperti zaman Sulaiman, Balqis, Ramses dan sehingga sekarang Sultan Hassanal Bolkiah, Ratu Elizabeth II, Ratu Bellatrix dan lain-lain. Lazimnya rakyat akan menganut agama pemerintah mereka seperti England-Kristian, Brunei-Islam dan Thailand-Buddha. Ini benar sekali dengan hadis yang berbunyi

           " Orang ramai mengikut agama raja mereka."

Setelah kedatangan Islam, raja diangkat menjadi khalifah iaitu pewaris nabi dalam urusan umat Islam disamping urusan ukhrawi. Daulah Islamiah yang dipegang oleh raja-raja Islam ini merupakan satu rantaian yang bernaung dibawah Khalifah Islamiah, sebagai ketua atau pusat kesatuan, kekuatan dan perpaduan ummah sejagat. Sitem ini berjaya mengwujudkan semangat persaudaraan Islam sejagat yang ampuh dan padu serat saling mendokong dan menguatkan diantara satu sama lain.

Bagaimanapun dalam dunia barat semenjak 1776M, telah lahir sebuah NEGARA yang memisahkan diri dari naungan sistem pemerintahan monarki buakn islam ( yang didokong oleh pihak gereja yang amat berkuasa ) serta meletakkan ideologi negara yang paling atas dan tertinggi. Sistem perlembagaan yang dinamakan SEKULAR ini merangka konsep pemisahan agama KRISTIAN dari urusan pemerintahan. Mka wujudlah sebuah negara sekular yang pertama, USA.Dalam perlembagaan AS, NEGARALAH merupakan TITIK TOLAK, LANDASAN KERJA DAN MATLAMAT SEGALA SESUATU. Maka lahirlah suatu fahaman bersifat KENEGARAAN, sebuah AGAMA ciptaan manusia. Selepas AS, konsep ini diikuti oleh Perancis (1789M), Rusia (1917M) dan China (1949M).

Dalam waktu yang sama, KAUM MUDA yang berpendiddikan barat di negara islam yang terjajah telah terpesona dan terilham dengan konsep AGAMA KENEGARAAN yang menjadi trend di negara barat. Kaum Muda ini rata-rata berpegang denganprinsip kemodenana barat yang menegaskan bahawa yang baru mestilah lebih baik dari yang dahulu dan manusia akan terus sentiasa menuju kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Kaum Muda inilah yang menjadi pendokong utama gerakan menuntut kemerdekaan dalam negara islam yang terjajah. Dan kepada golongan inilah Barat memberi kemerdekaan ( iaitu tidak dikembalikan kepada keturunan raja yang asal )

Maka negara-negara Islam yang muncul pasca pemerintahan penjajah mula menganut ORDE BARU, iaitu falsafah kenegaraan yang berpaksi kepada semangat nasionalisme. Antara negara yang terlibat ialah Turki, India, Pakistan dan lain-lain. Bagi kerajaan Islam beraja, pihak barat memberikan kemerdekaan dengan syarat kuasa raja dibataskan dengan sempadan politik yang bersifatkan nasionalisme.

Fahaman kenegaraan bawaan penjajah ini bukan sahaja membawa implikasi yang teramat buruk kerana ia membelakangkan Allah dalam pemerintahan, malahan  ia membinasakan jiwa persaudaraan yang melanda ummah pada hari ini. Sebagai contoh, perjuangan membebaskan Al-Quds hari ini hanya dianggap pebebasan Palestin dan bukannya masalah ditangani bersama atas dasar persaudaraan dan agama. Bandingkan keadaan ini dengan situasi zaman Pra penjajah, yang mana dahulu setiap pemerintah negara Islam akan saling memebantu bersama-sama melindungi tanah pemerintah Islam dari dikuasai golongan luar tetapi kini tidak lagi.....